VIEN EAU DE PERFUME , MINYAK WANGI RAYA AIDILFITRI 2021 MUMMY -Assalamualikum semua ! Apa khabar semua ? Entri kali ini, mummy nak share pada korang semua PERFUME RAYA PKP mummy. Tak kisahlah, raya Covid-Eid ke boleh ke tidak boleh untuk rentas daerah atau pun negeri semasa raya 2021. Raya kami tetap raya, nak cantik , nak wangi pada hari raya tu satu kemestian !
VIEN EAU DE PERFUME , MINYAK WANGI RAYA AIDILFITRI 2021 MUMMY
Raya kali ini, haruman minyak wangi pilihan mummy dari jenama Vein.
Variasi haruman pilihan mummy dari Vein adalah Origin - Luxury Smell. Kenapa mummy memilih VIEN EAU DE PERFUME , MINYAK WANGI RAYA AIDILFITRI 2021 MUMMY bauan Luxury Smell?
VIEN EAU DE PERFUME , MINYAK WANGI RAYA AIDILFITRI 2021 variasi Luxury smell ini mummy sukan sebab bauan di bahagian top notes ada bau Ros, Teh Hijau dan Violet. Manakala di middle notes pula ada bauan Turkish Rose dan Magnolia . Dan base notes pula, mempunyai bauan musk dan cedar.
Pendek kata bau sedap seperti jenama mahal Es*** La**** , paling best Vein ini lebih jimat dan yang penting tahan lama, tak tengik, tak menusuk hidung.
Seterusnya, jom mummy ceritakan serba sedikit tentang perfume Vein ini, perfume Vein ini, merupakan jenama wangian tempatan dengan bercirikan premium affordable. Dengan sejarah beroperasi selama 4 tahun, jenama ini telah diminati oleh penggemar wangian artisan.
Perfume Vein memahami dan mempelajari wangian serta juga karakter setiap pengguna untuk digabungkan dan menghasilkan wangian terbaik.
Vein menghubungkan modernisasi dan klasik didalam sebuah botol dengan memberikan pengalaman dan wangian yang premium.
Di kenali sebagai VEIN Origin Eau de parfum yang sangat sesuai untuk ke majlis-majlis istimewa bersama insan tersayang.
Repustasi Vein selama 4 tahun berada dipasaran tempatan sebagai premium affordable brand bagi wangian peribadi telah mendapat sambutan oleh perfume enthusiast iaitu penggemar dan pengguna wangian peribadi daripada perfumer. Wangian sebegini juga kenali sebagai wangian artisan. Sasaran Vein kali ini, ingin lebih dikenali bukan sahaja dikalangan perfume enthusiast malahan juga di kalangan
pengguna wangian peribadi harian. Terbaharu, Vein menambahbaik dan menawarkan kemasan pembungkusan yang bermotifkan vintage klasik atas permintaan. Dengan harga yang berpatutan, pengguna boleh mendapatkan pengalaman premium, bagaimana jenama – jenama terkemuka dunia memberikan perkhidmatan terbaik daripada sapaan pertama sehingga ke produk itu sendiri. Setiap wangian keluaran Vein adalah eksklusif dan terhad produksinya. Vein diperakui dan mendapat sijil ujian
kimia daripada makmal bioteknologi.
5 pilihan Variasi EDP VEIN
Ada 5 pilihan variasi EDP VEIN di mana setiap variasi adalah untuk keperibadian seseorang yang berbeza.
Vein No.2/II: Fresh apple juice & zesty citrus. Top notes aroma ylang. Middle notes haruman freesia & jasmine, hedione. Base note pula musk. Sangat di sesuai sebagai Eau de parfum kegunaan setiap hari.
Vein No.3/III: Top notes haruman rose & freesia. Middle notes dengan bauan cedar & sandal wood. Base notes kemanisan haruman vanilla & caramel. Sesuai sebagai Eau de parfum harian dan pastinya untuk menghadiri majlis-majlis istimewa.
Vein No.4/IV: Menampilkan aroma watermelon, kiwi, pink cyclamen & musk. Sangat sesuai untuk majlis-majlis dan makan malam sebagai EDP pilihan .
Vein No.5/V: Top notes gabungan kesegaran mint, lavender, grapefruit & bergamot. Middle notes kombinasi cranberry, rose & granny smith apple. Base notes kedinginan aroma amber, cactus & cotton flower. Sangat sesuai untuk majlis-majlis istimewa dan gaya sport dalampilihan EDP.
Vein memasarkan wangian terpilih, eksklusif dan berkualiti tinggi yang diimport mewah dari tanah Monarki, England. Setiap wangiannya diberikan karakter tersendiri bagi memudahkan pembeli untuk memilih wangian yang bersesuaian dengan persona dan mood pengguna.
Harga pasaran Malaysia yang ditawarkan oleh Vein adalah sangat berpatutan iaitu RM65/botol, didatangkan khas dengan ciri-ciri klasik premium dimana anda boleh lihat dan rasai pada botol dan juga kemasan pembungkusannya.
Wangian ini diklasifikasikan sebagai extrait de parfum. Ketahanan wangian Vein dibuktikan oleh para pengguna iaitu sehingga 10 ke 24 jam, juga bergantung pada keadaan cuaca, aktiviti seharian dan juga kombinasi bau badan.
Selanjutnya tentang VIEN EAU DE PERFUME, bolehlah layari ke :-
Instagram: @vivelavein
Laman web & pembelian : www.vivelavein.com
Wahhh wangiinyaa
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com