Ada yang mencari sekolah swasta tapi nak yang ada konsep Islamik dan tahfiz? Baru-baru ini, mummy ke HARI TERBUKA RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG. Bila dah pergi tengok kaedah pembelajaran di sana.
Mummy sangat sukakan RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG. Pendek kata memang highly recommended ! RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG ni antara sekolah yang lengkap dan perfect bagi mummy. Sebab apa? Sebab ianya mempunyai dua-dua aspek segi keagamaan (tahfiz) dan akademik.
RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
Selain kaedah pembelajaran mummy suka dengan faktor keselamatan anak di sini. RIZQ ISLAMIC SCHOOL mempunyai aspek keselamatan yang tinggi seperti kawasan berpagar pebuh, mempunyai pengawal keselamatan, dan pengawasan CCTV.
Kebanyakan sekolah tahfiz di luar sana tidak banyak yang mempunyai pakej lengkap dengan tahfiz, akademik dan juga sukan. Sangat berbeza dengan RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG . Ermmm..mesti korang ada tertanya, kan? Anak-anak akan suka ke dengan pembelajaran dan persekitaran gini ?
Begitu jugalah dengan mummy pada mulanya, bila bawa Daim ke sini. Daim rasa macam tak berapa nak happy dan janggal. Daim tak mahu ikut aktiviti mewarna dan sebagainya. Pening juga mummy, bila Daim tak mahu ikut cikgu untuk menjalani aktiviti yang di sediakan.
Tapi...bila dah masuk ke bahagain kelas play school, tempat makan, tempat pembelajaran yang seimbang dengan aktiviti kecerdasan, touch screen, fasiliti lain...
Lama-kelamaan, eh Daim syiok pula ! Mummy sendiri terkejut. Daim sangat teruja dan rasa seronok dengan konsep pembelajaran di RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
PLAY BASED LEARNING : KAEDAH PEMBELAJARAN RIZQ ISLAMIC SCHOOL
Konsep dan kaedah pembelajaran di RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG memang sangat berbeza. Kerana konsep dan kaedah pembelajaran di sini menggunakan sistem di Finland dan Jepun.
RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG menggunakan konsep play based learning yang sememangnya akan menarik minat kanak-kanak.
Konsep ini bukan sahaja terhadap pembelajaran akademik biasa malah di gunapakai untuk pembelajaran hafalan Tahfiz moden sekali.
KYUSHOKU : KONSEP MAKAN DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
Apa itu Kyushoku? Kyushoku adalah kaedah Japanese School Meals yang diterapkan oleh sekolah kepada murid Rizq Islamic School.
Sekolah ini juga mempunyai pakar pemakanan yang dikhaskan untuk menyediakan makanan mengikut kalori yang sesuai dan yang di cadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SERVIS PENGANGKUTAN RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
Risau dengan transport anak ke sekolah dan balik dari sekolah ? Tak perlu risau dengan RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG sebab sekolah ini menyediakan perkhidmatan van untuk menghantar pergi dan pulang untuk kawasan sekitar Kajang, Bangi, Bukit Putera Mahkota, Putrajaya dan Cyberjaya.
SISTEM PEMBELAJARAN JADUAL DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
Routine (normal routine : 8.00 pagi – 4.00 petang)
School routine :
Solat Dhuha
Pdpc (lesson)
Morning break
Tahfiz
Pdpc (lesson)
Solat Zuhur
Kyushoku (lunch time)
Power nap
Pdpc sehingga balik
Isnin :
8.00 pagi – 8.30pagi – assembly
Rabu :
Rabu :
2.30pm – 4.30pm - Aktiviti Kokurikulum
Silibus untuk PRESCHOOL
STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)
Communications (English & Bahasa Malaysia)
Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)
Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
Storytelling and Conversations
Music and movement
Socio-Emotion
Physical & Aesthetic
Science & Technology, Mathematics
SILIBUS DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL KAJANG
Silibus untuk PRESCHOOL
STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)
Communications (English & Bahasa Malaysia)
Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)
Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
Storytelling and Conversations
Music and movement
Socio-Emotion
Physical & Aesthetic
Science & Technology, Mathematics
RizQ Additional Module
Arabic (Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)
Huffaz (Surah Lazim & Juz Amma)
Osmo ( Educational Game System for Apple)
Edu Play (Water play, Role play, Creative play)
RizQ Special Module
RizQ The Junior Explorer (Practical Skills & Hands On)
RizQ Sports
Untuk PRIMARY SCHOOL
1. KSSR (STANDARD BASED CURRICULUM FOR PRIMARY SCHOOLS)
KSSR (Standard Based Curriculum for Primary Schools) merangkumi mentakrifkan pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan strategi penting yang perlu dipelajari oleh pelajar serta tahap atau kualiti kecekapan yang perlu ditunjukkan oleh pelajar untuk tahun tertentu.
Subjek Mata Pelajaran :
Lower Grade (1, 2, 3)
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Upper Grade (4, 5, 6)
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sejarah
Kelas tahfiz dilaksanakan dalam tiga peringkat hafalan seperti di bawah berdasarkan keupayaan pelajar:
**Peringkat Awal
Sejarah
2. Silibus JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)
Seperti sekolah agama yang lain, subjek pendidikan Islam yang diajar adalah menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat 2 peperiksaan yang dijalankan di bawah silibus ini iaitu UPKK dan PSRA.
Ujian Penilaian Kelas UPKK dan PSRA adalah untuk menguji kemahiran, kebolehan dan kefahaman mereka dalam ilmu Al-Quran, ilmu Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah (Sejarah), Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta asas dalam bahasa al-Quran. Peperiksaan UPKK dan PSRA mendapat akreditasi di bawah JAKIM dan dipantau oleh JAIS.
3. TAHFIZ
Kelas tahfiz dilaksanakan dalam tiga peringkat hafalan seperti di bawah berdasarkan keupayaan pelajar:
**Peringkat Awal
**Peringkat Sederhana
**Peringkat Tertinggi
4.EXCELLENCE READING CLASS (3M)
3M (Menulis, Mengira dan Membaca) merupakan ssi khas yang diadakan untuk membantu pelajar yang masih belum boleh membaca sehingga boleh membaca.
Bengkel Pengukuhan untuk Pelajar Darjah 1 dan 2
**Bengkel Pengukuhan Jawi
**Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab
**Bengkel Pengukuhan Jawi
**Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab
FASILITI RIZQ ISLAMIC SCHOOL
Sekolah ini mempunyai banyak fasiliti antaranya :
Auditorium
Sand Area
Pool
Padang
Gimnasium
Kantin
Ruangan Menunggu
Locker
Surau
Tandas
Rak Kasut
Sistem komunikasi antara guru, ibubapa dan aktiviti harian
Tempat letak kenderaan
Pakaian Seragam
RIZQ ISLAMIC SCHOOL memang sekolah 5 bintang ! Untuk pertanyaan lanjut atau informasi terkini boleh hubungi atau layari ke :-
RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka OFF Jalan Teratai,
Kg Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
Contact Number:
+603 8912 0447
atau
+6018 961 1615 (whatsapp)
Website:
Facebook:
Instagram:
Twitter:
Kalau macam ni punya sekolah memang anak anak akan jadi seronok nak belajar
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com