Ubat dan Cara Hilangkan Kutu Kucing

Bila membela kucing ni, sebenarnya ianya bukan sahaja wajib menitik berat tentang makanan kucing dan pasir kucing atau tempat pembuangan air sahaja. Tetapi, perlu mengambil kira aspek kesihatan. Terutamanya, bab kutu kucing yang paling senang menyerang pada kucing.



Baca juga : Ubat Sakit Gigi


Ubat dan Cara Hilangkan Kutu Kucing



Tentang Kutu Kucing


Apa itu kutu kucing? Kutu Kucing dalam Bahasa Melayu adalah merujuk kepada serangga kecil. Manakala "flea" dalam Bahasa Inggeris untuk "Kutu kucing" . Kutu kucing adalah parasit yang biasanya hidup di bulu haiwan, termasuk juga anjing. Serangga ini, berukuran kecil dan biasanya berwarna kecoklatan. Kutu kucing dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada haiwan peliharaan seperti gatal-gatal, reaksi alergi, dan dalam kes yang teruk, boleh penularan penyakit.

Baca juga : Promo Air di Zus

Ubat Kutu Kucing Oleh Klinik Veterinar


Bagaimana nak rawat kucing dari kutu kucing? Apakah ubat yang perlu digunakan untuk menghilangkan kutu kucing? Antara solusi kepada kutu kucing. Adalah dengan menggunakan ubat kutu kucing. Antara jenama ubat Kutu Kucing yang disarankan oleh veterinar adalah :-



Advantage Cat

Ubat kutu kucing jenama Advantage Cat ini adalah ubat titis untuk membunuh larva(telur kutu) dan kutu. Boleh beli mengikut berat kucing masing masing. Paling kecil adalah 4 kg untuk satu pipet. Kotak warna oren. 

Jika, kalau kucing seberat 2kg, hanya letakkan separuh sahaja.

Ini penting bagi memastikan dos yang diberi cukup. Jika terlebih, boleh overdose. Manakala, jika terkurang pula akan jadi kurang berkesan.










Advocate Cat

Ubat kutu jenis Advocate Cat jenis titis yang ini pula. Di khaskan untuk membunuh larva, kutu, dan cacing. 

Sangat berkesan untuk masalah kutu telinga dan cacing hati.

Sama macam seperti advantage, paling kecil untuk kucing seberat 4kg (satu pipet). Timbang dan pastikan berat kucing dengan betul.






Revolution Cat


Ubat kutu titis jenama Revolution Cat ini pula, harganya agak mahal. Tetapi , mempunyai kesan paling bagus

Ubat kutu ini, boleh matikan telur kutu, kutu, kurap, cacing , kutu telinga dan cacing hati.



Bila Perlu Beri Ubat Kutu Kucing?


Bila perlu beri ubat kutu pada kucing? Adakah ketika kucing memepunyai kutu kucing? 

Menurut Veterinar Cik En, beliau mencadangkan ubat kutu kucing ini perlu diberi secara berkala mengikut jenis kucing samada indoor atau outdoor.

Untuk kucing jenis outdoor : 
Pemberian ubat kutu perlu dilakukan setiap 1 atau 2 bulan.

Untuk kucing jenis outdoor dan indoor :
Untuk semua jenis kucing (outdoor dan indoor) ubat kutu perlu diberikan setuiap 3 ke 4 bulan.

Untuk kucing jenis indoor :
Untuk kucing 100% indoor ubat kutu perlu diberikan setiap 6 bulan sekali 

Cara Pakai Ubat Kutu Pada Kucing


Kebanyakan ubat kutu kucing adalah berbentuk titis. Untuk pakaikan ubat kutu kucing pada kucing adalah dengan :-

1. Membuka penutup pipet
2. Selak bulu kucing dibahagian atas tengkuk atau tempat yang tidak boleh dijilat sehingga nampak kulit.
3. Biarkan dalam beberapa jam sebelum dicampurkan dengan kucing lain. Kerana untuk menghindarkan dari kucing lain menjiat ubat kutu tersebut

Ubat kutu kucing sangat bahaya jika ada kucing lain termakan atau menjilat. Ianya boleh mengakibatkan keracunan, sawan dan kematian.

Cara Hilangkan Kutu Kucing


Cara untuk menghilangkan kutu kucing adalah dengan :

Mandi dan Cuci Kucing: Mandikan kucing dengan menggunakan syampu khusus untuk menghilangkan kutu. Pastikan mengikuti arahan pada syampu dan jangan gunakan syampu manusia, kerana ia mungkin terlalu keras bagi kulit kucing.


