MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Diam tak diam setahun sudah berlaku dunia ini dengan kegelisahan dan kekangan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita. Sudah setahun kita jalani kehidupan dalam norma baru dan sudah setahun juga Butik Bahari Asyek Shah Alam ini tak beraksi di persada fesyen. Kali terakhir Butik Bahari Asyek Shah Alam mengadakan peragaan fesyen pada 13 Mac 2020 bertemkan 'Taman Inderaloka- Bahari Asyek Syawal Showcase 2020'.
MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM
Pandemik Covid memaksa kita semua meneruskan kehidupan dalam norma baru. Kehidupan tetap perlu diteruskan, justeru Butik Bahari Asyek Shah Alam tetap tampil gagah bersilat menepis serangan wabak dengan mengetengahkan koleksi 'tradisional melayu' nya dalam norma baru. Tiada lagi persembahan peragaan secara besar besaran dengan pelbagai persembahan sebelum ini, ekoran kekangan pandemik covid 19 dengan penerapan pelbagai S.O.P yang perlu dipatuhi.
"Harap
harap kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Harap pada tuan dan puan
Tidak tuan puan siapa lagi."
"Ya.. kerana tuan puan lah maka kami masih
disini, memelihara dan mengetengahkan 'Jati Diri' melayu ke persada massa. Dek
kerana itulah makanya kami sekali lagi beraksi, mengetengahkan koleksi busana
tradisional melayu bagi diperagakan untuk perayaan syawal 2021", jelas
puan Zahalina selaku pengarah urusan Bahari Asyek.
Justeru, Butik Bahari Asyek Shah Alam tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tiada jemputan ramai, tiada acara berkumpulan malah tiada juga aneka persembahan selingan yang memeriahkan acara seperti sebelum ini, demi mematuhi S.O.P.
Namun begitu, peragaan koleksi syawal kami tetap dijalankan.
Biarpun dalam skala kecil, sedikit sentuhan kreativiti diperlukan bagi
merealisasikan hasrat meneruskan kesinambungan Butik Bahari Asyek Shah Alam dalam menampilkan
busana tradisional bagi tiap kali syawal menjelang.
Peragaan fesyen kali ini kami jalankan didalam premis
butik kami tanpa sebarang pembuatan set serta hiasan 'backdrop'.
"Cukuplah sekadar mengubah susun atur rak dan
barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang releven dan sinonim dengan
koleksi fesyen yang kami tampilkan pada kali ini", jelas Puan Zahalina
lagi.
Ada yang bertanya akan apa siknifikannya buat peragaan busana koleksi syawal BA kali ini sedangkan tiada kehadiran tetamu jemputan dan pihak media ekoran pematuhan S.O.P yang tidak membenarkan penganjuran acara berkumpul beramai ramai dengan pematuhan jarak sosial yang ditetapkan..?
Puan Zahalina tiba tiba menarik nafas panjang lalu tersenyum... "Meskipun tiada hadirin dan pihak media yang turut bersama dalam sessi peragaan kami kali ini, kita buatlah bagaikan mereka semua ada bersama. Kita gunakan teknologi untuk mereka dapat bersama menyaksikan peragaan kami pada kali ini", tekan Pn Zahalina lagi.
Buat pertama kalinya Butik Bahari Asyek Shah Alam membuat siaran 'LIVE' menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook. Tindakan serampang dua mata sessi peragaan melalui aplikasi ini, Bahari Asyek dapat mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti aktiviti kami serta tawaran yang kami sediakan. Kelebihannya, kami tak perlu lagi runsing memikirkan jumlah jemputan yang perlu disenarai pendek kerana dengan LIVE ini, semua pengikut BA boleh menonton secara terus. Peminat yang ingin menyorot dan menikmati paparan koleksi syawal kami boleh juga menontonnya di saluran Youtube yang akan kami muat turun kan selepas sessi peragaan selesai.
Kami membuat sedikit perubahan akan koleksi syawal BA pada tahun ini ekoran kesan pandemik wabak covid 19 ke atas masyarakat. BA sedar yang masyarakat terkesan dengan pandemik ini dengan himpitan ekonomi yang mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan sebagainya. Justeru, koleksi BA pada tahun ini memberi sedikit penumpuan dalam menghasilkan busana yang lebih mampu milik, namun masih tetap mengekalkan mutu fabrik dan kemasannya, berpadanan dengan jurang dan tingkat harga yang ditawarkan.
Peminat dan pengikut BA tak perlu risau akan fabrik yang kami ketengahkan kerana fabrik busana kami ini adalah fabrik pilihan BA sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran. "Alah beli menang memakai..", celah Pn Zahalina.
Pengikut setia Butik Bahari Asyek Shah Alam telah sedia maklum yang fabrik di sini adalah dicari, dipilih dan diimport sendiri secara terus dari luar negara tanpa melalui orang tengah. Justeru, semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum melayu, sesuai dan bertepatan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa.
Rekaan dan potongan busana Butik Bahari Asyek Shah Alam ini ada
kelainan dan imejnya sendiri meskipun ada yang mengatakan baju baju bahari
Asyek ini sama saja dengan yang banyak berada dipasaran. "Saya berikan
sedikit olahan dan penambah baikan bagi keselesaan pada pemakai seterusnya
untuk tampak berketerampilan. Siapa kata wanita melayu yang berbusana
tradisional tampak kolot dan tidak berketerampilan?", soal Pn Zahalina
lagi. Sentuhan dengan Olahan dan penambah baikan yang diberikan kepada busana
BA ini menampilkan pemakai tampak anggun dan menawan. Busana tradisional BA
bukan saja untuk keraian syawal, ianya juga sesuai dikenakan untuk sebarang
acara keraian, kenduri kendara malah sesuai untuk ke pejabat.
'Syawal showcase BA' yang bertemakan MANISNYA SYAWAL
2021 ini, menampilkan 15 rekaan baru selain dari rekaan yang telah sedia ada di
butik.
Berikut adalah
butiran koleksi busana MANISNYA SYAWAL
2021 - BAHARI ASYEK.
Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi
peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas
selesai acara yang kami jalankan secara tertutup ini. Peminat dan pengikut yang
mengikuti siaran 'LIVE' kami di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke
premis butik Bahari Asyek, boleh saja 'screenshot' baju baju yang dipaparkan
seterusnya whatsapp di talian 016- 4819831 untuk pertanyaan dan
pembelian.
Para peminat dan penggemar yang berhajat KE
Butik Bahari Asyek namun terkesan dek pandemik Covid 19 ini dengan S.O.P dan
kekangan PKP, PKPB, PKPP yang bersilih ganti, tidak perlu risau. Bahari Asyek
sedia melayani pembelian / pertanyaan untuk busana dan fabrik kami di aplikasi
dalam talian (On Line) akaun Instagram: bahariasyek.co
"Burung
merpati kepak bersilang
Turun ke bendang memakan padi
Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati.."
"Simpan
dipeti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati
Simpan dihati perlakuan terbilang
baik peragakan barang sekali.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi : bahariasyek@yahoo.com
Lagi selesa fabrik kapas n simple camni. Skrang seller aktif live je kan. Banyak je anisiatif nak kembang kan bisness
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com