ARE YOU OKAY Program Klinik Guaman Syarie Percuma Kolaborasi Bersama Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati - Kerjasama Wanita IKON Selangor 2022 , Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia mengadakan program Klinik Guaman Syarie PERCUMA bersama Masyarakat.
Di mana Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan di Mahlamah Syariah dengan kos yang minimum dan dibiayai oleh pihak kerajaan.
ARE YOU OKAY Program Klinik Guaman Syarie Percuma Kolaborasi Bersama Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati
ARE YOU OKAY Program Klinik Guaman Syarie Percuma Kolaborasi Bersama Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati. Bukan sahaja membantu menyelesaikan permasalahan dan memperjuangkan nasib kaum wanita dari sudut undang-undang sahaja.
ARE YOU OKAY Program Klinik Guaman Syarie Percuma Kolaborasi Bersama Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati bertujuan untuk membantu terutamanya kaum wanita di luar sana terutamanya Ibu Tunggal
Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS)
Tentang bagaimana untuk teruskan kehidupan mereka bersama anak-anak. Mereka akan di ajar cara untuk menjana ekonomi selepas selesai melalui proses dari Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).
Segala bantuan dari segi kewangan dan menjana ekonomi akan beroperasi melalui Pusat ‘Are You Okay’
BAGUS berteraskan kepada 2 perkihidmatan asas iaitu:
Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice) secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah
Mnyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support) secara PERCUMA iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan.
PROGRAM KLINIK GUAMAN SYARIE
PGSM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menaungi sebahagian besar Peguam Syarie mengambil inisiatif untuk mengadakan Klinik Guaman Syarie yang mana menyediakan Khidmat Nasihat Guaman Syarie secara PERCUMA di seluruh Malaysia khusunya Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan. Klinik ini dinamakan ‘Klinik Guaman Syarie’.
PGSM mempunyai sukarelawan-sukarelawan dari kalangan Peguam Syarie yang bersedia memberikan khidmat nasihat guaman Syarie secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang mempunyai masalah rumahtangga, akan memfailkan kes atau yang telah mempunyai kes di Mahkamah Syariah.
FORUM : LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH: MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMI?
Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) juga bekerjasama dengan Datin Sosilawati serta badan NGO lain di dalam majlis ilmu Forum Literasi Undang-undang Syariah yang bertajuk MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMI
Forum Literasi Undang-undang Syariah yang bertajuk MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMI forum bersama Dato’ Dr. Mohd Zaidi bin Hj Md Zin, Dato’ Hazizah binti Kassim dan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa.
Program yang di ketengahkan oleh Wanita IKON Selangor 2022 sangat bagus kerana dapat membantu dan meringankan masalah setiap individu terutamanya wanita yang tidak berkemampuan dari segi kewangan
Tahniah Datin Rita Rita Dato' Sosilawati
Selanjutnya mengenai program Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) , boleh layari ke www.baguspgsm.com.my
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com