HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA

HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA - Kecoh juga kan, kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK , mereka ni BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA.

Teringat kisah mummy yang pernah dapat offer untuk berkhidmat di sektor kerajaan. Memanglah ramai yang mengatakan, kontrak dulu nanti lelama seraplah permanent ! Tapi kan, kalau department tu memang tiada post untuk permanent. Department tu sendiri merupakan temporary department. Secara logiknya, dah tentulah , tiada post untuk permanent di situ, kan. Kisah ini , berlainan dengan hartal doktor kontrak. Tapi, kisah kontrak di jabatan kerajaan jugalah.

HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA


HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA - Kecoh juga kan, kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK , mereka ni BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA.  Teringat kisah mummy yang pernah dapat offer untuk berkhidmat di sektor kerajaan. Memanglah ramai yang mengatakan, kontrak dulu nanti lelama seraplah permanent ! Tapi kan, kalau department tu memang tiada post untuk permanent. Department tu sendiri merupakan temporary department. Secara logiknya, dah tentulah , tiada post untuk permanent di situ, kan. Kisah ini , berlainan dengan hartal doktor kontrak. Tapi, kisah kontrak di jabatan kerajaan jugalah.  HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA

Kisah HARTAL DOKTOR KONTRAK BUKAN DOKTOR YANG BARU KONTRAK SEBULAN DUA. Sedih memang sedih. Siapa yang nak kerja lelama di jawatan kontrak. Patutlah ramai kelulusan doktor suka berkhidmat di negara orang sana. Sorry to say !

Kalau mummy dah 10 tahun pun kontrak, mummy sendiri pun can cin cau ! Hehehe.

Berbalik ksiah doktor kontrak ini. Mummy terbaca satu sharing seperti di bawah ini (maaf link asal tak di jumpai). Antara intipatinya :-

Yang tak tahu tentang Hartal Doktor Kontrak yang berlaku hari ini, meh saya cerita sikit.


1. Selepas SPM - Degree dalam bidang perubatan, minima 6 tahun.


2. Doktor pelatih (HO) - Minima 2 tahun


3. Doktor Junior (MO) - Bermula tahun 2016, kerajaan menetapkan semua doktor selepas tamat HO menjadi doktor kontrak selama 2 tahun.


4. Specialist / sub specialist - minima perlu ada Masters


Kenapa doktor² kontrak buat hartal hari ini? Doktor kontrak nak minta jadikan permanent.

Sebab doktor kontrak tak boleh pinjam loan kerajaan dan tak boleh sambung studies full time. Jadi, kalau mereka nak jadi specialist, apa cara untuk sambung belajar? Resign dan biaya sendiri? Hohoho.. tak ramai doktor junior ni yang datang dari keluarga kaya, yang boleh resign sesuka hati sebab duit banyak. Kebanyakan macam kita² je atau mungkin dari keluarga yang lebih susah dari kita. Resign dan pinjam loan bank? Habis tu, masa jadi fulltime student ni, gaji takde ni, nak makan apa? Buatlah part time? Bidang medik tak boleh buat part time.


Kenapa buat hartal sekarang di kala pandemik?
Sebab doktor pelatih tak dibenarkan jaga pesakit Covid. Yang boleh jaga ialah doktor junior dan level lebih senior. Korang pun tengok kes semakin naik, kan? Beban semakin banyak. Ada yang tak tahan. Ramai doktor kontrak resign. Nak resign dari kontrak, senang. Notis berhenti kerja pun lebih pendek dari permanent. Bila ada doktor resign, beban kerja jadi berganda² banyaknya.


Senario dalam hospital, bila ada kes kritikal, doktor junior perlu refer kepada specialist.
Pernah fikir ke, kalau semua doktor tersangkut kat kontrak, siapa yang akan gantikan specialist yang sedia ada nanti?


Semalam DG KKM kata kerajaan setuju untuk sambung kontrak lagi 2 tahun. Nak buat Masters dan PhD tak cukup 2 tahun. Nak dapat tempat pun susah kalau masih status kontrak.


Kenapa tak buat hartal masa kerajaan Tun M?
Maaf cakap. Ini soalan bodoh.


Hmm.. apa lagi soalan? Oh ya ada terbaca komen netizen, untunglah doktor masih ada kerja. Ramai lagi yang takde kerja kat luar sana.
Maaf cakap. Komen ni sama bodoh dengan pengkomennya.


Oi.. jangan bimbang. Masa buat mogok, mereka masih berpegang kepada ikrar kedoktoran mereka. Do no harm to your patients. Polis pun ada untuk jaga supaya hartal ni tak lama dan meleraikan reporters yang tak ikut SOP. Hartal ni juga disokong oleh specialist dan ketua jabatan masing². Mereka dah buatkan jadual supaya operasi hospital tak terganggu semasa hartal. Senior² ni setiap hari melihat kematian. Mereka tahu mereka pun takkan hidup selama²nya. Itu sebab mereka kena ada pengganti. Doktor² kontrak ni lah yang akan ganti tempat mereka. Tapi dah sangkut nak sambung study pun tak boleh, masa depan pun tak tahu stay ke tidak, tang mana nak jadi penggantinya?


Siapa² yang kecam doktor buat hartal, pesan saya, nanti sakit jangan pi hospital, ya. Kemungkinan itu ada di mana anda akan dirawat oleh doktor kontrak yang anda kecam.


Edited: Yang hartal bukan doktor yg baru kontrak sebulan dua. Ada yang sejak 2016 masih kontrak. Katanya umur 43 dah tak boleh further studies dalam Medicine. So, you do the math.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post