KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NAELOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID - Alhamdulillah, mummy sempat grab shawl nealofar terbaharu Disney X naelofar pada hari pertama Keluarga Neelofa melancarkan kolaborasi pertamanya “The Little Mermaid “ yang diinspirasikan daripada watak Ariel.
KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NAELOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID
Koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema “Perjalanan untuk anda cipta” menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel yang menonjolkan nilai keberanian.
Antara koleksi terbaharu ini, naelofar melancarkan produk scarfs, shawls, kaftan dan juga tote bag. Semuanya sangat cantik !
nealofar melakar satu lagi pencapaian dalam misi membantu memartabatkan para wanita untuk Go Far dengan bergaya, Naelofar julung kalinya melancarkan kolaboratif pertama bersama dengan jenama antarabangsa dengan mengetengahkan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama.
‘naelofar babes’ teruja dengan koleksi yang dilancarkan pada hari ini. Mohd Aqief, selaku CEO Naelofa akui perjalanan untuk berkolabrasi dengan jenama bangsa mempunyai proses yang panjag dan alhamdulilah dipermudahkan. Berikut dengan sambutan baik dari peminat hijab Naelofar, Aqief juga memaklumkan akan ada koblarasi seperti ini akan datang dengan beberapa jenama antarabangsa.
Neelofa sama teruja
Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya, kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.”
“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah”.
Mendapat inspirasi daripada filem Disney The Little Mermaid, Naelofar memberikan sentuhan unik mereka untuk memperincikan keajaiban dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl dan Square. Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi.
Memang cantik sangat koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar ni, kainnya yang lembut, sejuk dan tak panas. Paling mummy suka, tag jenama nealofar di The Little Mermaid Disney X Naelofar bukan berbentuk "n" tapi bertemakan The Little Mermaid Disney X Naelofar. Ianya juga bukan di jahit , malah boleh di buka dan pasang kembali.
Bagi korang yang nak cari baju raya, tudung raya. Jom dapatkan koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar di www.naelofar.com
bestnya dan cantik kaftan tu semua
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com