DENGGI DAN PENCEGAHAN KETIKA AKTIVITI LUAR

DENGGI DAN PENCEGAHAN KETIKA AKTIVITI LUAR - Hujung minggu, antara hari yang paling gembira bagi kami sekeluarga. Selalunya, hujung minggulah kami akan luangkan masa untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Dalam berseronok tu, ada juga kerisauan dengan kes denggi (selain Covid-19) yang dilaporkan meningkat awal tahun ini. Sebanyak 4,890 kes denggi yang dilaporkan bagi tempoh 2 Januari hingga 19 Februari 2022, yang telah meningkat dari 4,454 kes yang direkodkan bagi tempoh 3 Januari hingga 20 Februari tahun lalu. Ini adalah peningkatan sebanyak 436 kes dalam tempoh 1.5 bulan pertama tahun 2022!

Macam mana mummy akan memastikan bahawa keluarga kami dalam perlindungan yang mencukupi ketika berada di luar rumah?

DENGGI DAN PENCEGAHAN KETIKA AKTIVITI LUAR




Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk betina Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Simptom jangkitan denggi termasuk demam pada suhu tinggi, sakit biji mata, sakit sendi dan otot, sakit kepala, rasa loya, muntah-muntah dan ruam.

Bila demam denggi menjadi semakin teruk (‘severe dengue’), tanda-tanda amaran termasuk bintik merah atau tompok pada kulit, hidung dan gusi berdarah, sakit perut yang teruk atau kelembutan, muntah-muntah dan/atau cirit-birit yang berterusan, rasa mengantuk, kerengsaan, kulit menjadi pucat, sejuk atau lembap dan susah untuk bernafas.

Demam denggi tiada rawatan khas seperti ubat penawar atau antiviral. Kebiasaannya pesakit akan diberi rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan seperti pemberian ubat demam, ubat penahan sakit, dinasihatkan berehat dan digalakkan minum air. Sekiranya anda dan ahli keluarga anda ada simptom-simptom ini, dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya menunjukkan gejala-gejala denggi yang semakin teruk.


4 TIPS PENCEGAHAN DENGGI KETIKA AKTIVITI LUAR


Antara tips mummy dalam PENCEGAHAN DENGGI KETIKA AKTIVITI LUAR adalah seperti

Memakai pakaian cerah

Sebelum melakukan aktiviti luar, mummy akan pastikan semua ahli keluarga mummy memakai pakaian yang berwarna cerah. Supaya kami boleh berwaspada dengan kehadiran nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes sukakan pakaian atau baju yang berwarna gelap.


Memakai seluar panjang

Seluar mummy dan anak-anak juga menggunakan seluar yang panjang ketika beraktiviti di luar.

Ini dapat mengelakkan nyamuk menggigit ahli keluarga kami.

Ubat Penghalau Nyamuk

Untuk bahagian yang terdedah, tidak ditutup dengan pakaian yang penuh, sapukan ubat penghalau nyamuk (‘mosquito repellent’).

Elakkan berada pada waktu tertentu

Nyamuk Aedes suka keluar pada waktu awal pagi (5.30 pagi - 8.00 pagi) dan senja (5.30 petang - 8.00 malam). Jadi, kami akan cuba elakkan aktiviti luar rumah pada waktu ini sebab ia merupakan waktu puncak nyamuk Aedes mengigit.

PERKARA PENTING MENGENAI DENGGI


Selain tips PENCEGAHAN DENGGI KETIKA AKTIVITI LUAR, perlu ditekankan sekali lagi, kepentingan untuk memantau simptom-simptom demam denggi. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mempunyai simptom-simptom ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Denggi harus disyaki apabila pesakit mengalami demam bersuhu tinggi (40°C/104°F) berserta 2 daripada simptom-simptom berikut semasa fasa demam (2-7 hari):


Sakit kepala yang teruk

Sakit biji mata

Sakit otot dan sendi

Loya

Muntah-muntah

Kelenjar membengkak

Ruam


Tanda-tanda amaran demam denggi yang menjadi semakin teruk (‘severe dengue’) termasuk bintik merah atau tompok pada kulit, hidung dan gusi berdarah, sakit perut yang teruk atau kelembutan, muntah-muntah dan/atau cirit-birit yang berterusan, rasa mengantuk, kerengsaan, kulit menjadi pucat, sejuk atau lembap dan susah untuk bernafas

Pada korang yang suka beraktiviti luar macam kami. Jangan lupa ikut tips mummy untuk pencegahan Denggi ye.


Stay safe!


Informasi ini disediakan sebagai maklumat awam sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan perundingan dengan pakar kesihatan. Sila rujuk kepada pakar kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.


Post ini disokong oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam pos ini adalah pandangan peribadi penulis blog.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post