20 Oktober setiap tahun merupakan Hari Osteoporosis sedunia. Kali ini, mummy sertai Anlene World Osteoporosis Day 2023 untuk melakukan saringan kekuatan tulang dan kekuatan otot di IOI City Mall Putrajaya.
Anlene Mobility Check
Anlene Mobility Check untuk saringan kekuatan tulang dan kekuatan otot berlangsung selama 4 hari di IOI City Mall dari 5 Oktober sehingga 8 Oktober 2023
Terlepas atau tak sempat untuk buat saringan kekuatan otot dan kekuatan tulang Anlene Mobility Check. Jangan risau, korang boleh semak untuk lokasi dan tarikh di https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html
Mesin khas untuk saringan kekuatan tulang
Saringan Kekuatan Tulang - Anlene Mobility Check
Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check.
Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.
Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.
Saringan Kekuatan Otot - Anlene Mobility Check
Untuk saringan kekuatan otot, mummy diberikan satu latan untuk menarik picu. Dari hasil tarikan tangan itu, di dapati kekuatan otot mummy adalah normal.
Bagaimana pula dengan hasil saringan dari kekuatan tulang? Kekuatan tulang mummy adalah sangat berisiko. Almakumlah, mummy pun dah berumur 41 tahun kan.
Solusinya, kena minum susu setiap hari, makanan makanan berkhasiat dan melalukukan aktiviti sihat.
Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita.
Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.”
Hari Osteoporosis Sedunia 2023
Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.
Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang dan otot mereka.
Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.
Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.
“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.
Anlene™ GOLD 5X™
Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral.
Satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.
Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif.
Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.
Untuk maklumat , sila layari https://www.anlene.com/my
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com