Demi meringankan beban pihak penjagaan kesihatan awam negara, kerajaan telah menyatakan niat mereka untuk menambahkan hospital swasta sebagai pusat rawatan COVID-19. Untuk mengakhiri pandemik COVID-19, kerajaan juga telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Februari 2021. Oleh kerana beberapa pelan perubatan Tokio Marine Malaysia tidak termasuk dalam polisi perlindungan COVID-19, pihak syarikat mengambil tindakan yang proaktif untuk merancang dan melancarkan "Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19" yang bernilai RM 5juta untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar ini. Para pelanggan kami akan mendapat manfaat dari dana atau tabung ini sekiranya keaadan yang berkenaan menimbul.
Tokio Marine Malaysia Tubuh “Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19” Sebagai Sokongan Kepada Para Pelanggan Pada Waktu Mencabar Sekarang
Terdapat dua inisiatif di bawah tabung yang baru diwujudkan ini. Inisiatif pertama adalah Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 yang bertujuan untuk membantu para pelanggan yang memiliki polisi perubatan persendirian yang tidak merangkumi 'penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang'. Ia akan membayar semula perbelanjaan perubatan akibat kemasukan ke hospital kerana COVID-19 dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 kumpulan Kategori 3, RM10,000 untuk pesakit Kategori 4, dan bayaran sehingga RM20,000 untuk pesakit Kategori 5 sekiranya pemegang polisi dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan di bawah inisiatif ini. Inisiatif kedua adalah Sokongan Vaksinasi COVID-19, yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelanggan yang memiliki pelan perubatan persendirian dengan pengecualian klausa 'ubat pencegahan atau rawatan'. Sekiranya mana-mana pelanggan terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sebarang kesan serius akibat vaksinasi COVID-19 yang diterima, inisiatif ini akan membayar semula perbelanjaan kemasukan ke hospital sehingga RM 5,000. Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 ini boleh didapati sehingga 30 Jun 2021, sementara Sokongan Vaksinasi COVID-19 boleh didapati sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga tabung RM 5juta telah digunakan sepenuhnya, bergantung kepada yang mana lebih awal.
Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd., encik Toi See Jong berkata, “Sejak permulaan pandemik ini, Tokio Marine Malaysia telah ambil inisiatif untuk memberi sokongan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan juga masyarakat. Dana ini merupakan satu lagi usaha untuk terus memperkukuhkan nilai ‘Good Company’ kami dan memandang lebih jauh daripada sekadar keuntungan.”
Dalam pada itu, tambah Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, encik Ng Hang Ming, “Oleh sebab situasi COVID-19 masih belum sembuh sepenuhnya, adalah penting bagi Tokio Marine Malaysia untuk menyediakan para pelanggan dengan solusi dan perlindungan untuk terus kekal selamat.”
Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Tokio Marine Life Malaysia turut memberi tumpuan untuk memastikan para pelanggan, rakan kongsi dan keluarga mereka kekal selamat dalam usaha untuk mencegah penyebaran virus ini. Dengan itu, syarikat sedang mengoptimumkan platform-platform digitalnya bagi menyediakan akses yang senang kepada para pelanggannya untuk perkhidmatan yang penting seperti perkhidmatan polisi, pembayaran tanpa tunai dalam talian yang selamat, dan penyerahan tuntutan dalam talian. Sebahagian daripada pengukuhan digital, Tokio Marine Life Malaysia juga telah melancarkan "oneTokio", satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memberikan penyelesaian sehenti bagi para pelanggan. Pelanggan kini dapat mengakses perincian polisi seperti sejarah tuntutan perubatan, penyataan polisi dan penyata pembayaran premium untuk tujuan pemfailan cukai pendapatan dengan mudah. oneTokio juga memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan (if want to use awam, English copy must be “public” instead of “customer”), seperti pengesan hospital panel dan memeriksa wang yang tidak dituntut.
Tokio Marine Malaysia bersimpati kepada mereka yang terkesan oleh COVID-19 dan menggalakkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, dan memahami bahawa ini adalah waktu yang sukar dan mencabar. Dengan itu, Tokio Marine Malaysia ingin meyakinkan bahawa syarikatnya komited untuk selalu berusaha sedaya upaya untuk menyokong para pelanggan dan komuniti. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada anda agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjaga kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Muat turun aplikasi mudah alih oneTokio menerusi pautan:
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com