RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI IMIGRESEN KLUANG JOHOR

RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR - Punyalah kalut nak ke Hatyai, Thailand baru-baru ini. Passport pulak, dah mati (expired) pada Oktober 2022. Tapi, sebenarnya memang saje je... tak nak renew passoport awal-awal kalau tak kemana-mana. 

Baca juga: JNT Johor

RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI IMIGRESEN KLUANG JOHOR

Macam mana boleh renew passport di Imigresen Kluang Johor? Time mummy nak renew passport baru-baru ini, time cuti sekolah ! So, kawan-kawan area KL / Selangor semua mengeluh sebab nombor giliran sangat limited. Nakkan lebih kepastian, tanya juga kawan-kawan yang kerja di Imigresen, mereka pun beritahu perkara yang sama. Susah nak jangka kehadiran orang awam setiap hari.

Mummy dah lewat nak renew passport ! Pulak tu, cuti sekolah kami duduk di Kahang Johor. Erm...pening !

So..masa tu (Jun 2023 )… sangatlah kalut nak buat passport. Sebab dah kategori URGENT. Tanya kawan sana, tanya kawan sini. Ramai yang kata …online siap lambat, walk in pula ..tak semua pejabat imigresen terima walk in. Kadang-kadang 8.30 pagi pun nombor habis…Haihhhh…

Nak cepat, mummy pun call lah satu-satu pejabat imigresen. Putrajaya, KL, UTC, KLIA. Tak pick up, tapi mmg Selangor KL pejabat imigresennya super duper busy…

Dan , cubaan terakhir mummy telefon Pejabat Imigresen Kluang Johor. Kebetulan memang cuti baru ni , kami berada tak jauh dari Kluang.

Amazing weiiiii..Pejabat Imigresen Kluang ni..pick up call !!
Bukan sekali tau, mummy called them ada dalam 3,4 kali juga call ... semuanya berangkat.

Mereka jawab semua soalan mummy . Imigeresen Kluang ini, boleh walk in dan juga online. Tapi, kata beliau selamat lagi online. Sebab walk in ni susah jangka, samada org ramai ke tak. Lelagi , nak buat passport urgent.



RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG



    PENGALAMAN RENEW PASSPORT DI IMIGRESEN KLUANG


    Pengalaman renew passport di Imigresen Kluang ini sangat bagus dan mereka sangat membantu. Dari awal, mummy buat panggilan telefon, buat permohonan online, dan pengambilan passport. 

    Lepas buat panggilan telefon ke Imigresen Kluang Johor. Mummy terus dok try tengok cara buat passport online di e-Services (imi.gov.my). Kot kalau senang, tak perlulah mummy nak ke Kluang awal pagi. Kahang ke Imigresen Kluang ambil masa dalam 55 minit juga !

    Dalam sejam, memang fokus ambil gambar, edit gambar dan isi borang je ! Tapi tak apa lah, buat santai-santai je masa tu. Nak try and error orang kata.

    RENEW PASSPORT ONLINE


    Rupanya, cara renew pasoort secara online ini sangatlah mudah. Tak susah mana pun. 

    1. Ambil gambar selfie (pastikan cahaya ok, latar belakang putih, pakaian berwarna gelap). Semua arahan ini ada dalam borang imigresen.

    2. Edit gambar melalui picart (aplikasi telefon). Sebab mummy nak pastikan background putih tu ngam !

    3. Save dalam phone dan upload terus gambar di borang imigresen online.

    4. Adjust sket-sket dan siap !

    5. Keputusan approve (lulus tu sekejap je). 

    Dah siap isi borang renew passport secara online, seterusnya terus ikut arahan yang di berikan dan buat pembayaran secara online.

    Lepas siap dan approved buat renew passport secara online. Mummy called Imigresen Kluang Johor lagi . 

    Tetiba, dalam phone conversation tu…beliau (pihak Imigresen Kluang Johor) tanya,”puan ada kat mana sekarang. Kalau ada di Kluang, boleh je datang sini terus” 

    Dalam hati…”Mak aiiiii, cepat betholll”

    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR

    Tapi, mummy memilih datang keesokkan harinya. Walau Jumaat tu cuti weekend, pihak Imigresen kata boleh je datang sebelum kul 11 pagi.


    AMBIL PASSPORT ONLINE


    Nak ambil passport yang siap renew secara online pun senang je di Pejabat Imigresen Kluang Johor . 

    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR



    1. Print resit
    2. Bawa passport lama dan resit ke Imigresen Kluang (mereka kata tak perlu tunggu email, sebab kes mummy agak urgent)
    3. hadir ke Pejabat Imigresen Kluang
    4. Ambil nombor
    5. Tunggu nombor (masa ni mummy orang kedua). 
    6. Verify cap jari
    7. Siap

    WAKTU OPERASI IMEGRESEN KLUANG


    Waktu operasi Pejabat Imigresen Kluang Johor untuk urusan passport adalah 7 hari seminggu bermula 28 Januari 2023

    Ahad - Khamis buka pada 8 pagi - 7 malam
    Jumaat dan Sabtu : 8 pagi - 12.30 tengah hari


    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR





    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR


    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR

    RENEW PASSPORT CEPAT SIAP DI  IMIGRESEN KLUANG JOHOR

    Kebetulan pulak, semua pakai hijau hehehe . dah macam duta Imiegren Malaysia ye, anak-anak. Anak-anak pun happy tak perlu tunggu lama pun pengambilan passport di Kluang Johor ini. Dalam 30 minit selesai urusan. Parking pun banyak, luas dan selesa !

    2 Comments

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    1. Assalamualaikum sis, if kali pertama nak buat passport boleh melalui online ke? atau kena walk in ya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. 1st time application ,perlu pergi ke Cawangan berdekatan

        Delete

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post