MURAD RETINAL RESCULPT™ OVERNIGHT TREATMENT MENGANJALKAN KULIT KENDUR - Masalah kulit kendur atau tidak anjal? Ha..mummy lah orangnya tu. Biasalah... umur dah lebih 40 ni, kan ! Masalah kulit kendur dan tidak anjal tu bukanlah perkara yang sangat asing !
MURAD RETINAL RESCULPT™ OVERNIGHT TREATMENT MENGANJALKAN KULIT KENDUR
Adakah anda sering terganggu dengan masalah kulit yang semakin hilang keanjalannya? Anda juga selalu ingin ‘menegangkan’ atau 'menghaluskan' kulit? Selain itu, adakah lipatan kulit di leher juga turut mengganggu anda?
Mungkin anda mula berfikir, "Ah, graviti sedang memainkan peranannya".
Bukan itu sahaja, struktur asas kulit juga semakin rosak dari semasa ke semasa. Inilah yang dipanggil penuaan, proses semulajadi yang merampas keremajaan dan daya tahan kulit. Kulit kemudiannya memperbaharui dirinya pada kadar yang lebih perlahan dari sebelumnya. Terdapat juga kerosakan yang disebabkan oleh matahari, perubahan berat badan dan beberapa faktor lain yang menyebabkan kulit mula hilang keanjalan, dan sebelum anda sedar, rahang sudah kelihatan ‘jatuh’. Tidak lagi terletak cantik.
Di sinilah Murad memainkan peranannya. Jenama yang dipercayai untuk merawat masalah kulit dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal dan bebas kekejaman ini cuba membantu, dengan memperkenalkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment. Produk berkuasa yang mengangkat dan memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol, salah satu bentuk Vitamin A yang paling mujarab.
Terbukti secara klinikal untuk menangani tanda-tanda utama penuaan dengan memulihkan penampilan leher yang kendur, produk ini membantu memulih dan meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit yang semakin berkedut serta ‘menipis’ bagaikan kertas krep.
"Teknologi yang digunakan dalam produk ini diadaptasi dan disesuaikan daripada aplikasi farmaseutikal, yang membolehkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment memberikan kestabilan yang dipertingkatkan dan penghantaran yang disasarkan jauh ke dalam permukaan kulit. Bahkan, keberkesanan adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol bebas, namun ia masih bertindak lembut pada kulit," ulas Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon.
Tidak cukup dengan itu, produk rawatan kulit ini juga ditambah dengan ramuan ‘next-generation’ iaitu ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, kedutan halus dan menyokong daya tahan, dengan ekstrak oat dan alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.
Kesan yang boleh dilihat adalah dramatik. Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut dan tidak sekata akan tampil lebih anjal, lembut dan halus. Transformasi kulit ini akan bertambah baik jika produk digunakan dalam tempoh yang lama, iaitu kira-kira empat minggu.
Formulanya yang berkhasiat, yang baik untuk kulit seimbang, berminyak, kering atau kombinasi akan membuatkan kulit anda berasa lebih anjal, lembut dan lembap.
"Terkenal dengan Retinol Youth Renewal Serum yang klasik yang memberikan penambahbaikan yang nyata pada tanda-tanda penuaan ringan hingga sederhana, produk Murad yang terbaharu Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan memberikan hasil yang dipertingkatkan dan faedah pemulihan untuk tanda-tanda penuaan yang lebih serius, sambil menyihatkan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit," ujar Pengarah Murad Malaysia, Jason Choy.
Murad's Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan tersedia di pasaran bermula 1 Jun 2023 di semua cawangan Murad, serta di https://www.murad.com.my.
Setiap satu dijual pada harga RM598. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari laman https://www.murad.com.my/product/retinal-resculpt-overnight-treatment/
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com