OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY

OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY - 2 Jun 2012 - 2 Jun 2021 ! Pejam celik , pejam celik dah 9 tahun kami bergelar suami isteri. Kali ini, ulangtahun perkahwinan kami, berada dalam PKP / MCO, hanya dating dalam rumah dan celebrate dalam rumah dengan anak-anak. Nak ikutkan, daddy tak nak meraikan dengan kek dan makanan yang mewah sangat. membazir katanya, sebab tengah PKP / MCO kan. Makan apa yang ada sahaja katanya.

OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY

OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY


Bila memikirkan kids, mereka sukakan kek. Beli jugaklah kek dan set KFC. Kebetulan daddy pun ada bagi mummy duit raya yang ofis beliau bagi. So, kita rasa bersama sekeluargalah ! Tak best pulak, kalau mummy belanja sorang-sorang. Lagipun, daddy pun ada bagi duit raya pada mummy juga . Moga di murahkan rezeki suamiku, amin !



Berbalik kisah sambutan ulangtahun perkahwinan, macam biasalah. Anak-anak yang akan excited. Mereka yang nak tiup lilin, nak potong kek.

OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY


Masih mummy ingat lagi, detik 2 Jun 2012. Pernikahan kami selepas waktu Isyak. Adik daddy juga bernikah dan bersanding pada hari yang sama (siang).

Sengaja pilih hari yang sama, supaya keluarga daddy tak penat. Sekali jalan je orang kata.

Mummy faham mereka baru habis bertandang (kenduri adik daddy di Kajang). Maka, mummy sediakan rumah yang berdekatan dengan rumah mak mummy untuk keluarga daddy berehat selepas majlis pernikahan kami.

Majlis persandingan rumah mummy pula berlangsung pada 3 Jun 2012. 

Alhamdulillah, bila throwback ini, seronok melihat setiap apa yang Allah aturkan dalam masa 9 tahun ini. Doa mummy, semoga kami tetap bersama (suami dan keluarga kecilku) sehingga ke dalam syurga nanti. Insyaallah !


HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ


OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY


OUR 9TH WEDDING'S ANNIVERSARY

Tarikh 2 Jun, juga merupakan Birthday Ariq ke-5 tahun. Ariq merupakan anak buah mummy (anak adik mummy) serta merupakan anak susuan mummy.

Alhamdulillah besar dah Ariq sekarang, gemar melepak di rumah kami jika ada free time. Tapi, Syawal dan PKP memang tak ada siapa pun datang rumah kami. Kami sentiasa akur pada arahan kerajaan. Korang semua pun jangan langgar peraturan PKP 3.0 tau ! Stay safe semua !

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. semoga kekal hingga ke jannah, alin.
    lagi 2 bulan, 18th wedding anniversary aida plak :)
    in shaa Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post