PUASA DAN NIAT PUASA HARI ARAFAH

PUASA DAN NIAT PUASA HARI ARAFAH . Rabu 28 Jun 2023 merupakan sunat untuk berpuasa sunat Arafah. Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah sehari sebelum Aidiladha. Digalakkan berpuasa pada Hari Arafah tetapi haram berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik.


Hari Tasyrik adalah hari yang jatuh pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah iaitu tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha.

Keutamaan Hari Tasyrik sebagai waktu yang dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir, dan doa disamping melakukan qurban




    MAKSUD HARI ARAFAH


    Maksud Hari Arafah adalah kemuncak haji, selaras sabda Nabi Muhammad SAW "Al-hajju Arafah" (haji itu wukuf di Arafah).

    Ketua Pakar Rujuk Dr Anisah Ab Ghani berkata Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hari mustajabnya doa selain menjadi hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka

    KELEBIHAN PUASA DI HARI ARAFAH


    Kelebihan puasa di Hari Arafah daripada Abi Qatadah r.a., Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:



    يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

    Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (HR Muslim, hadis sahih)

    APA ITU PUASA HARI ARAFAH


    Puasa Hari Arafah merupakan puasa sunat untuk orang yang tidak berpeluang menunaikan haji. Manakala bagi para jemaah Haji, tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut.




    PUASA DAN NIAT PUASA HARI ARAFAH


    NIAT PUASA SUNAT ARAFAH


    Lafaz niat puasa arafah:

    نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

    Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah ta’ala.”

    Berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah:

    DOA BUKA PUASA HARI ARAFAH

    Pada dasarnya, doa buka puasa Arafah dan Tarwiyah sama dengan doa berbuka puasa yang lain. 
    اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

    Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’ala rizqika afthartu. Birrahmatika yaa arhamar roohimin

    Ertinya:
    “Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post