Skincare La’ Miux Skin Therapist, Produk Penjagaan Wajah di BIG Pharmacy.

Skincare La’ Miux Skin Therapist, Produk Penjagaan Wajah di BIG Pharmacy - Skincare atau produk penjagaan wajah yang dipercayai atau trusted brand semestinya pilihan dari farmasi. Ramai individu menjadikannya aspek penting dalam rutin kecantikan dan penjagaan diri. Lelagi, pengantin yang nampak cantik di pelamin. Baru-baru ini, mummy telah mencuba skincare La’ Miux Skin Therapist, iaitu produk penjagaan wajah di BIG Pharmacy.


Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi


Skincare La’ Miux Skin Therapist  Produk Penjagaan Wajah di Farmasi



Kenapa mummy memilih Skincare La’ Miux Skin Therapist  Produk Penjagaan Wajah di Farmasi ? Pemilihan skincare dari farmasi adalah penting kerana produk ini telah melalui ujian klinikal dan dihasilkan dengan piawaian kualiti yang ketat. Kandungan dan formulasi produk farmasi dirancang secara saintifik untuk merawat masalah kulit dengan berkesan. 

Selain itu, produk farmasi dijual di bawah pengawasan pihak berkuasa kesihatan, memastikan keselamatan dan kualiti yang terjamin. Kepentingan lain ialah nasihat yang dapat diberikan oleh ahli farmasi untuk memilih produk sesuai dengan jenis kulit dan keperluan individu. Ini menjadikan produk farmasi pilihan tepat untuk penjagaan kulit yang berkesan dan lebih baik.


La’ Miux Skin Therapist Formulasi yang Dipertingkatkan untuk Melembapkan, Melindungi, dan Memperbaharui Kulit.



La' Miux Skin Therapist memperkenalkan produk penjagaan wajah dengan formulasi yang dipertingkatkan, direka khas untuk memberi pembaharuan kepada rutin penjagaan kulit anda. Sebagai sebuah jenama yang komited untuk meningkatkan kualiti produk , La’ Miux Skin Therapist telah menambah baik formulasi sedia ada demi memenuhi keperluan setiap jenis kulit wajah.

La' Miux Skin Therapist merupakan sebuah jenama penjagaan kulit dermatologi, menggabungkan sains dan tumbuhan semula jadi supaya sesuai dengan keperluan unik untuk kulit muka setiap individu. 

Penyelesaian penjagaan kulit La' Miux Skin Therapist yang efektif ini diformulasi di Perancis dan telah menjalani ujian dermatologi dan hipoalergenik untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya. 

La' Miux komited untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang menghasilkan kulit muka yang sihat dan berseri, sekali gus meningkatkan keyakinan individu.



4 Skincare Terbaik dari La’ Miux Skin Therapist


4 skincare terbaik dari La' Miux Skin Therapist yang mummy dah cuba ialah Natural Advance Crème 50ml, Rejuvenating Night Cream 50ml, Hyalu-mide Serum 20ml dan Sunscreen SPF40 50ml


Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi



Natural Advance Crème 50ml -  La’ Miux Skin Therapist


Natural Advance Crème 50ml dirumus khas buat individu yang memiliki kulit kering dan sensitif, krim ini juga mampu memberi kelegaan maksimum buat individu yang mengalami alergi atau kegatalan pada kulit. 

Formula tidak komedogenik berasaskan tumbuhan yang terkandung dalam setiap tiub mampu melindungi kulit daripada iritasi dan masalah pori. 

Dengan Fast Multi-layered Liposome Technology, bahan-bahan biologikal aktif mampu menembusi lapisan kulit untuk hasil yang maksimum. Ciri unik yang ada dalam krim ini ialah ekstrak Seaberry yang kaya dengan antioksidan untuk kulit muka yang kelihatan lebih sihat dan anjal. 

Natural Advance Crème juga hipoalergenik, bebas dari sebarang paraben, pewarna, dan pewangi serta telah diuji secara klinikal untuk keselamatan dan keberkesanannya.

