Sebut bab masak ni, sebenarnya mak, abah dan adik mummy semua dah berkecimpung dalam bidang katering. Mummy je masih belum berkecimpung bidak masak memasak. Walau tak pernah ambil job katering. Tapi, untuk majlis sendiri kecil masak untuk open house ke, masak untuk majlis hari jadi tu dah biasa. Jom tengok macam mana nak sediakan bahan masak untuk 50 orang. Nak masak untuk 50 orang tetamu ? Tak kira nak masak untuk katering, jamuan raya, open house , birthday atau apa-apa majlis yang mempunyai tetamu seramai 50 orang. Jom tengok bahan , cara masak dan resepi untuk 50 orang makan (lebih dari 50 orang pun boleh).
RESEPI MASAK NASI DAN LAUK UNTUK 50 ORANG MAKAN !
Macam mana nak masak nasi dan lauk dalam kuantiti yang banyak? Benda ni, selalu terjadi pada mummy. Ye lah, biasanya kita masak untuk 1- 2 keluarga makan, je. Jarang sangat masak untuk 50 orang makan. Kalau korang pun, sejenis macam mummy . Ha..jom tengok RESEPI MASAK NASI DAN LAUK UNTUK 50 ORANG MAKAN !
Berapa sukatan untuk nasi buat makan 50 orang? Ayam berapa ekor? Daging berapa kilo?
Secara amnya, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bila menyediakan jamuan yang melibatkan tetamu yang ramai.
Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?
MASAK NASI UNTUK 50 ORANG MAKAN
Contohnya, nasi untuk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebih kurang 280 g = 1 pot) manakala untuk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, perlu membuat perubahan yang perlu.
Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras.
Ini untuk nasi beras biasa, ye? Bagaimana pula nak masak nasi menggunakan beras Basmathi untuk 50 orang makan?
MASAK NASI BERAS BASMATHI UNTUK 50 ORANG MAKAN
Nak masak nasi menggunakan beras Basmathi untuk 50 orang makan hanya menggunakan 5 kg beras Basmathi sahaja.
Beras Basmathi selalu di gunakan untuk masak nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll.
Ianya perlu dilebihkan dari beras biasa kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.
Untuk 100 orang pula, boleh gunakan 10 kg beras basmathi
MASAK AYAM UNTUK 50 ORANG MAKAN
Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, untuk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian.
Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor ayam untuk 50 orang makan.
Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yang akan “menambah” lauk kari itu sendiri.
MASAK DAGING UNTUK 50 0RANG MAKAN
Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yang dipotong. Selalunya, untuk 50 orang, perlukan 3-4 kg daging.
Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dalam 5 - 6 kg daging untuk 50 orang makan rendang daging. Dapatkan daging batang pinang yang mudah empuk.
Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg bersama daging 3-4 kg untuk 50 orang makan.
SAYUR ACAR MENTAH JELATAH UNTUK 50 0RANG MAKAN
Manakala, sayur acar mentah atau jelatah untuk 50 orang makan. Boleh gunakan 5 biji timun, 5 biji nanas, separuh botol cuka, 3 labu bawang besar, 5 batang cili besar, 2 senduk gula dan suku senduk garam (adjust ikut selera masing-masing)
Semuanya adalah anggaran.
Bolehkah Masak Ayam dan Daging Awal? Sebelum majlis keesokannya?
Bolehkah kita masa ayam dan daging awal sebelum majlis? Jika ingin memasak ayam masak. Boleh menggoreng, mengisar bahan tumis terlebih dulu pada malamnya.
Untuk masak kurma atau kari, malam sebelum majlis boleh mengukus ayam yang dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul dan dicam[urkan pada esok hari) .
Daging untuk rendang pula, sangat sesuai dimasak pada malamnya.
Risau RESEPI MASAK NASI DAN LAUK UNTUK 50 ORANG MAKAN ni, tak cukup ?
Jangan risau, jika makanan tidak mencukupi. Standby bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng.
RESEPI BIHUN GORENG DAN MEE GORENG UNTUK 50 ORANG MAKAN !
Dianggarkan 1 paket mee (500 g) adalah untuk 5-6 orang dewasa (100 g seorang).
Boleh cuba resepi bihun :-
Mee goreng 50pax buffet:
Mee 5kg
Taugeh 2kg
Sawi 3 ikat
Cili kering 100g kisar
Bawang 5 biji kisar
Bawang putih 2 labu kisar
Rencah ikut suka
Mee goreng 50pax siap packing:
Mee 7kg
Taugeh 3kg
Sawi 4 ikat
Cili kering 150g kisar
Bawang 8 biji kisar
Bawang putih 3 labu kisar
Rencah ikut suka
Bihun goreng 50pax buffet:
Bihun 3.3kg
Taugeh 2kg
Sawi 3ikat
Cili kering 150g kisar
Bawang 5biji kisar
Bawang putih 2 labu kisar
Rencah ikut suka
Bihun goreng 50pax siap packing:
Bihun 4.5kg
Taugeh 3kg
Sawi 4 ikat
Cili kering 150g kisar
Bawang 8 biji kisar
Bawang putih 3 labu kisar
Rencah ikut suka
Selamat mencuba !
Wahh sesuai utk majlis kecil
ReplyDeletewow bagusnya akak share benda ni. kadang2 tak reti bab2 sukatan ni. nanti boleh la kalau nk buat panggil jiran2 rujuk dekat sini. tq akak
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com