Are You Okay Centre di UiTM Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati - Sebagai bekas pelajar UiTM, mummy turut berbangga atas penubuhan “Are You Okay Centre” yang di inspirasikan oleh Alumni UiTM sendiri iaitu Wanita Ikon Selangor 2022, Datin Hajah Rita Sosilawati.
Tahniah Wanita IKON Selangor, Datin Hajah Rita Sosilawati dan UiTM memperkasa perkhidmatan psiko-sosial melalui penubuhan “Are You Okay Centre “
Are You Okay Centre di UiTM Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati
Selesai berlangsungnya Majlis menandatangani Surat Hasrat (LOl) antara Wanita IKON Selangor 2022 - YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliani Buhari atau lebih dikenali Datin Rita Sosilawati dan YBHG. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM) untuk majlis pelancaran 'Are You Okay Centre'
Turut hadir bersama-sama ialah YBrs. Puan Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Keraya & Kaunseling BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timbalan Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.
APAKAH ITU ARE YOU OKAY CENTRE UiTM?
Mesti ramai yang tertanya-tanya…Apakah itu “Are You Okay” UiTM.
“Are You Okay” inisiatif kolaborasi antara pihak Wanita Ikon Selangor dengan UiTM khususnya Pusat Kaunseling dan Kerjaya menyediakan ruang dan peluang bagi meningkatkan aspek kesejahteraan mental
Dimana objektif penubuhan 'Are You Ok Centre' adalah sebagai
>> medium interaktif untuk meluahkan
>> menyalurkan sebarang isu
>> tempat mengadu permasalahan kehidupan yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental
>> berperanan menyediakan aktiviti-aktiviti minda dalam kalangan warga UiTM tak kira staf atau pelajar dan komuniti setempat
Penubuhan ini juga merupakan “giving back to UiTM” oleh Datin Hajah Rita Sosilawati yang merupakan salah seorang alumni UiTM.
Mummy yakin usaha murni projek CSR ini sangat di perlukan oleh pelajar, staf dan juga komuniti UiTM.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com