Gosok dengan Sikat Halus: Selepas mandikan kucing, gosok bulu kucing dengan sikat halus atau sikat kutu. Ini membantu mengeluarkan kutu dan telur yang melekat pada bulu.


Gunakan Produk Antikutu: Gunakan produk antikutu yang sesuai seperti spot-on (titis pada kulit), semburan, atau rantai antikutu. Pastikan produk ini selamat untuk digunakan pada kucing dan ikuti arahan dos dan penggunaan.


Bersihkan Rumah: Cuci alas tidur dan peralatan haiwan, serta pembersihan rumah secara menyeluruh. Ini termasuk mencuci kain, mengemop lantai, dan membersihkan kawasan tempat kucing sering berada.


Rawat Lingkungan Luar: Jika kucing sering berada di luar, pastikan kawasan sekitarnya juga bersih dari sarang kutu, seperti daun kering dan rumput tinggi.


Rawat Kucing Dalam: Berikan makanan berkualiti dan rawatan yang baik kepada kucing. Kucing yang sihat , kutu tidak suka.


Berjumpa dengan Doktor Haiwan: Jika masalah kutu yang serius atau kucing mempunyai reaksi alergi, segeralah berjumpa dengan doktor haiwan.


Pantau Kucing: Pastikan bahawa produk antikutu yang anda gunakan sesuai untuk kucing dan ikuti arahan dos dengan teliti. Beberapa produk antikutu boleh berbahaya jika digunakan secara tidak betul.


Pencegahan: Gunakan produk antikutu yang berterusan dan bersihkan rumah secara berkala untuk mengelakkan masalah kutu kembali.

Penting untuk berhati-hati ketika mengendalikan produk kimia dan rawatan antikutu, terutama pada kucing yang lebih sensitif. Jika anda tidak pasti, sentiasa dapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum menggunakan apa-apa produk pada kucing anda.



Kutu Kucing dan Manusia. Bahaya,ke ?


Kutu kucing boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan masalah kesihatan. Kutu kucing boleh terkena pada manusia juga.

Gigitan dan Reaksi Kulit: Kutu kucing menggigit untuk mendapatkan darah sebagai makanan. Gigitan kutu kucing biasanya meninggalkan tanda gigitan merah kecil dan gatal pada kulit manusia. Beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi terhadap gigitan kutu, yang boleh menyebabkan ruam kulit yang lebih serius.


Penyakit: Walaupun jarang, kutu kucing juga boleh membawa penyakit dan bakteria yang boleh menjangkiti manusia. Satu contoh adalah penyakit Bartonella, yang juga dikenali sebagai "penyakit gatal dari kucing". Ini boleh menyebabkan demam dan masalah kesihatan lain.


Tindakbalas Alergi: Kebanyakan individu mungkin mengalami tindakbalas alergi terhadap kutu kucing, yang boleh menyebabkan gatal-gatal yang lebih teruk dan reaksi alergi kulit.


Pencegahan: Untuk mengelakkan kutu kucing menjangkiti manusia, penting untuk mengawal pembiakan kutu pada haiwan peliharaan dan persekitaran. Pastikan haiwan peliharaan anda bebas daripada kutu dengan menggunakan produk antikutu yang sesuai.


Pembersihan : Jika anda mempunyai kucing yang mengalami masalah kutu, penting untuk membersihkan dan membersihkan rumah secara menyeluruh. Cuci alas tidur, tuala, dan peralatan haiwan. Mop lantai dan kawasan tempat kucing sering berada.


Rawatan : Jika anda mengalami reaksi alergi atau masalah kesihatan yang disebabkan oleh gigitan kutu, segera untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.


Walau korang tidak ada membela kucing, tetapi amat perlu berhati-hati dengan kutu kucing.

Teringat mummy dulu, sewaktu bekerja di ofis. Tak ada kucing di ofis. Tetapi penuh ofis dengan kutu kucing. Mungkin ada kucing berkutu yang datang tidur di luar ofis. Dan, kutu kucing merayap sehingga memasuki ke dalam ofis kami.

Oleh kerana waktu itu, tiada kucing. Kami semburkan kutu-kutu tersebut dengan Ridsect je !

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Dulu masa nieyl bela kucing dlm rumah, selalu buat rawatan kutu untuk kucing ni..aduhai..mana-mana pun la kucing, mesti akan dapat kutu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post