MURAH KASUT SALVATORE FERRAGAMO MASA VALIRAM SALES DI SUNWAY RESORT - Minggu lepas, di hari akhir Valiram sales mummy baru terperasan. Tu pun, nampak kawan mummy personal shopper update. Malam Ahad tu, cecepat mummy daftarkan diri untuk ke Sales Valiram untuk slot hari Isnin. Ngam ada slot 8 pagi , dan slot tersebut masih kosong. Alhamdulillah ada rezeki mummy rupanya. Macam biasalah, Isnin kan, orang lain Monday blues. Tapi mummy dan kerja mummy sekarang tak ada istilah Monday Blues. Tak busy ke hari Isnin? Ha, mesti korang tertanya-tanyakan. Mummy tak busy ke? Siap boleh pi sales Valiram kan? Sebenarnya busy pada hari tersebut. Ada meeting di ofis dengan bos pada pukul 10.30 pagi, nak uruskan borang claim client di HQ, hantar polisi di Bangi pada pukul 1 petang dan hantar polisi di Subang Perdana pada jam 4 petang. kemudian , nak ke dobi basuh kain siap dryer terus.
.
Entahlah kan, tak tahu macam mana boleh pulak slot masa tu dengan smooth aje. Allah lorongkan semuanya ni juga. Dia MAHA MENGEHTAHUI segalanya. Kita ni, mampu merancang sahaja. Mummy keluar rumah 7.30 pagi dan ngam sampai di Sunway Resort tu pada 8 pagi.
Ya Allah, mudah betul, mesti ada sesuatu di Valiram Sales ni. Mummy ke Valiram sales ini, bukan atas tiket nak jadi personal shopper. Tapi, mummy lama tak ke Valiram sales. Almaklumlah, dulu kala kita bekerja makan gaji kan, nak keluar sesuka hati tu, memang tidaklah mummy nak buat ! Walau kerja mummy dulu pun, selalu keluar sana sini.
Masuk ke Valiram ni macam biasalah, ada SOP dan kena scan barcode yang mummyd ah daftar. Satu orang , satu barcode ye. Yang tak daftar, sorry memang tak boleh masuk dalam ni.
Mata mummy memang memandang kasut merah dan oren je, sebab kekonon nak matching dengan hand bag yang ada. Tup, nampak kaunter Salvatore Ferragamo. Memula tu, just tengok aje. Memang prinsip mummy sebelum beli, kena round semua kaunter brand . Tak mahu tergopoh gapah buat keputusan.
Steve ada merah tapi last pair, MK pulak merah saiz mummy habis, yang ada masa tu Salvatore Ferragamo je. Mark down habis-habisan dari RM2720 ke RM380 sebab banyak saiz dah habis. Biasalah sales brand besar ni limited quantity nya. Kalau datang awal pulak, harga SF ni pun tak dapat RM380, last day dan beberapa pasang aje yang tinggal. Tu sebab murah.
.
.
Charles & Keith pun murah-murah , sempat remat 1 sandal juga hehehe kekononnya kasut raya, tengok lah nanti ye macam mana.
Dan, mummy rembat juga shades spec hitam Charles & Keith sebab murah RM79 je tak masuk lagi diskaun 10%, ya Allah dah murah, murah lagi hahaha. Dasyattttt
Mummy pun lama tak ada shades baru, grab je lah, tengah murah kan. Last beli shades berjenama RayBan adalah masa nak kahwin (hantaran) hehehe
Masih ada, masih elok. Cumanya kejap ada , kejap tak ada lupa letak mana . Biasalahkan, sayang nak tinggal dalam kereta dok letak dalam rumah sana sini aje.
Handbag pula, mummy tak beli pun, plan macam nak warna hitam . Pikir seribu kali, tak payahlah kot, banyak dah bag kat rumah tu hehehe. Tunggu kita let go jual sesatu, baru boleh beli baharu ye !
BTW, pengalaman mummy ke Valiram ini berbaloi sangatlah jika korang nak cari barangan branded seperti TUMI, Longchamp, MK, SF, Tony Burch dan banyak lagi, sebab harganya sangat murah berbanding butik atau pun outlet .
Tapi, awas bagi yang tak minat, korang mungkin akan rasa mahal, tak berbaloi beli, shopping di AEON lagi murah dan boleh dapat banyak barangan bawah RM100
Bukan kata mummy tak pakai hat murah murah ye. Mummy ada je handbag Vincci masa sales dulu RM30. Elok cantik je walau dah 4 tahun.
Video pendek pun mummy ada buat juga, korag boleh tengok di YouTube mummy ye : -
Valiram sales kt Penang last year sendu! Sedih kita.. Aimed nak beli hbag time tu.. Tgk2 aduhhhhhh
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com