SENANG JAGA? CEPAT MATI TAK? INDOOR PLANT POKOK BUNGA ANTHURIUM UNTUK APARTMENT KAMI - "Bos, saya nak cari indoor plant pokok yang berbunga, tapi nak senang jaga dan tak mudah mati?" ,. Itulah soalan mummy kepada penjual pokok (nursery di Saujana Impian Kajang) masa bulan puasa hari tu. Lama kan, kisah bulan puasa baru mummy nak ceritakan lepas raya haji hehehe. Ye lah, mummy pun tempoh belajar lagi bab menanam pokok dalam rumah. TUnggu feed back beberapa bulan . Barulah mummy sharekan tentang Anthrium pokok indoor kami ni
SENANG JAGA? CEPAT MATI TAK? INDOOR PLANT POKOK BUNGA ANTHURIUM UNTUK APARTMENT KAMI
Bila nak beli pokok (indoor plant) berbunga untuk rumah ni, mummy mesti nak pilih yang mudah jaga. Mudah jaga bermaksud, tak cepat mati. Ye lah, duduk apartment ini pencahayaan dari cahaya matahari ada masa terik , ada masa macam memalu je cahaya masuk hehe. Tapi , rumah kami facing cahaya matahari pagi. Dari kecik, tengok mak abah kami beli rumah je, mesti cari mengadap matahari terbit. So, mummy pun ikut sampai sekarang (eh macam banyak nau rumah kau !, baru seketui aje). Kesimpulannya, pokok yang mummy beli ni SENANG JAGA? CEPAT MATI TAK? INDOOR PLANT POKOK BUNGA ANTHURIUM UNTUK APARTMENT KAMI
Sebelum mummy cerita lanjut tentang Anthurium pokok indoor mummy (berbunga ini). Mummy nak share kan pada semua terlebih dahulu tentang pokok Anthurium yang mummy peroleh dari Facebook.
ANTHURIUM POKOK BUNGA INDOOR BELI 5, 6 KALI TAPI ASYIK MATI
Okay first of all untuk semua yang pernah menanam anthurium or ada pengalaman seperti dibawah:
1. Daun daun menjadi kuning biarpun dah baja
2. Tiba tiba selepas 2 3 hari , daun entah kemana, bunga entah kemana, yang Nampak ubi dia je.
3. Time nak repot, tengok tengok akar pun dah menghilang
4. Daun lebat , tapi payah nak berbunga, dah macam macam baja guna
So siapa yang mempunyai masalah seperti diatas, boleh faham and baca tips di bawah ini ye .
4 TIPS UNTUK BELA POKOK ANTHURIUM
TIPS 1 , Cahaya :
Pokok bunga Anthurium ini memerlukan cahaya yang sedikit dan tidak boleh terdedah dibawah cahaya matahari yang panas. Boleh diletakkan didalalam rumah sebagai indoor plant.
Part ni, dah okay dah untuk rumah mummy !
TIPS 2, Penyiraman :
Tidak perlu siram dengan quantity yang banyak dan tidak perlu siram setiap hari. Ini kerana ia akan memberikan kesan kepada akar anthurium itu sendiri. Boleh menyebabkan ‘ roots rooten’ sekiranya terlebih air. Dinasihatkan siram seminggu sekali / 2x seminggu. Untuk siraman seterusnya, check tanah, sekiranya masih lembab, tidak perlu siram.
Ni pun mummy okay dan faham, mummy pun ada masa lupa nak siram setiap hari hehehe
TIPS 3, Medium tanah :
Anthurium lebih menyukai campuran tanah yang sesuai untuk epifit. Seperti sphagnum moss (ini medium soil yang terbaik untuk anthurium), campuran cocopeat + perlite , ataupun boleh juga mengunakkan peatmoss . cari campuran tanah yang tidak terlalu pegang air.
Tanah pula, ok sangat sebab nursery yang jual dan buat repot (tukar pasu terus masa beli)
TIPS 4, Pembajaan :
Untuk mendapat anthurium yang sihat dan kembang, dinasihatkan untuk melakukan pembajaan seminggu sekali dengan menggunakan baja organic seperti baja coffee, ajimino, tahi ayam, milagro dan sebagainya. Antara baja organic yang paling terbaik adalah baja coffee dan milagro. Untuk baja coffee try cari 8:8:8:8 + 3MgO+ TE. Antara kedua baja ni, korang boleh pilih yang mana korang nak guna.
Baja pula, memang nursery jual baja kopi pada mummy.
Keseluruhannya, rasanya 100% mummy dah follow tips di atas. Jadi, apakah mengalaman mummy membela Anthurium pokok bunga indoor ni? Senang jaga? Cepat mati tak?
PENGALAMAN MEMBELA INDOOR PLANT POKOK BUNGA ANTHURIUM UNTUK APARTMENT KAMI
Nursery tepat mummy beli pokok Anthurium ni, mencadangkan mummy letakkan baja kopi setiap 2 minggu sekali. Selepas dua minggu dari beli. Mummy pun letakkanlah baja kopi seperti yang di arahkan.
Tak lama lepas tu, satu per satu daun kuning. mummy pun buang daun yang tak sihat. Daddy beritahu , mungkin batang daun Anthurium tu terkena baja.
Ya Allah, pening juga rupanya bela pokok hehehe. Entahlah, mummy pun tak tahu lah terkena baja ke apa. Sebab lepas letak baja, kena siram pokok. Takut masa sira tu baja berjalan terkena batang daun ke apa.
Walaubagaimanapun, daun lain masih meriah hijau.
Bunga yang berbunga tu, merah dah gugur dulu, manakala bunga putih tu, last week (lepas raya haji baru tertanggal dari pokoknya. Rasanya, bebudak ni yang petik hehehe. Kebetulan buat shower dalam bilik air untuk semua pokok kami.
Minggu lepas dah selang seli dengan dengan baja lain, baja bunga. Tak pasti menjadi ke tidak huhuhu.
Kalau korang ada pengalaman membela pokok bunga Anthurium, share lah di ruangan komen saya ye!
Cantiknyaaa..akak nak ada benda2 ni semua kat rumah tapi tu la anak buah ramai kan..nanti semua jatuh x tentu pasal...
ReplyDeletecomel sangat pokok nya. sedap mata memandang ^_^
ReplyDeletebanyak koleksi.. cantik.. kalau saya tak thu la hidup ke tak kalau tanam dlm rumah..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com