ADA BANYAK JENIS POKOK MONEY PLANT, JOM TENGOK KOLEKSI MONEY PLANT KAMI ! - Mummy ni, sejenis tangan panas, bila tanam pokok je... Selalu tak kekal lama. Oleh itu, mummy suka pilih pokok yang mudah hidup. Tak ada cahaya matahari direct , tak perlu kerap siram, pun boleh hidup. Ni lah, yang mummy cari ! Ye lah, kami ni nomad. Sekejap duduk sana, sekejap duduk sini ! Selalu jugak lah, rumah ni di tinggal-tinggalkan. Bab rumah tinggal ni, sekuriti rumah kami perfect dah. Sana sini ada cctv. Kerisauan yang mendalam adalah part pokok lah kan. Pilihan mummy bela pokok money plant dan lidah jin sahaja lah. Rupanya, ada banyak jenis pokok money plant ni. Jom tengok, koleksi money plant mummy !
ADA BANYAK JENIS POKOK MONEY PLANT, JOM TENGOK KOLEKSI MONEY PLANT KAMI !
ADA BANYAK JENIS POKOK MONEY PLANT, JOM TENGOK KOLEKSI MONEY PLANT KAMI ! Sebelum tu, jemput baca juga kisah pokok kami di SINI juga !
Money plant untuk indoor plant di rumah kami ni, Dari satu pasu, kami pecahkan 3 pasu sebab dah semakin membiak. Kisah indoor plant (money plant) ini, kebetulan kami ke IKEA. Setelah di bincangkan dengan encik suami. Maka, dadddy pun setuju nak bela pokok. Rumah kami masa tu, dah bebas dari pokok. Tapi, dah alang-alang ada almari display ini. Macam nampak kosong nau. Ada baiknya letak pokok kan !
Jenis money plant - Neon Pothos. Pokoknya macam memanjang ke atas sket. Lelama tu kalau panjang akan jatuh menjalar juga tu. Kena sabar menunggu hehehe.
Mummy pun gatal tangan, dok semai ke pasu baru aje !
Ini pula, lidah jin . Lidah jin kedua kami ni. Pokok lidah jin pertama (beli di IKEA) dah mati. Sebab daddy pergi siram banyak. Konon nak bagi tahan sehingga seminggu. HUhu pokok lidah jin tak perlukan air sangat , dia macam kaktus. Kalau lebih air, matilah dia huhu.
Dan money plant - golden pothos. Money plant ni, jenis menjalar ke tepi hingga ke bawah. Ni pun mummy pecahkan 2 pasu. Sebab dia memanjang dah.
Gabungan dua atas tadi, ni master (asal). Golden pothos ini, mummy beli di nursery Saujana Impian Kajang. Masa bulan puasa hari tu. Semua masih baby lagi. Harap cepat gemuklah ye.
Korang pula? Ada ID money plant yang mana satu?
Pokok akak yang kat opis dah mati....sedih.....ye la takde siapa jaga kan..akak plak kadang masuk opis kadang kat rumah...
ReplyDeleteOhh lidah jin pun tergolong dalam Money plant rupanya.....
ReplyDeleteoh bukan, lidah jin bukan ID yang sama money plant tu cerita selit tuuu
DeleteHahhahahah.. Welcome to d club❤️
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com