Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam

Bila melangkah ke usia 40 tahun, kebanyakan dari kita mempunyai masalah kulit tidak cerah, kulit yang kusam, wajah yang gelap akibat jerawat dan mempunyai masalah bintik-bintik hitam. Bila ada amsalah seperti ini, kita akan rasa sedikit down atau rendah diri. Tapi ! Jangan jadikannya satu masalah yang besar ye ! Nak cari jalan penyelesaian ? Jom gunakan Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer dapat membantu mencerahkan bekas jerawat dan bintik-bintik hitam.


MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam



    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam


    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser diformulasikan untuk Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam Sambil Memberikan Penghidratan Kulit. 

    Dicipta oleh Rohto Pharmaceutical Co. Jepun, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mempunyai formula Vitamin C asli yang dirumuskan dengan teliti untuk meningkatkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, meratakan tona kulit dan menggalakkan kulit yang sihat dan berseri.

    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam

    APA MANFAAT VITAMIN C ?


    Rohto-Mentholatum dengan bangganya memperkenalkan Melano CC, produk penjagaan kulit berasaskan Vitamin C yang komited untuk memanfaatkan potensi Vitamin C. Melano CC telah menjadi sebuah jenama yang terkenal dengan merevolusikan pencerahan dan peremajaan kulit.

    Vitamin C dipandang tinggi dalam industri penjagaan kulit disebabkan bahan tersebut mempunyai sifat antioksidannya yang luar biasa, kehebatan dalam mencerahkan kulit, dan faedah-faedah antipenuaan yang luar biasa.

    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam





    Dengan mengambil berat potensinya, Melano CC telah menjadikan Vitamin C sebagai inti utama formulasi dalam inovasi mereka untuk mencipta rangkaian produk yang memberikan hasil agak transformatif.

    Penggiat social media, peminat kecantikan dan pakar penjagaan kulit di seluruh dunia telah menyokong jenama ini dengan sepenuh hati dan memuji keberkesanannya pada kulit mereka. Perkongsian pengalaman dan ulasan product telah memainkan peranan agak penting dalam mendorong jenama ini berada di barisan hadapan dalam industri penjagaan kulit.

    Melano CC Jenama No. 1 Brightening Essence di Jepun



    Melano CC telah dikenali sebagai jenama No. 1 Brightening Essence di Jepun. Dengan itu, Melano CC ingin memperkenalkan produk penjagaan kulit terbaru: Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer. Dirumus dengan teknologi canggih, pelembap ini menjanjikan untuk menangani pelbagai masalah kulit, termasuk tanda jerawat, bintik hitam, kusam dan tona kulit tidak sekata.

    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer


    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer sangat berbeza. Pelembap Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer, mempunyai keupayaannya menyerap dengan cepat, memberikan penghidratan berpanjangan tanpa rasa melekit atau berminyak dan mencerahkan tona kulit. 

    Produk ini boleh meminimumkan penampilan pori-pori untuk menghasilkan kulit yang lebih licin. Komponen Vitamin C yang berkuasa meresap ke dalam kulit supaya kesan jerawat dan bintik-bintik hitam dicerahkan dengan berkesan, mengurangkan ketidaksempurnaan dan cela.

    3 Bahan Utama Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer


    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mencampur Vitamin C dan bahan anti-radang yang dipilih dengan teliti untuk memastikan keberkesanannya yang luar biasa untuk semua jenis kulit. Beberapa bahan utamanya termasuk:

    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam

    • Ekstrak Biji Alpinia: Mencerah dan sekatakan tona kulit, mendedahkan wajah yang lebih berseri.

    • Dipotassium Glycyrrhizate: Berkesan meredakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa, menggalakkan penampilan yang sihat dan seimbang.

    • Lemon & Ekstrak Limau Gedang: Pemberi penghidratan yang mendalam, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer Sesuai Untuk Kulit Sensitif


    Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer ini adalah bebas dari alkohol dan paraben, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif. Pengguna juga digalakkan memakainya bersama Losyen dan Essence. Selain itu, pelembap ini menyelubungi kulit anda dengan aroma Yuzu yang menyegarkan, membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.


    Alami kuasa transformatif Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer untuk mendedahkan keserian kulit anda.

    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam


    Baca juga tentang : Pakar Serum !

    Harga Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer


    Dijual pada harga RM59 (120ml), Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan kedai rasmi Rohto-Mentholatum di Shopee dan Lazada.

    MELANO CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam


    Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.



    Mengenai Syarikat Mentholatum


    Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun.


    Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata, kelegaan perut dan topikal.


    Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.


    Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC dan Dermistry.

    2 Comments

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    1. Kak Sue pakai pencuci muka dia, memang best..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Saya pun pakai juga.. mmg kulit jadi licin 😍

        Delete

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post