BERCUTI DI HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING DAN MAKAN YONG TAU FOO BELAKANG BOMBA ! - Pre 10th Wedding Anniversary kekdahnya ni. Unplanned vacation. Alih-alih je sampai sini. Daddy dah sampai Taiping dulu sebelum Subuh Hari Rabu. Mummy pulak ke Taiping pada Hari Rabu lepas Isyak. Ye ! Masa ini, kami bawa dua kereta hehehe. Mummy sampai Taiping dalam 12 tengah malam macam tu. Terus telefon Seri Malaysia Taiping dan check in. Malas nak survey hotel lain sebab dah lewat malam sangat. Nak rehat, memasing penat.
BERCUTI DI HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING DAN MAKAN YONG TAU FOO BELAKANG BOMBA !
Haha padahal mummy yang penat. 1st time drive alone balik Taiping weii.. Sepanjang kawen tak pernah drive kete balik kampung. Demi suami dan anak-anak ....gigih ku drive !
Hotel Seri Malaysia Taiping , mummy memilih untuk menginap bilik jenis family iaitu dalamnya ada 1 katil super king dan juga 1 katil single. Bila tak ada plan ni, kebiasannya kami akan habiskan masa di hotel sahaja. So, ambil bilik mahal sket RM168 satu malam. Kami beli untuk 2 malam.
Walau hotelnya tak berapa cantik macam kami stay di Grand Baron Taiping. Tapi, mummy suka suasana Hotel Seri Malaysia Taiping ini. Sebab tak crowded, tak perlu naik lif atau tangga. Depan bilik je dah nampak swimming pool.
Anak-anak memang pagi petanglah mandi kolam sahaja. Mujur cousin depa cuti sekolah sebab ramai kena HMFD. So, cousins pun join sekali lepak hotel mandi kolam.
MAKAN MALAM DI YONG TAU FOO BELAKANG BOMBA
Mujur kami datang Taiping hari kerja, so taklah ramai sangat orang makan di Yong Tau Foo Belakang Bomba.
Kalau cuti sekolah, raya atau cuti umum. Penuh dan padat sini !
BREAKFAST 2 HARI DI HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING
Percutian kali ini, memang tak keluar mana pun. Mujur ada breakfast FREE sekali pakej bilik family Hotel Seri Malaysia . Tapi, mummy ada beli makanan standby juga dari Foodpanda di hantar ke hotel hehe
makanan breakfast tak banyak mana, tapi bolehlah makan. Semua menu anak-anak boleh makan. Depa semua tu kena makan, sebab selesai breakfast je dah nak terjun swimming pool tu ! Mana boleh tahan, bilik dah menghadap kolam tu kannn hehe
Aktivit lain, kami main Sahibba dalam bilik. Siang malam main Sahibba !
Oleh kerana tak nak rushing, mummy cancel kan appoint di KPMC Kajang. Dan buat appointment baru dia Klinik Kesihatan Pokok Assam Taiping.
Ngam check out, lunch dan appointment vaksin pada pukul 2.45 pm.
Habis inject terus balik Kajang ! Sabtu Ahad tu dah boleh rehat cui baju dan kemas rumah.
Bestnya bercuti. Dah lama sangat x bercuti nie. Dapat sekali sekala pun nikmat juga nie
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com