Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 Kembali Dengan Lebih Ummph - Anugerah Seni Cameronian BOH kembali lagi tahun ini. Acara yang cukup berprestij ini adalah untuk memberi pengikitirafan kepada penggiat-penggiat seni baru yang teribat dalam industri seni persembahan. Contohnya seperti teater, muzik, tarian, teater muzikal dan pelbagai lagi.
Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 Kembali Dengan Lebih Ummph
Tema tahun ini, untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 Kembali Dengan Lebih Ummph -
A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.
Penggiat-penggiat seni ini juga telah menghantar penyertaan dengan mempertaruhkan persembahan memukau mereka. Ternyata pihak penganjur menerima penyertaan yang cukup menggalakkan iaitu lebih 1010 produksi dan ini sekaligus menyaksikan penghibur generasi baru sememangnya bersemangat serta antuasias yang menyala untuk seni!
Satu majlis pengumuman calon untuk Anugerah Boh Cameronian ke 18 telah diadakan di Performing Arts Centre Petaling Jaya (PJPAC) 1 Utama. Majlis ini turut dihadiri Mr Jason Foo CEO Boh Plantation, Ms Low Ngai Yuen, Presiden Kaki Seni, wakil penaja dan juga calon-calon Anugerah Seni Cameronian BOH ke 18.
Para juri terdiri daripada Dr. Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee, Tan E-Jan untuk muzik. Manakala Alla@Azura Abal Anas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail untuk tarian. Seterusnya Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin. Dt Muralitharan Pillai, Dt Syahrul Musa, Yves Yap untuk teater. Dan Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk teater muzikal.
Anugerah ini juga memberi pengiktirafan pada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian. Di samping itu anugerah ini turut diberikan kepada krew belakang tabir termasuklah mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi, reka Bentuk Visual & Set dan Teka Bentuk Pengcahayaan.
Untuk tahun 2023 acara anugerah ini telah disokong oleh panaja-penaja seperti A Cut Above, Inglot Cosmetics, SUB International Beauty School dan SOGO yang akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni BOH Cameronian BOH Cameronian yang ke 18 bagi memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya.
Di majlis yang sama turut dipersembahkan 18BCAA Limited Edition Canister bersempena dengan penganjuran Anugerah Boh Cameronian ke 18. Memang sangat cantik, esklusif dan premium.
Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 14 Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, I Utama Shopping Centre.
waaaa.. mesti sedap ni.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com