Peraduan Jordan Can’t Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman BERPELUANG MENANG WANG TUNAI !

KAJIAN OLEH PENJAGAAN GIGI JORDAN MALAYSIA MENDEDAHKAN YANG MASA BERKUALITI BERSAMA KANAK-KANAK AKAN MEMBUAT MEREKA SENTIASA TERSENYUM

Peraduan Jordan Can’t Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman BERPELUANG MENANG WANG TUNAI !


Peraduan Jordan Can’t Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman BERPELUANG MENANG WANG TUNAI !



Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia lebih menghargai senyuman istimewa si comel mereka, Jordan kini mencari 20 ibu bapa untuk diberikan ganjaran melalui peraduan Jordan Can’t Smile Without You dengan hadiah wang tunai RM1,500 setiap seorang! 

Peraduan ini bermula dari 15 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022 dan ia bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak mereka di samping merakam detik terindah bersama senyuman si comel!


Peserta perlu membeli berus gigi Jordan’s Steps tanpa had pembelian minimum dan daftar masuk peraduan menerusi laman mikro Jordan Can’t Smile Without You di www.jordansmileswithyou.com. Penyertaan yang sah juga akan turut menerima ganjaran bonus jika mereka menghantar video yang dihasilkan sendiri dan mengandungi muat naik penyertaan dan mesej dalam tempoh 48 jam selepas penyerahan.

86% peserta berkata masa bersama keluarga membuat anak-anak mereka berasa gembira


Dengan kepantasan gaya hidup kebanyakan rakyat Malaysia, kini semakin ramai ibu bapa yang terlepas saat-saat bermakna bersama anak-anak mereka. Jordan Asia Pacific Sdn Bhd – jenama terkemuka rangkaian Jordan Kids Universe dengan rekaan khusus untuk kanak-kanak – telah melancarkan kempen Jordan Can’t Smile Without You bertujuan untuk membantu lebih ramai ibu bapa meraikan detik indah yang mencipta senyuman bersama anak-anak kesayangan mereka!


Untuk lebih memahami perkara ini, Jordan telah menjalankan kajian ke atas ibu bapa di Malaysia untuk mengetahui apakah erti senyuman anak mereka kepada mereka. Di sini, hasilnya amat mengejutkan kerana mereka tidak meminta permainan atau tengok wayang bersama, namun 86% peserta mengatakan masa berkualiti bersama keluarga adalah perkara pertama yang membuatkan mereka tersenyum. Senyuman yang sihat tidak dinafikan lagi adalah cara untuk kanak-kanak mengembangkan hubungan peribadi dan membina keyakinan mereka.


“Kebanyakan ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan seharian mereka dan mereka terlepas momen-momen istimewa, terutama ketika anak-anak mereka sedang membesar. Kami tekad menjadikan kempen Jordan Can’t Smile Without You sebagai misi peribadi dan penting untuk kami. Senyuman lebar yang berseri dan suci anak-anak yang akan sering kita ingat dan semat di hati apabila mereka telah dewasa nanti,” kata Jerry Ng, Country Manager untuk Malaysia, Thailand & Filipina di Jordan Asia Pacific Sdn Bhd,


“Ibu bapa sanggup melakukan apa saja untuk melindungi senyuman anak-anak mereka. Rutin penjagaan gigi yang konsisten adalah penting untuk memelihara senyuman berharga setiap kanak-kanak, dan Jordan telah menjadikan proses penjagaan gigi mudah, menyeronokkan dan mampu untuk dilakukan,” tambah Jerry lagi.


Kebersihan Penjagaan Gigi Kanak-kanak


Kajian tersebut juga mendapati 97% peserta menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut umur anak-anak mereka, manakala 62% peserta menyatakan yang mereka menukar berus gigi anak mereka setiap tiga bulan.


“Perkara ini sememangnya amat menggalakkan kerana ia menunjukkan ramai ibu bapa sedar betapa pentingnya penjagaan gigi yang betul untuk kanak-kanak,” sambung Jerry lagi. “Di Jordan, kami sentiasa menitik beratkan kepentingan dan pendidikan untuk mula menjaga kebersihan gigi dari awal usia; di mana amalan ini akan menjadikan gigi anak-anak mereka sihat dan kuat apabila mereka semakin membesar."


