Jom Kenali Blogger Malaysia iamfuzy .
Mummy kenali blogger iaimfuzy ni agak lama. Biasanya, bertemu bila turun ke event blogger. Tapi, baru-baru ini, kami bercuti bersama ke Hatyai, Thailand. Alhamdulillah iamfuzy merupakan sahabat blogger yang tak kedekut ilmu dan banyak sharing dari beliau.
Blog www.iamfuzy.com ni baru berusia 5 tahun dengan kandungan cerita 17 tahun yang didalamnya.
Blog ini asalnya ditulis secara suka-suka, berkongsi cerita pengalaman bekerja, hal keluarga, kesihatan, tip perkawinan, destinasi bercuti, tempat makan, tip islamik dan apa saja pengalaman untuk dijadikan kenangan.
Kini blog ini telah dinaikkan taraf, ditulis untuk memberi pengkongsian kepada orang ramai bukan sekadar blog syok sendiri tapi blog yang ada value dan identiti disamping dapat menjana pendapatan
Salah satu pencapaian sebagai penulis blog bila artikel yang dikongsi beberapa tahun lalu seperti tempat makan sedap di entri https://www.iamfuzy.com/2020/09/6-tempat-makan-bila-berada-di-pekan.html masih mendapat tempat di carian hingga ke hari ini.
PERJALANAN SEBAGAI PENULIS BLOG DAN BLOGGER MALAYSIA
Blog yang asalnya dinamakan sweetsourleyradotblogspot dihasilkan pada tahun 2006 berubah dari blog catatan peribadi bila mendapat lamaran untuk artikel berbayar pada tahun 2016 dan kemudian mendapat pendedahan berkenaan personal branding semasa menghadiri SBB anjuran Denaihati Networks pada tahun 2017.
Pentingnya personal branding hingga blog ditukar nama ke umifuzydotblogspot walau Page view menjadi sifar selepas proses mengimport tapi reda dan rela sebab nakkan identiti diri ditonjolkan.
Selepas puas berfikir, umifuzydotblogspot bertukar menjadi umifuzydotcom pada tahun yang sama. Bangga sungguh pada diri, dapat kenal lebih ramai blogger hebat yang berkongsi ilmu tentang keywords yang menjadi carian di Google. Bangga sebab setiap bulan boleh jana pendapatan melebihi USD100 selama beberapa bulan.
Tahun 2019, domain umifuzy jadi masalah untuk diperbaharui sebab tidak dapat dikenalpasti hingga blog terpaksa rebranding dan akhirnya dinamakan www.iamfuzy.com. Memang sedih sebab nak struggle naikkan blog dan pastikan Google kembali crawl ke domain baru dan mendapat tempat di carian.
KENALI EMPUNYA BLOG IAMFUZY
Penulis dan empunya blog yang dilahirkan 54 tahun lalu, lebih mesra dipanggil Fuzy, Kak Fuzy dan umi Fuzy mengikut keselesaan mereka yang mengenali.
Sebelum menjadi blogger sepenuh masa, pernah menjawat jawatan sebagai salesgirl, kerani, setiausaha di syarikat IT dan syarikat multinasional, Pengurus Cawangan syarikat pelancongan dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan pada tahun 2019.
Bila banyak berinteraksi dengan klien dari luarnegara ni membuka mata dan menyedarkan akan kebolehan dan minat untuk menulis dan seterusnya memupuk minat menulis untuk berkongsi cerita menarik.
Mana nak sangka akan menceburi bidang berkaitan media seperti suami yang bertugas sebagai penjawat awam dengan bekerja di belakang tabir.
Selain menulis blog, juga berminat dalam IT selain suka mengumpul dan membaca novel yang masih tersimpan rapi selain masih punya koleksi majalah Remaja, Pengantin, Dekorasi, Gila-Gila, Ujang, Gelihati dan koleksi novel Tamar Jalis kepunyaan suami.
MISI DAN VISI SEBAGAI PENULIS BLOG
Menulis blog bukan seperti dulu yang menulis ikut sesuka hati. Menulis bukan semata dikenali sebagai penulis murahan tanpa penulis yang memberi ilmu dan perkongsian yang baik dan berkualiti.
Usia bukan penghalang untuk menjadi penulis yang baik dan tidak kira berapa usia kita, cari ilmu bermanfaat dan belajar apa yang perlu untuk memperbaiki penulisan dan tidak berhenti belajar terutama tentang teknik penulisan SEO
Memang satu kepuasan bila artikel yang ditulis mendapat view tanpa henti seperti destinasi percutian, recommend tempat makan, pengalaman peribadi dan pelbagai cerita tanpa tokok tambah dengan kisah seikhlas hati gituu
Banyak perubahan dalam penulisan dan yang pasti sebagai penulis kita perlu belajar untuk memastikan ada hasil dan boleh menjana pendapatan dari penulisan kita. Paling penting pastikan kita menulis dengan ETIKA. Jaga bahasa, jaga lisan kita dan jangan sesuka hati ceduk artikel orang lain supaya kita sentiasa rasa tenang.
thank you Alin
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com