1 JUTA VIEWS TANGMO NIDA DI TIKTOK ! - Terkejut sangat , tetiba video pendek mummy fyp (ala-ala viral) di TikTok . Asalnya tujuan mummy share video tu, sebab kisah mendiang Tangmo Nida banyak lalu di FYP. Ramai TikTokers sharing. Sebenarnya, kisah mendiang Tangmo Nida pun ada di Telegram. Cuma di Telegram tu lagi ekstrem, siap pakej gambar (jangan kecam pula, ye bukan niat nak suruh tengok gambar mayat).
1 JUTA VIEWS TANGMO NIDA DI TIKTOK !
1 JUTA VIEWS TANGMO NIDA DI TIKTOK ! Masa views hits, mummy dah gerun. Terus off comment ! Daddy bising juga, dia tak bagi off comment. Mummy tak tahan lorrr. Tik Tok ni, permainan di laun sedikit (pernah share di : https://www.azlindaalin.com/2021/12/5-tips-naikkan-followers-di-tik-tok.html )sangat extreme bab komen, ada yang anggap mummy ni promote pula Telegram Channel Tangmo Nida untuk bagi orang tengok gambar mayat Tangmo. Aihhh, fenin. Padahal, kebanyakan orang tahu tentang Telegram, selain kisah hot, movie sharing semua ada dalam tu. Entahlah, memang permainan di TikTok dan Telegram ni tak sama.
KRONOLOGI KES KEMATIAN TANGMO NIDA.
Yang mana belum tahu kisah Tangmo Nida ni, mummy share kan sedikit di sini (dari bacaan FB). Disclamer sesiap, kang kena kecam pulak kalau ada info yang salah (jangan campak mummy dari bot pulak tau)
1.Gatick/Idsarin Juthasuksawat/Kratik informed Tangmo Nida ada dinner makan malam untuk teman VVIP saja. Tangmo setuju.
2. Ketika malam kejadian, Tangmo baru tahu sebenarnya bukan setakat dinner tapi malah Tangmo kena layan ke katil VVIP DATO (lebih kurang pangkatnya). Mungkin Tangmo terdengar perbualan rakannya di bot. Kalau diikutkan, VVIP tersebut suruh kawan dan PA Tangmo letak dadah khayal dalam wine Tangmo. Supaya tidak berlaku pergelutan. Maka, dari situ lah...Berlakunya pergaduhan.
3.Kaki Tangmo dihiris dengan botol wine. Pergelutan dahsyat kerana dia cuba menyelamatkan nyawa dan maruah sampai terlihat kesan baju koyak, cakar dan lebam di badan suspek.
4.Tangmo dijerut, diikat dengan tali dan ditolak ke dalam sungai. Tali diikat di kipas bot. Saksi nampak bot berlegar lama di kawasan kejadian seolah olah mengheret sesuatu dalam sungai tapi suspek2 menafikan. Mungkin mereka pemandu bot tiada pengalaman jadi bawa bot pusing2.
5. Tangmo masih belum mati walaupun berpusing banyak kali diikat tali, nampak tangan cuba menggapai PELAMPUNG yang ditolak oleh rakannya.
6.Mereka bawa Tangmo ke jeti kawasan berpasir supaya cepat mati. Pasir di jeti dijumpai dlm paru-paru Tangmo.
7. Kemudian mereka campakkan Tangmo di kawasan dekat dengan jeti tempat mayat dia dijumpai dan ikatkan kaki dia dengan beg mengandungi pemberat supaya dia tak timbul.
8. Masing-masing berpecah balik ke rumah pada jam 1 pagi tapp sebenarnya meeting di stesen minyak(mungkin bincang cara hapuskan bukti).
9.Bot ditukar kepada bot lain kerana bot asal kipas rosak selepas tarik Tangmo dengan terjerut pada kipas bot.
10.Semua bahan bukti dibuang termasuk kipas bot dan tali. Bot ditukar kepada bot lain.Bot asal disembunyikan.
11.Polis menjumpai bukti berupa beg ada pemberat(macam batu mozek), handbag Tangmo,botol wine&gelas wine,kipas bot,tali & lain lain.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com