BERCUTI DAN TIDUR DI HOTEL KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON - Dah hampir tamat cuti sekolah barulah kami sekeluarga berkesempatan pi holiday ke Port Dickson. Kali ini kami bercuti dan tidur di Hotel Klana Beach Resort Port Dickson.
BERCUTI DAN TIDUR DI HOTEL KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
Ini merupakan kali pertama kami bercuti dan tidur di Hotel Klana Beach Resort Port Dickson. Sebelum ini, kami memang tak pernah menginap di hotel ini.
Best ke Hotel Klana Beach Resort Port Dickson? Oleh kerana ianya terletak tidak jauh di pantai dan anak-anak dah lama requested pergi pantai. So, kita onz je
MENARIK TENTANG Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
Mesti korang nak tahu apa yang menarik di sini .Menarik tentang Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
1. Hotel Klana Beach Resort Port Dickson tidak jauh dari rumah kami, Kajang Selangor. Lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja perjalanan Kajang ke Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
2. Hotel Klana Beach Resort Port Dickson terletak berhampiran dengan pantai, di mana tempat kesukaan anak kami
3.Hotel Klana Beach Resort Port Dickson Islamic Hotel. Kerana ianya di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Sejadah dan telekung di sediakan di sini
4. Hotel Klana Beach Resort Port Dickson mempunyai swimming pool khas untuk wanita.
5. Banyak makanan yang sedap-sedap ada di Kelana Coffee House Terrace. Kalau korang nak berbuka puasa di sini pun best juga. Bulan puasa tahun ini 2022 mereka ada sajikan makanan "Citarasa Nismilan"
Kemudahan di Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
Kemudahan luar dan dalam bilik Hotel Klana Beach Resort Port Dickson sangatlah banyak.
Jom layan gambar-gambar dalam bilik kami.
Port makan view sangat cantik, perghhhh romantik sungguh
anak-anak seronok sangat, bilik pun macam-macam kemudahan ada.
Harga semalam tak sampai RM200 sehari.
Boleh beli direct, di Agoda atau memana website juga. Bandingkanlah harga terlebih dahulu hehe
Selanjutnya, korang jangan lupa untuk follow media sosial Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
Website : https://klanabeachresortpd.com.my/
Facebook : https://web.facebook.com/klanabeachresortpd
Tau wujudnya Klana Resort ni...cuma blom ada kesempatan nak bercuti kat sini...padahal lagi dekat dari rumah kan
ReplyDeleteBestnya dapat bercuti sesekali macam nie kan Linda..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com