AZURE ORGANICS SABUN MUKA KULIT MANGGIS DAN LIP SCRUB Blueberry - Korang suka pakai produk kecantikan organic based, tak? Ada yang, suka? Sep sket! , pada yang sama dengan mummy
AZURE ORGANICS SABUN MUKA KULIT MANGGIS DAN LIP SCRUB BLUEBERRY
Mummy dah pakai sabun dan lip scrub organic. Best sangat produk natural dan organic dari azure.organics.
Produk Azure Organics ini semua bebas dari bahan kimia, bebas paraben, bebas SLS hanya mengandungi bahan semula jadi dan organik sahaja
Mummy dah cuba 2 dari berpuluh puluh produk mereka. Antaranya :-
AZURE ORGANICS SABUN MUKA KULIT MANGGIS Peel Soap
SABUN KULIT MANGOSTEEN berbentuk sabun buku. Semasa pakai, akan terasa sedikit sejuk, terasa kulit bersih, tak rasa kulit terlampau ketat / tegang lepas cuci dan terpaling best yang mummy suka bila senang sangat nak buang whiteheads / blackheads bila lepas cuci.
>> Sabun kulit manggis diadun dengan ekstrak daripada kulit manggis bersama minyak penyembuhan terapeutik dan akar.
>> Sifat pengelupasannya menghilangkan bakteria pada kulit yang menyumbat pori-pori dan menyebabkan keradangan dan kecacatan.
>> Ekstrak Kulit Manggis dapat sembuhkan keradangan dan membersihkan pori-pori tersumbat dengan lembut untuk kulit yang lebih sihat.
>> Sesuai untuk kegunaan harian pada Semua Jenis Kulit, termasuk Kulit Sensitif dan Kombinasi.
>> Bahan-bahan: Aqua, Sodium Sterate, Gliserin, Sukrosa, Propylene Glycol, Sorbitol, Sodium Benzoate, Minyak Zaitun, Ekstrak Kulit Manggis, Ekstrak Akar Ginseng , Serbuk Aktif Arang, Minyak Biji Jarak, Pewangi.
AZURE ORGANICS LIP SCRUB BLUEBERRY
Blueberry Lip Scrub
>> Blueberry Lip Skrub dapat menghilangkan Sel kulit mati bibir, berbau wangi, bau blueberry. Selepas pakai, bibir mummy menjadi lembut, licin dan lembab.
>> Lip Scrub akan berikan bibir bersinar semula
>> Menjadikan bibir lebih sihat secara semula jadi .
>> Cara pakai :
Basahkan bibir.
1. Gunakan spatula kering yang di berikan atau boleh je nak pakai jari untuk mengambil sedikit scrub bibir.
2. Sapukan lip scrub dan ratakn di sekeliling bibir.
3. Biarkan pada bibir selama 2-3 minit.
4. Kemudian basuh bersih. Siap!
Untuk hasil dan penjagaan yang lebih baik, sapukan lapisan ringan valine atau balm bibir
Bahan Blueberry Lip Skrub : Gula Tebu Organik, Mentega, SHEA Premium, Minyak badam manis, Vitamin E, Lilin lebah, Ekstrak Buah Blueberry.
Jomlah korang, dapatkan sekarang kita sesama cantik tanpa ragu-ragu dengan #azureorganics
#organicskincare #mangosteensoap #skincare #blueberrylipscrub
Produk yang baik dengan mengandungi bahan semula jadi kan. Boleh cuba lepas ni
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com