OXY We Care For Children Education

OXY, jenama penjagaan kulit antijerawat khusus untuk remaja, di samping membantu mendapatkan kulit yang sihat dan menggalakan keyakinan diri, juga bertekad untuk membantu para pelajar yang kurang bernasib baik melalui pendidikan. OXY amat berbangga dan komited terhadap usaha ini dengan kerjasama bersama Watsons Malaysia dan Yayasan MyKasih untuk memberikan impak positif yang berpanjangan kepada kehidupan pelajar Orang Asli yang kurang bernasib baik.

OXY We Care For Children Education

L-R: Asha C. Devi, Manager – Programmes of MyKasih Foundation; Caryn Loh, Managing Director of Watsons Malaysia; Lim Mei Yuen, General Manager of Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd; Mr Shamsul Fadilah Bin Asmara, Principal of SK Sungai Judah and Mr Nazri Bin Shamsudin, Officer from Kuala Langat District Education Office during the cheque presentation ceremony.


    OXY We Care For Children Education


    OXY We Care For Children Education . OXY menyokong pendidikan anak Orang Asli untuk memberikan pendidikan setara, serta menyokong kulit cerah dan sihat.

    Menyedari masalah dari segi kewangan dan sumber pendidikan yang terhad yang dialami oleh golongan pelajar Orang Asli ini, OXY telah menumpukan usahanya ke arah peluang pendidikan yang sama rata. Tahun ini, OXY, dengan kerjasama bersama Watsons, telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk kempen 'We Care For Children Education'. Pengumpulan dana ini akan digunakan untuk menyokong pendidikan dan pembelajaran 140 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah, Selangor.

    Program pendidikan OXY akan menaja pelajar terpilih untuk menghadiri program class tambahan, yang tertumpu pada pembangunan kemahiran penting seperti membaca, menulis dan mengira. Penajaan ini akan membantu para pelajar untuk lebih memahami mata pelajaran yang diajar di dalam kelas, memupuk pertumbuhan akademik dan prospek masa depan mereka. Selain itu, OXY berbesar hati untuk menyumbang 7unit TV LED, yang bertujuan untuk mempertingkatkan suasana pembelajaran dan memupuk modul pendidikan digital yang lebih menarik untuk para pelajar.

    OXY Menyumbang Peralatan Muzik kepada SK Sungai Judah


    Selain daripada sokongan pendidikan, OXY juga teruja untuk menyumbang peralatan muzik kepada SK Sungai Judah. Sumbangan ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar terhadap bidang muzik dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baru untuk masa depan yang tanpa batasan. Penubuhan orkestra mini di sekolah akan memberi pengalaman yang lebih menarik serta memupuk daya kreativiti dan inspirasi di kalangan pelajar.




    OXY We Care For Children EducationOXY We Care For Children Education


    “Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang berkualiti,” ujar Encik Shamsul Fadilah Bin Asmara, Pengetua SK Sungai Judah. “Penglibatan OXY dalam inisiatif sokongan pendidikan ini wajar diberi pujian. Ia akan menyemarakkan semangat di kalangan pelajar kami, menggalakkan mereka untuk hadir ke sekolah dan membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah."

    Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, menekankan dedikasi OXY untuk membantu golongan pelajar Orang Asli yang kurang bernasib baik melalui kempen 'We Care for Children Education'. OXY berbangga untuk menyediakan bantuan , pembiayaan dan sumbangan pendidikan yang membolehkan para pelajar Orang Asli mendapatkan  peluang pendidikan yang setara.

    "Ini merupakan tahun ke-2 perlaksanaan kempen OXY ini yang bertujuan untuk menyokong perkembangan dari segi pendidikan bagi pelajar yang kurang bernasib baik," ujar Lim.  "Dengan sokongan daripada Watsons,Yayasan MyKasih dan guru-guru yang berdedikasi dari SK Sungai Judah, kami teruja untuk menyaksikan pertumbuhan dan pencapaian luar biasa murid-murid ini. Melalui sumbangan peralatan muzik, kami berharap dapat memupuk minat mereka terhadap muzik dan memberi inspirasi kepada mereka untuk merangkul dunia yang penuh dengan pelbagai kemungkinan."

    “Watsons Malaysia amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan OXY dalam menyalurkan sokongan dan bantuan pendidikan bagi penduduk Orang Asli yang kurang berkemampuan. Para pelanggan Watsons juga boleh turut serta dengan hanya membeli produk OXY di Watsons dan RM1 daripada pembelian tersebut akan disalurkan ke kempen ini. Kami percaya inisiatif ini dapat meningkatkan tahap pendidikan mereka justeru melahirkan lebih ramai lagi pemimpin berkaliber di masa hadapan”, kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

    Misi OXY bukan sekadar membantu para remaja mendapatkan kulit yang baik dan keyakinan diri. Kami bertekad untuk menyokong pendidikan pelajar yang kurang bernasib baik, memastikan peluang yang sama untuk semua. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami, OXY akan terus memberikan sokongan pendidikan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan membuka jalan untuk masa depan mereka yang lebih cerah. Dengan menggabungkan kepakaran penjagaan kulit dengan tanggungjawab sosial, OXY berusaha untuk memberi impak positif kepada kehidupan golongan muda, serta memupuk kesejahteraan dalaman dan luaran.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'We Care For Children Education', sila layari https://oxy.com.my/ atau laman Facebook rasmi Oxy Malaysia: https://www.facebook.com/OxyMalaysia/.



    1 Comments

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    1. Dah lama x nampak jenama OXY, pernah guna masa muda remaja dulu...nampak sangat akak jarang pi watson and guardian

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

    Previous Post Next Post