BOLEH BELI APA JIKA DUIT TINGGAL RM50 ?

Terbaca satu posting di Facebook, "katakanlah korang tinggal RM50 sahaja dalam dompet, apa agaknya korang akan beli sementara tunggu gaji lagi seminggu? "

Agak menarik staus Encik Muhammad Fairul Mohd Salleh ini di Facebook.  Pertama sekali, mummy suka baca komen. Ada yang suruh sedekah RM50 tu, nanti rezeki bertambah. Erm...sedekah memang bagus. Tapi, kalau betul RM50 sahaja ada, macam mana nak makan, isi minyak, itu, ini..

Ada juga yang suruh melabur dengan RM50. Melabur ini, kena faham ye, long run. Bukan untuk masa yang pendek. Aih...Macam-macam komen dan pendapat orang ramai. 


Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?

Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?

Bila terbaca posting "Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?" nampak juga ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi kini. Satu je nasihat mummy, usah perlekehkan pendapat orang lain. Lelagi yang terkesan dengan ekonomi sekarang ini. Kita tidak berada di kasut mereka.

Ada juga yang memberikan pendapat bernas untuk jimat cermat dan cadangan apa agaknya yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu.


Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?



Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?



Cadangan Apa Yang Boleh di Beli Sementara Tunggu Gaji 


Ini adalah cadangan mummy untu "apa yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu "


Telur sepapan +/-RM13
Ikan bilis RM5
Cili kering RM3 (kedai eco RM2.40 cukup 1 pek tu kot utk seminggu)
Enoki (2x mkn) RM2
Fish balls (2xmakan) RM3.50
Fish cakes (2x makan) RM3.50
Bawang merah, putih, halia, serai.. RM5 (beli loose / timbang bajet seminggu)
Cili padi RM1
Daun kunyit RM1
Daun kari (petik / kalau kedai acheh boleh mintak dalam 20 sen)
Rempah kari
Ayam (setengah ekor / seekor tengok berat dan harga semasa)
Kobis RM1

****Ngam RM50 atau kurang RM50 boleh dapat ni...kalau beras, gula, garam, segala sos ada di rumah******

Bukan kata menu seminggu...menu 2 minggu pun boleh dapat oii


Menu Telur

Telur goreng letak cili api, kicap, bawang
Telur Mata
Telur Dadar
Kari Telur
Telur Berlado
Nasi Goreng Telur

Menu Sup

Sup Pecah telur
Sup Enoki
Sup Ayam
Sup Fish balls 

Menu Sambal

Sambal Gesek
Sambal ikan bilis
Sambal Ayam
Sambal Telur
Nasi Goreng Kampung / Cili Api

Menu Ayam

Ayam Goreng
Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam Berlado
Ayam Masak Kari
Ayam Sambal
Nasi Goreng Ayam

Menu Kobis

Kobis Goreng Tabur Cili Api dan Bawang
Sup Kobis
Nasi Goreng Kobis
Kobis Goreng Sama Ikan Bilis

Tapi..kalau ikut betul-betul.. Kalaulah duit ada RM50 sahaja di tangan dan gaji lagi seminggu. 

Kalau mummylah...cukup-cukup untuk minyak dan tol je, tu huhuhu.

Kalau korang pula macam mana?

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Yg mana memperlekekkan tu kan...
    mereka x rasa perasaan org yg hanya ada rm50 sahaja dalam dompet tu...
    atleast bagilah suggestion yang boleh membantu dan bila orang lain baca juga boleh jadi panduan utk org yg ada masalah yang sama.

    ReplyDelete
  2. Alahai dengan nilai RM50 ni apa boleh beli yer? Kalau tinggal di bandar Kuala Lumpur ni... mmg tak cukup RM50 even masak sendiri.. Minyak kereta @ motor & tol perlu difikirkan terlebih dahulu.. Even naik public transport pun mmg tak lepas juga ni... apa-apa pun bersyukur dengan kekurangan yang ada... Mungkin ujian untuk kita semua :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post