Merdeka ! Salam 31 Ogos dan Selamat Hari Merdeka semua ! Oh ya, dah tahu ke tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 untuk tahun ini? Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 adalah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023.
Sambutan Merdeka 2023 Tabika KEMAS Daim Zon Kota Damansara
Cerita tentang Hari Merdeka ni..Alhamdulillah kali ini, mummy dapat join Sambutan Merdeka 2023 Tabika KEMAS Daim Zon Kota Damansara. Sebenarnya bukan fokus kepada program Merdeka, aktiviti kali ini, macam program KEMAS. Ada perbarisan, explorace, akiviti ibubapa dan banyak lagi.
Banyak sekolah TABIKA KEMAS yang terlibat untuk program ini. Semuanya yang berada di zon yang sama. Iaitu ZOn Kota Damansara.
Alhamdulillah, Daim and the gang (sekolah TABIKA KEMAS Daim) dapat tempat kedua dalam pertandingan explorace.
Haaaa...gigih mak pak berlari-lari satu padang untuk support anak hahaha.
Baca juga : Perbezaan Pra Sekolah dan Tabika KEMAS
Tema Hari Kebangsaan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Aktiviti ini, agak last minute juga. Mujur ada ramai ibubapa yang kreatif dengan idea. Ada yang bagi idea & terus ke kedai dapatkan bahan. Ada juga, mak pak sekolah TABIKA KEMAS Daim print dan buatkan tanjak berdasarkan tema Hari Merdeka 2023 Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan .
Untuk pakaian seragam perbarisan, anak-anak memakai Tanjak Malaysia Madani, disuai padankan dengan tshirt olive green, selimpang hitam, seluar hitam, kasut hitam...
Dah alang-alang up story tentang sambutan Hari Merdeka sekolah Daim. Mummy up teruslah tema, maksud, logo dan warna Hari Kebangsaan 2023 Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Maksud Di Sebalik “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023). Apa maksud disebalik tema ni?
Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.
HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Logo Tema Hari Kebangsaan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negara’.
Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Sumber: Merdeka360
Logo Hari Kebangsaan 2023
Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan 2023
Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.
Rasional Logo
Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI
Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface)
Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
C/O
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
Salam Merdeka buat semua !!
Baca juga:
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com