4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah - Malaysia adalah destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia kerana mempunyai pelbagai pemandangan indah, serta pantai-pantai yang cukup cantik untuk dilihat. Keunikan Malaysia adalah kemampuannya untuk menggabungkan kemudahan-kemudahan yang moden dan mewah dengan warisan budaya berwarna-warni, untuk mewujudkan pengalaman pelancongan yang dapat menepati kepelbagaian citarasa semua pelancong. Tempat-tempat bersejarah di Malaysia juga merupakan daya tarikan utama dan sentiasa menarik perhatian ramai pelancong.
4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah
Antara tempat-tempat bersejarah di Malaysia yang terbaik untuk pelancong yang berminat dengan sejarah negara ini adalah:
1. Pulau Pinang - Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah bandar yang kaya dengan sejarah. Georgetown adalah antara kawasan pelancongan utama di Pulau Pinang. Bandar lama kolonial ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Kubu Cornwallis di Georgetown adalah satu contoh klasik seni bina British yang menerapkan beberapa elemen tradisional. Menara Jam Peringatan Queen Victoria juga merupakan salah sebuah peninggalan penjajahan kolonial British di kawasan ini. Rumah Agam Biru (The Blue Mansion) adalah satu lagi destinasi kegemaran pencinta sejarah. Bangunan di Pulau Pinang ini dibina oleh sebuah pedagang Cina pada kurun ke-19 dan sangat menyerlah kerana warna birunya yang terang. Beberapa pengaruh Siam juga boleh dilihat sekitar Pulau Pinang. Contoh terbaik adalah patung Buddha yang baring di Wat Chayamangkalaram yang dibina pada tahun 1845. Wat ini mempunyai banyak elemen klasik seni bina Siam dan telah dinaungi oleh penjajah British untuk menggalakkan perdagangan dengan Thailand.
Anda boleh sampai ke Pulau Pinang dengan sangat mudah. Kebanyakan kapal terbang yang masuk ke Malaysia mendarat di Kuala Lumpur. Dari situ, anda hanya perlu menaiki bas untuk perjalanan yang singkat ke Pulau Pinang. redBus mengendalikan perkhidmatan bas antara bandar-bandar di Malaysia. Pelancong-pelancong boleh menempah tiket bas online pada harga berpatutan dan sampai ke destinasi mereka dengan cukup mudah.
2. Melaka - Dari Pulau Pinang, penumpang-penumpang boleh membeli satu lagi tiket bas redBus ke Melaka. Bandar Melaka adalah bandar yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah, jadi tidak hairanlah ia dapat menarik ramai pelancong yang bercuti di Malaysia. Melaka juga merupakan Tapak Warisan Dunia. Tokong Cina zaman purba, Cheng Hoon Teng dapat memberi para pelancong sedikit gambaran tentang kekayaan budaya bersejarah yang terdapat di rantau ini. Kawasan ini juga mempunyai beberapa bangunan yang diinspirasi oleh seni bina Jepun dari kurun ke-18. Muzium Kesultanan Melaka adalah sebuah lagi bangunan yang penuh sejarah di kawasan ini. Malaysia mempunyai gabungan pengaruh budaya dan sejarah Cina, Melayu, dan India yang unik.
Pengaruh-pengaruh kolonial terdahulu juga boleh dilihat di Melaka. Bandar Melaka juga mempunyai Dutch Square dan Gereja St. Paul. Kini, Melaka mempunyai pelbagai muzium untuk memberi penerangan kepada pelancong tentang kepelbagaian sejarah Melaka yang bercampur aduk.
3. Selangor - Untuk menghargai pengaruh budaya berbeza di Malaysia dengan sepenuhnya, anda mesti melawat kawasan Selangor. Selangor menempatkan tempat suci agama Hindu yang dikenali sebagai Batu Caves. Batu Caves mula dipotong daripada bukit batu kapur pada tahun 1891. Sebuah patung gergasi Dewa Murugan di depan Batu Caves di Selangor adalah antara struktur yang paling difotograf di Malaysia.
