BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED . Perlu ke kucing makan booster sebagai makanan tambahan atau makanan kudap-kudap mereka?
Kucing kami suka makan wet food atau ayam rebus. Tapi, kami bukan selalu ada masa untuk buat ayam rebus. Sebagai makanan tambahan kepada kucing kami. Kami berikan kucing-kucing kami BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED je.
Apa itu freeze-dried?
Proses freeze-dried memusnahkan bakteria atau parasit yang mungkin berada dalam bahan mentah.
Teknologi ini telah menyingkirkan kandungan air dalam makanan oleh itu produk mempunyai jangka hayat yang panjang tanpa menggunakan sebarang pengawet, kerana bakteria memerlukan air untuk berfungsi.
Booster Makanan Kucing GraceFull Raw Freeze-Dried
Senang nak siapkan makanan kucing dengan BOOSTER GRACEFULL RAW FREEZE-DRIED ni. Makanan kucing booster dari jenama Grace Cat ini adalah tinggi protein dan asli dari isi sebenar yang sudah dikeringkan.
Makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari jenama Grace Cat ini sangat tinggi protien yang boleh bantu kucing untuk selera makan, gemuk, bulu cantik dan sihat.
Kucing kami , si Loki dan Lucky (2 beradik) sangat memilih makan (picky eater). Alhamdulillah mereka suka dengan booster makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari Grace Cat ni.
Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering
Kami berikan 4 ekor kucing kami makanan booster Grace Cat Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering. Memang suka sangat dorang tu..
Tapi, tak boleh makan lebih sangat. Makanan booster bukanlah makanan utama kucing kami. Kami fokuskan kibble untuk makanan utama mereka.
Cara Siapkan Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering
Ada 4 cara untuk siapkan makanan booster Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering (freeze-dried)
1. Berikan freeze-dried ayam, itik dan salmon secara terus
2. Campurkan freeze-dried dalam kibble
3. Campurkan dengan air (kami selalu bagi cara ni, sebab nak bagi kucing minum banyak air).
Apa yang best freeze-dried raw dari Grace Cat ?
✅ GraceFull RAW 100% semula jadi, mentah, diproses daripada daging tulen. Ia tidak mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, pengisi, pewarna dan perasa.
✅ GraceFull RAW datang dalam beg ziplock yang boleh ditutup semula untuk menjamin kesegaran makanan.
✅ GraceFull RAW adalah produk pork-free.
✅ Grace Cat dari kilang berlesen dan bereputasi, produk yang disahkan
✅ Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dengan teliti
✅ Pematuhan ketat terhadap kebersihan pada setiap peringkat pengeluaran Penyinaran makanan (food irradiation) untuk kawalan bakteria
Apa kelebihan freeze-dried raw dari Grace Cat?
GraceFull Duck & Duck Breast (Strip)
Mengandungi dalam Selenium, Iron dan Protein.
Baik untuk:
• Hypoallergenic
• Tingkatkan Sistem Imun
• Tingkatkan Blood Count
GraceFull Salmon :-
Mengandungi dalam Fatty Acids, Potassium, B Vitamins dan Selenium.
Baik untuk:
• Anti Radang
• Mobiliti Sendi
• Kesihatan Jantung
GraceFull Chicken & Chicken Breast (Strip):-
Mengandungi Phosphorus, Protein dan B Vitamins.
Baik untuk:
• Tulang Sihat
• Hati Sihat
Otot Lebih Kuat
Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried
Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried dari jenama Grace Cat ini bermula dari RM19.90 untuk 50 gm sehingga RM55 untuk 100 gm
Nak jimat? Sekarang ada 10% tau, jika beli di thegracecat.com . Jangan lupa masukkan kod < LINDA10 > untuk 10% diskaun !
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com