RESEPI BIHUN GORENG DAGING merupakan menu kegemaran daddy (suamiku). Cara masak atau goreng bihun daging ni sama je proses masak bihun goreng ayam ke bihun goreng seafood. Cumanya, tambah daging je ! Bihun goreng sebenarnya menu paling mudah masak. Dan ianya sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam atau untuk apa juga majlis keramaian. Seperti majlis hari jadi, open house, majlis hari raya.. Ngam kebetulan tak lama lagi nak raya haji dah , ni ! Tak tahu nak masak apa untuk tetamu? Jomlah try menu mummy RESEPI BIHUN GORENG DAGING
BAHAN RESEPI BIHUN GORENG DAGING
Bihun Goreng Daging ini selalunya memang mummy masak banyak-banyak sebab boleh hantar pada jiran tetangga. Tapi taklah banyak mana. Sebungkus pun kira banyak dah tu untuk kami sekeluarga hehehe. Ye lah, rumah kami ada 2 orang dewasa sahaja. Jom tengok BAHAN RESEPI BIHUN GORENG DAGING cara mummy ....
1 bungkus bihun dan rendam dengan air biasa
Segenggam daging lembu potong kecil (hiris)
1 bungkus fishballs dan fishcakes
1 mangkuk sayur sawi
1 mangkuk taugeh
Sedikit Minyak masak
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5-8 tangkai cili kering
Agak-agak sukatan untuk sos tiram, sos tomato, kicap, air, gula dan garam
CARA MASAK BIHUN GORENG DAGING
1. Sebungkus bihun di rendamkan sekejap dengan air biasa.
2. Kisarkan 5-8 tangkai cili kering (yang sudah di rebus) bersama 3 bawang kecil, 1 ulas bawang putih, sedikit halia
3. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak masak (di panaskan terlebih dahulu) sehingga masak (sedikit kering).
4. Masukkan daging (yang sudah di potong kecil) ke dalam cili boh tadi.
5. Campurkan fish balls, fish cakes, sedikit air, kicap, sos tiram, gula dan garam (mummy agak-agak aje).
6. Dah nampak macam berkuah, boleh masukkan bihun yang telah di rendam
7. Gaul rata sehingga bihun kelihatan lembut
8. Masukkan sayuran. Kalau kami, daddy tu suka taugeh, sayur sawi.
9. Taburkan telur goreng yang telah dihiris bersama cili potong dan hirisan limau...Perghhhhhh asyik !
Tada......siap RESEPI BIHUN GORENG DAGING
MENU BIHUN GORENG YANG BOLEH DI PELBAGAIKAN
Menu bihun goreng ni boleh di pelbagaikan dengan bermacam-macam resepi. Antaranya :-
Resepi Bihun Goreng Seafood
Resepi Bihun Goreng Ayam
Resepi Bihun Goreng USA (Udang, Sotong, Ayam)
Resepi Bihun Goreng Tomyam
Dan....banyak lagi
RESEPI BIHUN GORENG DAGING
RESEPI BIHUN GORENG DAGING campuran sayur sawi, sayur taugeh sama telur ini sedap di makan sebab ada rasa lembut , kenyal ketika mengunyah.
Dari segi nutrisi pula, RESEPI BIHUN GORENG DAGING ini lengkap dan kaya dengan sumber protein , karbohidrat, mineral, enzim , antioksidan dan vitamin yang di perlukan oleh tubuh badan serta mengenyangkan !
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com