HOLIDAY LANGKAWI PART 4 : DAY 1 DINNER SEAFOOD DESA PERMATA KUAH LANGKAWI . Finally habis dah story kami dan aktiviti kami hari pertama di travel dan holiday di Langkawi part akhir. Sebelum masuk tidur, mestilah pi makan kan ! Lapar giler weiiii. So, lepas Maghrib kami dinner di kedai seafood Desa Permata Kuah Langkawi. Macam mana tahu tempat makan ni? oh tu senang aje, tahan motor tepi jalan dan tanyakan pada orang Langkawi je. Kedai makan mana paling sedap dan famous hehe. Malas nak google , malas nak mencari-cari. Tanya orang sahaja, senang !
So adik 2 orang ni suggested kedai akan Desa Permata ni, kami pun, memang tak mahu habiskan masa ke sana sini makan jejauh. Hari pertama ni kita merayau dalam kawasan Kuah aje ! Jimat masa ! Walau baru je sampai ke tanah Langkawi, dah boleh berjalan merata tempat dah untuk hari pertama ni.
Baca juga :
Balik kampung dulu, sebelum ke Langkawi
Lunch di Kuala Perlis sebelum Naik Feri ke Langkawi
Naik Feri di Jeti Kuala Perlis ke Langkawi
Check in Penarak Bamboo Beach Resort
Beli Barang Pancing di Langkawi
Tema baju tidu dinner kami pada malam pertama di Langkawi hahaha. Serius tak perasan sebenarnya, sebab ingatkan nak dinner area BamBoo Beach Resort. Sekali jauh sket pulak kita gi. Tapi nak kata jauh tu sebenarnya tak lah jauh mana pun. Masih area Kuah, Langkawi je. Dah habaq, kan ! First day ni, nak jimat masa supaya boleh banyakkan aktiviti di hari pertama di Langkawi
HOLIDAY LANGKAWI PART 4 : DAY 1 DINNER SEAFOOD DESA PERMATA KUAH LANGKAWI
Sebenarnya , bukan hari pertama je dinner kat G Seafood Desa Permata . Hari kedua pun siap repeat oiii ! Gara-gara kids nak makan situ lagi. Sedap katanya hahaha.
Mana tak sedap, sebab memasing dah lapar tu. Kami breakfast dan lunch bila time berjalan ala kadar je. Sebab kami, tak mahu buang masa lelama duduk kedai makan. Fokus pada itinerary je!
Jom tengok gambar makanan dinner kami :
kedai yang kami singgah untuk dinner
sotong goreng tepung
masa untuk pilih lauk
ulam : FREE je
meriah, macam-macam ada
4, 5 lauk gak lak hehehe cover breakfast dan lunch namanya haha
siput buluh
kepah masak krim
ikan bakar
air...
Murah gile makan sini, total macam-macam lauk ini untuk 1 malam tak sampai pun RM150 dan ulam tu, free of charge je.
Kalau korang ada ke Langkawi, bolehlah singgah sini . Highly recommended .
Details kedai :-
Kedai Taman Desa Permata Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi 07000 Malaysia
Kedai Mama Ina memang terbaik....
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com