Buat warga Kuala Lumpur atau pelancong yang berada di KL . Adakah anda teringin menikmati makanan masakan warisan budaya Baba Nyonya? Jika jawapan anda "YA". Jom, mencuba Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Authentic Nyonya Noodles Hut Santa di Hotel Grand Signature Kuala Lumpur.
Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur menampilkan menu promosi terbaharunya 'Authentic Nyonya Noodles Hut' untuk meraikan masakan warisan budaya Baba Nyonya.
Apa yang menarik tentang masakan dari budaya Baba dan Nyonya?
Seperti yang semua tahu, Baba Nyonya ini berasal dari negeri Melaka. Kebanyakan masakan Baba Nyonya amat terkenal dengan identiti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Antara Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" yang ditawarkan di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur adalah Laksa Asam, Mi Kari dan Laksa Nyonya Peranakan.
Tanpa perlu mengembara jauh, para pecinta laksa kini boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai sendiri resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh cef-cef tempatan iaitu Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).
Menu Authentic Nyonya Noodles Hut di Santa Grand Signature Kuala Lumpur boleh didapati sepanjang promosi mulai 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Ianya boleh dinikmati di tiga tempat iaitu Kopi Bar (Aras bawah), Kapitan Cafe dan Sky Lounge Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Mi Kari
Laksa Nyonya Peranakan
Laksa Asam
Harga Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut"
Harga semangkuk Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur adalah RM15 sahaja.
Selain daripada laksa, anda juga boleh menikmati sajian yang enak di Santa Grand Signature seperti cucur udang, kuih-muih Nyonya, sagu gula melaka dan banyak lagi.
Semua makanan di sini sangat sedap ! Jom, try hari ini !
Untuk tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau e-mel kepada reservation@santagrandhotels.com.my.
Untuk maklumat lanjut tentang hotel, sila layari www.santagrandhotels.com.my
Sedapnya masakan baba nyonya tu. Nak sikit, boleh? Hehe...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com