HOLIDAY LANGKAWI PART 3 : DAY 1 SHOPPING BARANG PANCING DI TCE TACKLE LANGKAWI - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sambung lagi part jalan-jalan holidays ke Langkawi. Kena buat part by part, kalau idak panjang yakmat lah satu entri hahaha. dan gambar pun akan panjang berjela lah jawabnya kan. Sebab tu entri Langkawi ni, berbulan nak perabihkan menulis hehehe. Ambik , ko !
Baca juga :
HOLIDAY LANGKAWI PART 3 : DAY 1 SHOPPING BARANG PANCING DI TCE TACKLE LANGKAWI
Selesai check in bilik, kemas dan siapkan diri . Petang , kami ke TCE Tackle Langkawi. TCE ni kedai apa? TCE ini, adalah kedai yang menjual barangan pancing di Langkawi. Perghhhh Langkawi pun dah ada TCE Tackle ! Maju betul dah Langkawi, ni yang rasa semakin best duduk Langkawi ni.
Kenapa tak bawa batang pancing aje? Ha..kalau korang baca di entri sebelum ini, kami tak plan pun nak sewa resort atas air. Kami booking awal-awalnya bilik biasa aje ! So, bila dah sampai kami upgraded bilik atas air.
Sebab ada setengah hotel, walau bilik atas air pun tak nak bagi visitor memancing.
Kami tak mahu amek risk ! Tak apa lah kalau beli kat sana pun, dapatlah daddy batang pancing baru, ye dak hehe
bila lagi nak ada batang pancing baru?
Sebab ada setengah hotel, walau bilik atas air pun tak nak bagi visitor memancing.
Kami tak mahu amek risk ! Tak apa lah kalau beli kat sana pun, dapatlah daddy batang pancing baru, ye dak hehe
bila lagi nak ada batang pancing baru?
SOP TCE Tackle ni ketat, walau dah boleh rentas negeri (masa tu). Kedai ini masih tak beri permission untuk budak-budak masuk. So, kami duduk di depan kaunter aje lah kejap. Tunggu daddy pilih barang.
Lama sket dalam tu, bebudak dah bosan. Hehehe biasalah memilih barang ni bukan boleh gopoh gapah, ye dak? So, mummy bawa dorang ke 7E yang berdekatan. Lanje kids, bagi dorang happy happy je travel kali ni. Lama tak travel, dari PKP 1.0 memang kami tak ada rentas negeri pun.
Walau dah boleh rentas negeri masa PKPP ni, feel travel memang lain , tak sama macam dulu.
Alhamdulillah, kami masih boleh jaga SOP, tak duduk dekat-dekat dengan orang lain.
Balik TCE Tackle, daddy terus rasmikan batang pancing barunya... ehemmmm...have fun daddy ! Lama tak lepaskan gian mancing. Alhamdulillah, dapat pegang batang pancing balik.
Aim lepas ni, nak bercuti atas house boat pulak, sambil bercuti, sambil memancing hehehe
rindunya nak gi langkawi
ReplyDeleteWahhhhh.. Sempat lagi beli rod pancing ya... Ni betul lepas gian ni kak
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com