Dr Noorhidayah Bt Zainal Aalam, Pensyarah Pergigian, Jabatan Pediatrik, Pergigian & Ortodontik di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya turut berkata, amalan penjagaan gigi yang baik amat penting untuk mengelakkan kanak-kanak dari masalah gigi reput (karies). “Karies disebabkan oleh plak gigi yang tumbuh di sekitar mulut. Ia mengandungi sejenis bakteria yang membiak apabila terdapat gula dan unsur karbohidrat, dan akhirnya mengakibatkan terhasilnya kaviti jika ia berada di permukaan gigi untuk beberapa ketika. Dan oleh kerana ini adalah masalah penyakit yang biasa berlaku di seluruh dunia, pendidikan awal tentang kepentingan penjagaan gigi dan memberus dengan konsisten boleh membantu mengelakkan masalah karies dan kaviti. Senyuman yang sihat sangat mempengaruhi interaksi sosial, di mana ianya memberi kesan yang penting tentang bagaimana kanak-kanak itu dilihat, dirasai kehadirannya serta tanggapan orang lain terhadapnya. Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tanpa karies memberi senyuman yang lebih positif dan akan menunjukkan gigi apabila tersenyum. Sebagai ibu bapa, kita harus menggalakkan amalan penjagaan kebersihan mulut yang baik supaya anak-anak kita mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.”


Rangkaian Jordan Kids Universe Steps merangkumi 3 jenis berus gigi utama yang memastikan gigi berseri bak mutiara si comel anda dibersihkan dan dilindungi melalui cara paling bersih, lembut dan berkesan mengikut tiga kumpulan umur berikut:

Langkah 1 (0-2 tahun); Langkah 2 (3-5 tahun), dan Langkah 3 (6-9 tahun). Terdapat juga 2 jenis ubat gigi di dalam rangkaian ini yang sesuai untuk kanak-kanak berumur dari: Langkah 1 (0-5 tahun) dan Langkah 2: (6-12 tahun). Ubat gigi ini diformulasikan dengan bahan semula jadi, berasaskan sayur dan tumbuhan bagi melindungi gigi comel mereka dan ianya didatangkan dengan perisa yang kanak-kanak gemari beserta bungkusan menarik yang berwarna-warni untuk menjadikan waktu menggosok gigi detik yang mereka nanti-nantikan.




Secara keseluruhannya, rangkaian Jordan Kids Universe Steps dihasilkan untuk menemani saat-saat anak anda membesar mengikut peringkat umur mereka. Dengan bulu berus yang lembut dan sungguh selesa, pemegang yang ergonomik, ketiga-tiga berus ini direka untuk memberi anak anda penjagaan gigi susu dan kekal yang terbaik – agar mereka dapat memberikan senyuman yang paling indah dan berseri.





Peserta perlu membeli berus gigi Jordan’s Steps tanpa had pembelian minimum dan daftar masuk peraduan menerusi laman mikro Jordan Can’t Smile Without You di www.jordansmileswithyou.com. Penyertaan yang sah juga akan turut menerima ganjaran bonus jika mereka menghantar video yang dihasilkan sendiri dan mengandungi muat naik penyertaan dan mesej dalam tempoh 48 jam selepas penyerahan.



“Kami berharap kempen ini menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak mereka dan mencipta detik bermakna yang dapat mengukir senyuman indah. Inilah tujuan kempen dan yang rangkaian Jordan Kids Universe mahukan – membantu kanak-kanak menyerlahkan senyuman mereka yang bersih berseri,” kata Jerry menutup bicara.

Peserta perlu membeli berus gigi Jordan’s Steps tanpa had pembelian minimum dan daftar masuk peraduan menerusi laman mikro Jordan Can’t Smile Without You di www.jordansmileswithyou.com. Penyertaan yang sah juga akan turut menerima ganjaran bonus jika mereka menghantar video yang dihasilkan sendiri dan mengandungi muat naik penyertaan dan mesej dalam tempoh 48 jam selepas penyerahan.



Jordan kini sedang mengadakan promosi* istimewa secara langsung (live) di kedai rasmi Shopee dan Lazada Jordan – beli mana-mana produk Jordan bernilai minimum RM20, dan berpeluang memenangi baucar bernilai RM2; manakala dengan belian minimum RM30 anda akan mendapat satu beg kanvas secara percuma dan baucar bernilai RM2, sementara stok masih ada!


Anda juga boleh mengikuti Jordan di laman sosialnya di @jordanmalaysia

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post