BALIK KAMPUNG KAMUNTING SEBELUM HOLIDAY KE LANGKAWI - Aktiviti tanpa di rancang sebenarnya ini. Kebetulan masa ni, dah boleh rentas negeri, lama juga tak balik kampung daddy di Kamunting Perak tu. Tetiba... sehari sebelum new year, daddy suruh mummy tengok tiket feri ke Langkawi untuk tarikah 2 Januari 2021. Kebetulan avalaible lah pulak ! Terus booking dan keesokkan harinya (NEW YEAR OF 2021) balik kampung Kamunting terlebih dahulu. Kami bertolak petang , singgh rumah tok mak dulu di Subang dan jalan relax-relax je orang kata. Sebab kami tak rush apa pun, kat kampung pun tak ada apa. Tapi, singgah balik untuk mengubati rindu daddy pada kampung halamannya. Kot PKP lagi, lama la pulak nanti nak jejakkan kaki untuk balik kampung kan.
BALIK KAMPUNG KAMUNTING SEBELUM HOLIDAY KE LANGKAWI
Jalan macam biasa jem sebekum Menara Menora ke arah utara. Ada lori terbalik, berjam-jam juga lah dalam kereta. Ramai juga orang nak ke utara amsa ni, mungkin cuti new year kan.
Sampai di Kamunting ...ingatkan nak makan Yong Tau Foo belakang Bomba. Sekali, dah lewat sangat dah, redah aje mana-mana kedai makan yang available. Almaklumlah, kedai makan PKPB tak beroperasi sehingga lewat pagi masa ini. Mana yang buka, nampak menarik kami singgah dinner je terus.
Kebetulan memang tak dinner lagi, malas nak berhenti makan , atkut bertambah lambat pula kami sampai.
Dinner jauh sket lah Bukan selalu balik Kamunting kan,dinner di Kamunting terus ajelah. Bertahun juga rasanya , tak jejak kan kaki di bumi Kamunting. Kami ni sejenis, tak ada nak aim tempat viral pun. Dah lapar, berhenti aje ikut mana suka. Dan, terus order serta makan di situ.
Alhamdulillah Deman Ayu Catering ni makanan dia semua sedap belaka. Bolehlah kami singgah akan datang.
Kita save sini dulu gambar kenangan kami PKPB sebelum PKP MCO bermula.
Bergambar dulu, sebelum makanan sampai. Macam biasa, bagilah chance anak tengok telefon sebelum makan. Sat gi, dah time makan, sorrylah ye ! Memang tak dapatlah pegang HP hehehe
Deman Ayu Corner
Menarik airnya, minuman sejuk di hidangkan dalam cawan yang menyerupai jug. Mummy je tak minum ais kalau jalan jauh ini. Suka Teh O Halia panas je. Sebab jalan jauh badan mummy mudah masuk angin. Perut pun cepat sebu.
Pendek kata , mummy ini dah tua hehehea
Semua makan nasi putih berlauk. Mummy hanya ordered Char Kuey Tiaw je. So far, makanan di sini semuanya sedap. Cuma, amsa kami datang banyak lauk dah habis. Katanya ramai yang datang makan malam tu. Kami pun sampai dah lewat, hampir tutup dah kedai makan ni. Mujur tak tutup lagi, kalau tak mampuih lapaq baq hang lah !
BYE KAMUNTING !
Dah nak bertolak ke Langkawi, awal pagi bangun kemasa barang dan siapkan anak-anak untuk ke Langkawi.
Bye-bye Kamunting, suka dengan cuaca pagi di sini yang tenang, pemandangan pun hijau. Kalau ada geng bolehajak jogging hehehe. Mummy tak berani jogging sorang-sorang . Almaklumlah Malaysia ini ada banyak anjing liar, pernah ada pengalaman kena ikut dek anjing. Sampai la ni mummy tak berani nak jogging sorang-sorang.
Bagilah mummy minum, makan kat kedai makan atau pun tengok wayang sengsorang tu... tak apa. Tu biasa ! Hehehe
Oleh kerana zaman covid-19 ini entah bila pulak dapat balik Kamunting, mehlah kita abadikan gambar sebagai kenangan di sini. daddy je tak ada, daddy dah busy kemas barang dan kemas kereta. Tak lalu nak posing-posing dah hehehe.
Okay, cerita ke Langkawi kita sambung di next entri pulak lah ye !
Okay, cerita ke Langkawi kita sambung di next entri pulak lah ye !
Lama dah x jalan- jalan macam ni...since MCO ni memang x dapat nak bercuti ngan family, semua tk dapat balik..x dapat merentas
ReplyDeletewaa bestnya gi langkawi.. akak bilalah nak ke sana aritu dah tertangguh
ReplyDeleteSempat balik kampung dan bercuti ya Linda sebelum PKP balik baru-baru nie, sama macam Kak Sue juga. Sempat juga balik Batu Kurau sekejap hari tu..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com