Jualan Mega Shopee 3.15 Hari Pelanggan

Shopee memperkenalkan 3.15 Hari Pelanggan, jualan mega pertama tahun ini#ShopeeCelebratesYou pada 3.15 Hari Pelanggan ini, memberi pembeli lebih banyak sebab untuk menyambut kegembiraan bersama Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly

Jualan Mega Shopee 3.15 Hari Pelanggan

Jualan Mega Shopee 3.15 Hari Pelanggan


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan 3.15 Hari Pelanggan, jualan mega pertama tahun ini. 3.15 Hari Pelanggan kini berlangsung hingga 15 Mac dan akan membawa keseronokan perayaan akhir tahun Shopee kepada semua pengguna. Jualan ini memberikan para pengguna lebih banyak sebab untuk meraikan dan memberi ganjaran kepada diri mereka, sambil mereka bersiap sedia untuk menempuh tahun yang menjelang.

Shopee memperkenalkan 3.15 Hari Pelanggan bagi membawa lebih nilai dan kegembiraan kepada semua pembeli, yang kini menggunakan e-dagang untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang tahun. Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada 3.15 Hari Pelanggan yang menampilkan pelbagai jenis produk, yang ditambah baik dengan tawaran diskaun 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar & Menang Nissan Almera.

Tambahan kepada sambutan 3.15, Shopee menyambut Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 di Malaysia. Kedua-dua atlet tersebut mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam mengatasi cabaran sukar dan mendedikasikan hidup mereka ke arah meletakkan Malaysia di peta dunia. Mereka menjadi inspirasi dalam cara mereka mencapai kejayaan hebat dengan mengutamakan kesejahteraan dan meraikan pencapaian, meskipun ianya kecil. Dato Pandelela telah memenangi dua pingat Olimpik dan lima pingat Kejohanan Dunia manakala Datuk Latif telah memenangi dua pingat emas dalam Sukan Paralimpik. Beliau memegang rekod dunia untuk Lompat Jauh T20 hingga kini.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Pada 3.15 Hari Pelanggan ini, kami ingin meraikan anda. Berbuat baiklah kepada diri sendiri. Ikuti rentak anda sendiri, raikan kemenangan kecil dan beri ganjaran kepada diri sendiri. Demi berkhidmat dengan lebih baik kepada pengguna kami, kami terlebih dahulu perlu memahami apakah barangan yang dibeli oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2019.”

“Di Shopee, kami sentiasa meletakkan para pengguna sebagai keutamaan dalam apa yang kami lakukan, jadi kami mencipta inisiatif dan kempen baharu secara konsisten seperti 3.15 Hari Pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik,” tambahnya.

Memahami trend membeli-belah rakyat Malaysia


Memandangkan lebih ramai yang semakin biasa kekal di rumah, Shopee mendapati bahawa ramai yang ingin memperbaiki dan mengutamakan diri mereka dari segi kesihatan, kesejahteraan dan mengurangkan stress. Oleh itu, peningkatan enam kali ganda dicatatkan bagi permintaan untuk Produk Penjagaan Diri di platform tersebut pada tahun 2021, berbanding tahun 2019, sebelum pandemik menular.

Kesihatan fizikal, penjagaan persekitaran dan kesejahteraan sosial dilihat sebagai tiga trend penjagaan diri paling popular, di mana Shopee menyaksikan pertumbuhan permintaan sebanyak 10 kali ganda bagi barangan berkaitan penambahbaikan kelengkapan rumah dan kediaman.

Dalam pada rakyat Malaysia memberi lebih perhatian pada kesihatan fizikal mereka, Shopee mendapati bahawa 42% daripada barangan penjagaan diri yang dijual tahun lepas adalah berkaitan dengan dandanan diri, suplemen, peralatan senaman, bekalan memasak dan membakar makanan, pakaian tidur serta produk mandian dan spa.

Ekoran rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga, Shopee menyaksikan peningkatan 12 kali ganda untuk permintaan bagi makanan ringan, serta peningkatan 13 kali ganda bagi bekalan memasak dan membakar makanan pada tahun 2021 berbanding tahun 2019.

Rakyat Malaysia juga semakin berminat dalam penjagaan diri dari segi persekitaran, demi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat di rumah. Mereka memulakan projek DIY baharu, memasang kertas dinding baharu, dan menanam tumbuhan dalam rumah, antara aktiviti-aktiviti lain. Ini dicerminkan oleh peningkatan 12 kali ganda dalam permintaan untuk barangan pembaikan rumah dalam masa dua tahun.

Melihat pada kesejahteraan sosial, lebih ramai rakyat Malaysia bersifat terbuka kepada idea untuk memelihara haiwan di rumah kerana permintaan bagi bekalan haiwan peliharaan meningkat sebanyak 13 kali ganda dalam tempoh dua tahun, antara tahun 2019 dan 2021. Mereka memanjakan haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan dandanan, rumah, makanan, malah fesyen dan aksesori turut didapati popular.

Setelah mendalami data kata carian dalam trend penjagaan diri, Shopee mendapati bahawa perkataan ‘keropok’ telah dicari hampir 7 kali ganda lebih banyak pada tahun 2020 dan lebih 25 kali ganda lebih banyak pada tahun 2021, kedua-duanya berbanding tahun 2019.

‘Kids books’ juga telah menjadi salah satu kata carian yang semakin popular dengan peningkatan carian lebih 11 kali ganda pada tahun 2020 berbanding 2019, memandangkan para ibu bapa beralih ke Shopee untuk memupuk amalan membaca pada usia muda.

Selain itu, sejak pelancaran ShopeeFood pada bulan September 2021, kata carian ‘bubble tea’ meningkat lebih daripada 7 kali ganda menjelang Disember tahun lepas. Ini menandakan trend yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri menerusi makanan dan minuman manisan yang dipesan melalui penghantaran makanan.

Sebagai sebahagian daripada 3.15 Hari Pelanggan, Shopee juga akan melancarkan pengaktifan #ShopeeCelebratesYou untuk membawa lebih banyak keceriaan kepada para pengguna sepanjang tempoh 3.15.

Berlangsung setiap hari di Shopee Live hingga 15 Mac, para pengguna juga boleh bermain permainan yang amat menarik, iaitu Sampul Misteri. Pemanggil Bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Para penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama tersebut, dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.

Tontoni TV3 atau Shopee Live pada pukul 9 malam pada 15 Mac untuk mendapatkan tawaran TV terbaik. Nikmati juga beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau, serta persembahan oleh selebriti dari Korea di program Shopee Tawaran TV untuk 3.15 Hari Pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/Consumer-Day.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post