THAILAND PAVILION DI MIHAS UNTUK PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA - Mummy sempat menghadirkan diri ke Thailand. Eh bukan ke negara Thailand. Tapi ke Thailand Pavilion Pameran Halal Terbesar Dunia di MIHAS 2022 yang berlangsung baru-baru ini pada 7 - 10 September 2022
THAILAND PAVILION DI MIHAS UNTUK PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA
Tahun ini, Pavilion Thailand akan mempamerkan lebih daripada 40 jenama produk Halal Thai, baik dari sektor makanan dan bukan makanan.
Bersama pemilik produk jenama Rin yang memasarkan produk HALAL berasaskan ikan
Bersama pemilik produk berasakan makanan kering dan diet KETO
Oud dari Thailand Original
Macam-macam produk dari Thailand ada di Thailand Pavilion Pameran Halal Terbesar Dunia di MIHAS 2022. Antaranya makanan ready to eat, minuman ready to drink, pelbagai jenis sos, kudapan, condiments, mee, santan, ais krim, pakaian, produk kecantikan dan banyak lagi
Ini merupakan tahun pertama Thailand membawa barangan Halal bukan makanan untuk dipamerkan di MIHAS. Ia termasuk fesyen sederhana, seni dan kraf, kesihatan dan kecantikan, hadiah dan barangan hiasan rumah.
Mummy bukan sahaja akan dapat sertai beberapa aktiviti menarik seperti persembahan produk dan lelongan (untuk tujuan merit).
Malah dapat melihat sesi memasak secara LIVE oleh chef selebriti Thailand dari Bangkok, menu Celebrity Chef Tosapol Tosapol A Li Hancharoenkul untuk menu Northern Thai Curry Noodle with Chicken. Sedap !
Northern Thai Curry Noodle with Chicken ini disediakan bersama mee telur istimewa. Mee telur tradisional leper ini jarang sekali kita nikmati di Malaysia sebegini melainkan ia dihidangkan bersama sup kosong dan cendawan, isi ayam, fucuk, sambal udang kering dan ikan bilis.
Kali ini di MIHAS 2022, Thailand Pavilion bawakan resepi tradisi utara Thailand untuk kita cuba.
Di dalam hidangan Northern Thai Curry Noodle with Chicken ini, mee telur di sediakan dalam dua cara. Mee telur di rebus beberapa saat. Apabila digabungkan bersama kuah kari ayam versi Thailand. Ia sangat sedap!
DITP Malaysia (Department of International Trade Promotion) yang mewakili Thailand, berbangga untuk menyertai MIHAS 2022 untuk berkembang maju dalam perdagangan Halal Thai dan menyumbang secara signifikan kepada Industri Halal global. MIHAS ialah pasaran yang teguh untuk pemain antarabangsa dan tempatan untuk merebut peluang perniagaan.
Sehingga berjumpa lagi !
Untuk informasi lanjut, boleh layari ke : https://www.facebook.com/thinkthailandmy
Dah lama tak pi MIHAS.. Dulu pernah kerja dengan MIHAS for 1an a half years.. Its was fun but tiring..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com