4. Kuala Lumpur - Selalunya, para pelancong menggambarkan Kuala Lumpur sebagai bandar moden yang dipenuhi dengan pusat-pusat membeli belah dan pencakar langit. Namun begitu, bandar ini sangat penting kepada keseluruhan sejarah Malaysia. Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia dan menempatkan kompleks kerajaan. Kompleks ini termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad yang merupakan struktur besar yang asalnya dibina oleh pentadbiran kolonial pada kurun ke-19. Kuala Lumpur juga mempunyai muzium-muzium terbaik di negara ini yang mesti menjadi persinggahan untuk semua pencinta sejarah. Muzium Negara Malaysia, Muzium Diraja, dan Muzium Kereta Api Kuala Lumpur semua terletak di sini.
Tarikan pelancongan lain di Malaysia:
Tempat-tempat terbaik untuk dilawati tidak terhad kepada tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Pantai-pantai dan keindahan alam semulajadi negara ini adalah sebab utama untuk perkembangannya sebagai hub pelancongan di Asia.
- Pulau Perhentian - Pantai-pantai di Pulau Perhentian terkenal kerana air laut biru yang jernih dan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, selam skuba, dan pelbagai sukan lasak.
- Borneo Malaysia - adalah sebuah lagi pulau yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Di sini terdapatnya hutan hujan yang sinonim dengan Malaysia. Pantai-pantai dan cenuram berbatu di pulau ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk membuat latihan terjun.
- Pulau Tioman - Pulau Tioman mempunyai pantai-pantai yang tercantik di dunia. Pelancong-pelancong yang ingin meluangkan beberapa hari melayari di bawah matahari boleh membuat tempahan untuk menginap di pulau ini untuk menikmati pemandangan menakjubkan yang tentu menjadi pujaan ramai pada Instagram.
- Langkawi- Langkawi juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai tarikan seperti Sky Bridge dan akuarium dalam bangunan untuk menghiburkan para pelancong.
- Cameron Highlands- Malaysia juga dapat memuaskan pelancong yang lebih gemar percutian di kawasan berbukit. Cameron Highlands adalah satu-satunya tempat di negara ini dengan cuaca yang sejuk. Pelancong yang datang sini boleh memakai jaket ringan dan menikmati kehijauan alam sekitar yang seolah-olah sampai ke langit.
- Taman Negara - adalah taman nasional pertama Malaysia. Hutan belukar Taman Negara adalah habitat kepada pelbagai flora dan fauna asli yang unik. Taman ini juga mempunyai laluan mendaki, perkhidmatan arung jeram, dan air terjun untuk dinikmati oleh para pelancong.
Malaysia adalah negara yang cantik, penuh dengan tarikan untuk memastikan pelancong sentiasa terhibur semasa percutian mereka. Pencinta sejarah terutamanya suka melawat Malaysia kerana sejarahnya yang unik dengan pengaruh daripada pelbagai budaya berlainan sejak kewujudannya. Satu lagi kelebihan bercuti di Malaysia adalah hakikat bahawa kebanyakan perkhidmatan penginapan di negara ini tidak begitu mahal. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan makanan tempatan yang memudahkan waktu makan, lebih-lebih lagi apabila bercuti dengan bajet.
Perkhidmatan redBus di Malaysia juga merupakan tarikan utama buat para pelancong. redBus memberi mereka kebebasan untuk menempah tiket-tiket online dengan mudah dan sampai ke semua destinasi pelancongan pada harga yang berpatutan. Malaysia mempunyai industri pelancongan yang besar dan mempunyai banyak kemudahan untuk menjadikan negara ini lebih selamat dan lebih menarik untuk pelancong. Sudah sampai masanya untuk anda mengemas beg dan menambah Malaysia ke senarai destinasi pelancongan anda!
Semoga kita semua dapat melancong semua walaupun dalam norma baru. Kita kena mula menerima pakai mask dan hand sanitize sentiasa
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com