PUASA DAN NIAT PUASA HARI TARWIYAH

PUASA DAN NIAT PUASA HARI TARWIYAH . Hari ini, Selasa 27 Jun 2023 merupakan sunat untuk berpuasa sunat Tarwiyah. Hari Tarwiyah ini adalah hari untuk para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah. Jangan lupa untuk Selawat Ke atas Nabi juga , ye !



    MAKSUD HARI TARWIYAH


    Hari Tarwiyah ini juga, di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.

    KELEBIHAN PUASA DI HARI TARWIYAH


    Ada banyak kelebihan puasa di Hari Tarwiyah ini. Dalam sebuah hadith menyatakan bahawa berpuasa pada hari tarwiyah akan menghapuskan dosa selama setahun. Ini adalah berdasarkan apa yang dikatakan oleh Imam Ibn Qudamah. 


    APA ITU PUASA HARI TARWIYAH


    Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda tentang puasa pada hari Tarwiyah

    Yang bermaksud : “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

    Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta.

    Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.

    PUASA DAN NIAT PUASA HARI TARWIYAH


    NIAT PUASA SUNAT TARWIYAH

    Niat puasa Sunat Tarwiyah adalah seperti berikut :-

    نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

    “Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.”

    DOA BUKA PUASA HARI TARWIYAH


    Pada dasarnya, doa buka puasa Arafah dan Tarwiyah sama dengan doa berbuka puasa yang lain. 
    اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

    Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’ala rizqika afthartu. Birrahmatika yaa arhamar roohimin

    Ertinya:
    “Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post