DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul

DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul - Penggunaan tatabahasa dan ejaan Bahasa Melayu dengan betul amatlah penting. Terutama bagi kita orang Malaysia, malu jika orang Malaysia sendiri tidak boleh menguasai Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan betul,kan? Tetapi, jangan runsing ! DewanEja11 boleh membantu untuk Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul

DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul

DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul


Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul aatlah penting. Baru-baru ini, viral di medium media sosial TikTok. Kisah Cikgu Zack, Guru Bahasa Melayu yang membuat pembetulan tatabahasa Bahasa Melayu yang sering di salah gunakan oleh rakyat Malaysia.

DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul


Mummy akui, walau mummy seorang penulis Bahasa Melayu di blog mummy sendiri. Mummy sentiasa membuat Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul.

Antara kesalahan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu yang sering terjadi antaranya penggunaan bahasa yang kurang tepat, masalah penggunaan tanda baca, ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil.


6 Kelebihan Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11

Apakah sebenarnya DewanEja11 ini? Dan apa pula kelebihan DewanEja 11? 


Selain memudahkan mummy untuk membuat Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul. Kelebihan lain DewanEja 11 ini adalah :-

1. DewanEja 11 

Merupakan edisi terbaharu versi 11. DewanEja 11 adalah Aplikasi Semakan Tatabahasa dan ejaan Bahasa Melayu. DewanEja 11 membantu untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang betul dan baik.

DewanEja 11 Semakan Tatabahasa dan Ejaan Bahasa Melayu dengan Betul



2. Penyemak Ejaan Bahasa Melayu

DewanEja 11 mempunyai data terkini dari Dewan Bahasa dan Pustaka. DewanEja 11 akan memperbetulkan ejaan dan tatabahasa Bahasa Melayu dari MS Office.


3. AutoComplete

Fungsi AutoComplete membolehkan anda melengkapkan perkataan secara automatik untuk melengkapkan penulisan anda dengan lebih pantas. Hanya klik kekunci tab, dan perkataan akan dimasukkan serta-merta.


4. AutoPrediction

Fungsi AutoPrediction pula mencadangkan perkataan bersesuaian dengan perkataan semasa secara automatik untuk melengkapkan penulisan dengan lebih pantas. Ia dibangunkan untuk penulisan formal seperti penulisan surat rasmi, laporan dan seumpama dengannya.

Kedua-dua fungsi ini boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan menggunakan bebutang AutoComplete dan AutoPrediction pada bar alat DewanEja11.


5. Antara Muka Terjemahan

Antara Muka Terjemahan berintegrasi dengan aplikasi MS Word. Ia membenarkan anda mengakses laman web perkhidmatan terjemahan dengan pantas. Cuma serlahkan satu perenggan penulisan Bahasa Melayu, dan lihat ia diterjemahkan ke Bahasa Inggeris serta-merta.

6. Leksikon Lebih Berkualiti

Diperkaya dengan data yang lebih dikemas kini, kini pengeja mengenali lebih daripada 24,000 perkataan kontemporari. Contohnya "nenas" atau "nanas", kesilapan ejaan seperti ini akan terus diperbetulkan segera bila kita sedang menaip.





Cara untuk mendapatkan DewanEja11 di Chrome Web Store.


1. Pada kotak carian laman Chrome Web Store, taipkan DewanEja11.

2. Klik pada "Add to Chrome" diikuti dengan “Add extension.”

3. Halaman pengesahan akan dipaparkan bahawa DewanEja11 telah ditambahkan pada Chrome.

4. Untuk mengaktifkan DewanEja11, klik pada ikon DewanEja11 di bar pelayar Chrome.

5. Panel terapung DewanEja11 akan muncul di bahagian kanan dengan senarai kesilapan dan cadangan ejaan atau tatabahasa



Harga Perisian DewanEja 11


Terdapat 3 kategori langganan pada perisian DewanEja 11 bagi anda yang berminat.

1. DewanEja 11 (Langanan). Harga RM89 /setahun. Boleh ditamatkan bila-bila masa

2. DewanEja (Langanan). Harga RM178 /2 tahun. Boleh ditamatkan bila-bila masa

3. DewanEja 11 Tawaran Terbaik. Harga RM298 /selamanya. Tiada tarikh luput.

Mummy akui, dengan adanya aplikasi DewanEja 11, mummy lebih yakin untuk menulis tanpa risaukan tentang kesalaha tatabahasa mahupun kesalahan ejaan Bahasa Melayu mummy.

Untuk korang di laur sana, mummy yakin korang juga boleh menulis Bahasa Melay dengan lebih baik dengan adanya aplikasi DewanEja 11 ini.

Untuk keterangan lanjut dan informasi terkini. Boleh terus layari ke : 

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Menarik juga ni... kalau cikgu memang sangat berguna lah perisian macam ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post