Cara Pakai Natural Advance Crème 50ml
Selepas mencuci muka dan memakai toner, picit Natural Advance Crème 50ml sebesar saiz kacang pea pada tapak tangan dan sapu rata pada seluruh muka.


Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi


Rejuvenating Night Cream 50ml - La’ Miux Skin Therapist


Rejuvenating Night Cream 50ml - La’ Miux Skin Therapist formula yang dipertingkatkan, krim malam ini dirumus khas untuk mencerahkan pigmentasi, melembapkan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang mampu merosakkan kulit sekali gus menghindari tanda penuaan. 

Sesuai untuk kulit matang, Rejuvenating Night Cream ini mampu mengurangkan ton kulit tidak sekata, memperbaiki keanjalan kulit, serta merangsang penghasilan kolagen. 

Diperkaya dengan Ekstrak Seaberry Oil, Algae, Vitamin B5 Panthenol, dan Vitamin E, krim dengan tekstur ringan ini menjadikan kulit anda lebih lembap, halus, dan tanpa rasa berminyak.


Cara Pakai Rejuvenating Night Cream 50ml - La’ Miux Skin Therapist

Selepas menggunakan Hyalu-mide Serum 20ml, ambil Rejuvenating Night Cream 50ml sebesar saiz kacang pea pada tapak tangan dan sapukan pada seluruh wajah.




Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi

Hyalu-mide Serum 20ml - La’ Miux Skin Therapist 


Hyalu-mide Serum 20ml - La’ Miux Skin Therapist  ialah kombinasi unik serum dan pelembap yang mampu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit dan memberi penjagaan intensif untuk kulit yang rapuh dan rosak. 

Dirumus khas untuk memulihkan fungsi lapisan perlindungan kulit, serum ini mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi, Yuzu Ceramide B, dan 3 jenis asid hialuronik untuk kelembapan dan hidrasi kulit yang maksimum. 

Serum ini bebas daripada sebarang pewarna, minyak mineral untuk kosmetik (mineral oil), paraben, pewangi, dan bahan steroid. Sangat disyorkan untuk kulit kering dan kusam, selain kulit dengan tanda-tanda penuaan yang memerlukan kelembapan optimum.

Cara Pakai Hyalu-mide Serum 20ml - La’ Miux Skin Therapist 
Selepas mencuci muka dan memakai toner, titiskan Hyalu-mide Serum 20ml dan sapu rata pada seluruh muka.

Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi

Sunscreen SPF40 50ml - La’ Miux Skin Therapist


Sunscreen SPF40 50ml - La’ Miux Skin Therapist, krim pelindung matahari ini mempunyai tekstur ringan dan tidak menyumbat liang pori, sekali gus memberi ruang kepada kulit anda untuk bernafas dan berfungsi secara normal sambil mendapat manfaat perlindungan daripada sinar UVA dan UVB. 

Tambahan lagi, krim ini juga diformulasi khas untuk mengelakkan bakteria jerawat daripada menyerang kulit muka. 

Berbeza dengan kebanyakan krim pelindung matahari di luar sana, tekstur La Miux Skin Therapist Sunscreen ini ringan dan berasaskan air, selain tidak melekit dan tidak berminyak.

Cara Pakai Sunscreen SPF40 50ml - La’ Miux Skin Therapist

Selepas memakai pelembap muka, gunakan Sunscreen SPF40 50ml secukupnya dan sapukan pada seluruh muka sekurang- kurangnya 15 minit sebelum berada di bawah sinaran matahari.

Testimoni Selepas Memakai Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi


Kulit wajah mummy sedikit kering dan juga sensitif. Selepas mummy menggunakan 4 produk Skincare La’ Miux Skin Therapist Produk Penjagaan Wajah di Farmasi ini wajah mummy lebih lembut, anjal dan tidak kering.

Produk Skincare La’ Miux Skin Therapist berada ekslusif di semua BIG Pharmacy . Jom dapatkan sekarang di BIG Pharmacydan di: -



1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post