Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani

Lama betul, kami sekeluarga tak sertai Fun Run. Kali terakhir, kami sertai Fun Run adalah pada Disember 2022. Untuk Fun Run 2023, kami mulai dengan Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani.

Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani

Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani


    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani


    Acara ‘Go Aktif dengan Daia’ Mempromosikan Gaya Hidup Aktif dan Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Bersama Duta Jenama Lisa Surihani Kuala Selangor (15 Ogos 2023). Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, menganjurkan larian mesranya yang pertama dengan tema “Go Aktif dengan Daia”.

    Alhamdulillah..kami sekeluarga berjaya menamatkan Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani.

    Anak-anak yang paling bersemangat untuk sertai Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani. Seawal 6.30 pagi kami dah sampai di Eco World.



    Daia Hijab All Day Freshness


    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani adalah acara diatur khusus bagi membolehkan ahli keluarga berkumpul bersama-sama dalam suasana riang, gembira dan penuh kemesraan. Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut menyertai acara itu menekankan kepentingan gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan. 

    Lisa Surihani turut menunjukkan bagaimana pemakai hijab dan keluarga boleh kekal segar sepanjang hari walaupun sentiasa bergerak aktif, dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness.

    Satu penyelesaian berinovasi bagi mengawal bau peluh. A
    cara ‘Go Aktif dengan Daia’ ini, berjaya menarik penyertaan lebih 3,300 peserta,  menyajikan hari yang penuh dengan aktiviti menarik yang menggalakkan semua untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama. 

    Tumpuan utama acara tersebut ialah Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pemakai hijab dan keluarga mereka. 

    Menerusi produk berinovasi ini, Daia menawarkan pilihan yang mudah dan praktikal kepada pengguna di mana mereka hanya memerlukan satu penyelesaian sahaja untuk mencuci hijab serta pakaian seisi keluarga. 

    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa SurihaniFun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani

    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani

    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani



    Daia Kawalan Peluh


    Daia Hijab All Day Freshness di formulasi kawalan bau peluhnya yang terkini berupaya menghapuskan bau peluh semasa cucian dan meneutralkan bau semasa pemakaian, memberikan kesegaran sepanjang hari. 

    Ia menangani keperluan unik pemakai hijab dan keluarga mereka, membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan. 

    “Kami teruja dengan sambutan yang menggalakkan untuk acara ‘Go Aktif dengan Daia’ ini,” kata Pengarah Urusan Gentle Supreme Sdn Bhd, Mr Effendi. 

    “Sememangnya, acara ini sangat menggembirakan apabila melihat begitu banyak keluarga hadir bersama-sama bagi meraikan gaya hidup aktif sambil menikmati detik-detik gembira dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami di Daia, memahami betapa pentingnya untuk kita berbau harum dan kekal segar, terutamanya untuk pemakai hijab semasa bergerak aktif. Menerusi produk berinovasi ini, kami komited untuk memberikan penyelesaian yang mudah dan berkesan bagi mengawal bau peluh, mempromosikan gaya hidup aktif sambil memastikan pemakai hijab dan keluarga mereka kekal selesa dan yakin sentiasa,” tambah beliau. 

    Acara ‘Go Aktif dengan Daia’ telah berlangsung dengan jayanya, menerima maklum balas yang positif daripada semua hadirin dan peserta. Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut berkongsi keterujaan beliau terhadap acara tersebut menyatakan betapa beliau amat menghargai nilai gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan yang dititikberatkan oleh Daia.

    Acara itu menandakan satu lagi pencapaian Daia dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian kepada pencucian pakaian dan penjagaan rumah yang berkualiti tinggi di samping mencipta pengalaman bermakna yang dapat memberikan inspirasi kepada keluarga dan individu untuk kekal aktif. 

    Fun Run 3KM Go Aktif dengan Daia bersama Lisa Surihani




    Daia Hijab All Day Freshness Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh


    Daia Hijab All Day Freshness ialah detergen pencuci pakaian yang termaju, yang diformulasikan dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh memberikan prestasi standard tertinggi kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh semasa cucian serta meneutralkan bau ketika dipakai. 

    Ia menjadikan hijab dan pakaian anda bersih dan kekal segar sepanjang hari, walaupun semasa anda bergerak aktif. 

    Produk ini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair, yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan di dalam rumah. Ini menjadikan ia produk yang serba guna dan pilihan yang praktikal untuk pengguna yang inginkan hijab dan pakaian keluarga mereka kekal segar dan selesa sepanjang hari.

    2 Comments

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    1. rajinnya berlari. Kalau saya, semakin malas pulak nak berlari. bagus nampaknya produk ni untuk baju sekolah anak. balik sekolah ashem bau anak ayam

      ReplyDelete
    2. bagusnya diorg nak join. saya baru sekali join fun run dengan anak2 ni ...

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post