EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Yeaaaayyy…Yang di tunggu-tunggu Ejen Ali Musim 3 dah keluar akhirnya ! Bukan kids je yang excited, mummy daddy pun sama tau . Terima kasih Primeworks Studios #wauanimation Disney+ Hotstar untuk fans screening 2 episod

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR


EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Haiihh.. Tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya . Ejen Ali Musim 3 ini sangat best dan lebih mencabar buat Ejen Ali dan ejen-ejen lama yang lain. Kerana musim kali ini, Ali , ejen-ejen lama akan berentap bersama-sama ejen-ejen baharu dalam pertandingan yang di anjurkan oleh MATA

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Kalau korang nak tahu apakah cabaran buat Ali dan rakannya. Serta berjayakah mereka dalam musim 3 ini?

Jangan lupa, tonton #ejenali di #disneyplushotstarmy ok


Sinopsis Ringkas Ejen Ali Musim 3


Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya selaku juara Arena MATA, namun menghadapi cabaran sukar untuk kekal bersaing tanpa bergantung pada alat gajet IRIS apabila bertemu dengan Ejen Antarabangsa yang jauh lebih berkemahiran tinggi. Ketika berlangsungnya pertandingan Arena, sebuah rancangan rahsia musuh dalam selimut muncul untuk menjatuhkan MATA dan berpotensi melumpuhkan bandaraya futuristik Cyberaya.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR


Kumpulan penjahat Numeros kembali untuk membalas dendam di atas kehilangan ketua mereka Uno, dan membuatkan Ejen terbaik MATA, Rizwan (Azman Zulkiply), bertindak berseorangan untuk membongkar komplot bahaya mereka.

Dalam sebuah langkah yang mengejutkan, Rizwan bekerjasama dengan bekas ahli Numeros, Dos (Nurul Radhiah Ibrahim) untuk membongkarkan rancangan licik Numeros.

Terkenal dengan dunia penceritaan yang inovatif dan animasi berkualiti tinggi, francais animasi Ejen Ali juga berjaya mengangkat pengaruh kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengetengahkan teknologi moden yang digabungkan pelbagai elemen tradisional Malaysia dan serumpun. Antaranya adalah penggunaan unsur gasing dan kerambit sebagai gajet yang baru, serta seni mempertahankan diri silat.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR



“Langkah hebat untuk kongsi kandungan hebat tempatan kepada penonton seluruh dunia”

Menurut Ketua Kandungan dan Kreatif, Asia Tenggara & Indonesia Walt Disney, Ahmad Izham Omar, pihaknya sangat berbesar hati apabila berpeluang bekerjasama dengan WAU Animation untuk menghasilkan musim terbaru siri animasi popular Ejen Ali dan memperkenalkannya kepada penonton Disney+ Hotstar di serantau Asia Tenggara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof pula optimis yang penonton Disney+ Hotstar akan terhibur dengan jalan penceritaan menarik di dalam Ejen Ali musim baharu ini.

“Kami berharap animasi tempatan yang menampilkan pelbagai suara dan rupa Asia ini akan memberi inspirasi kepada penonton setia dan penonton baharu untuk menerokai kandungan meluas yang boleh didapati di Rangkaian Televisyen Media Prima, dan agar penonton di luar Malaysia turut terhibur dengan kandungan kami yang tersedia di Disney+ Hotstar,” kata Nini Yusof.

Penonton bakal disajikan aksi yang hebat serta efek visual yang menakjubkan dalam jalan penceritaan siri Ejen Ali musim ini. Noorhayati Maslini, Azi Shafian dan Azman Zulkiply kembali mendukung watak asal mereka, manakala Usamah Zaid, Pengarah dan Ketua Penulis Skrip, bersama Shafiq Isa, Pengarah Kreatif dan Suara, turut meminjamkan suara mereka bagi beberapa karakter di dalam siri ini.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR



“Kami sangat teruja untuk melihat Ejen Ali berada di pentas dunia, terutamanya di platform Disney+ Hotstar yang mempunyai pengikut animasi yang setia. Seperti ramai, pandemik ini telah menyebabkan kami harus bekerja dari rumah untuk menjalankan produksi Musim 3 ini, dan saya percaya ini adalah bukti bahawa WAUriors yang hebat mampu mencapai kejayaan penting bersama-sama Disney+ Hotstar! Memandangkan animasi merupakan medium sejagat bagi orang ramai, terutamanya penonton muda, apabila mereka melihat karakter yang menyerupai mereka di layar skrin kami berharap kami berjaya memperkenalkan model yang positif untuk mereka contohi. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami sehingga ke hari ini!”

Director Ejen Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Yeah!! Menarik. LeYa pun suka tonton siri animasi Ejen Ali... Jom!

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post