MAGGI® Ayam Goreng Berempah Air Tangan Mummy
Kalau sebut tentang pengalaman pertama mummy bersama MAGGI® di waktu zaman belajar dulu...pastinya MAGGI® Ayam, Kari dan Asam Laksa pilihan mummy.
Selain kenangan MAGGI® di zaman belajar, waktu travel ke luar negara atau dalam negeri pun mummy selalu bawa MAGGI® untuk di makan ketika lapar dalam bilik hotel.
Sekarang, MAGGI® menjadi makanan wajib ada di rumah . Bukan sekadar MAGGI® Ayam, Kari dan Asam Laksa je. Malah, sekarang ini, di rumah kami wajib ada stok MAGGI® kiub pati ayam / bilis, MAGGI® pes ayam goreng berempah dan juga MAGGI® ayam percik. Serius ! Sangat menjimatkan masa !
Kempen MAGGI® SAH Malaysia
MAGGI® sedang menjalankan kempen MAGGI® SAH Malaysia. Selama lebih lima dekad, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sejak 1969, produk kegemaran ramai seperti Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI telah menyatu begitu ramai rakyat Malaysia di rumah, dan menjadi sebahagian penting daripada detik-detik indah mereka menikmati hidangan yang lazat.
Sos Cili MAGGI
Sempena sambutan ini, MAGGI mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini. Antaranya termasuk penanam cili seperti Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas.
Manakala untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI, dan Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia. Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.
Air Tangan MAGGI
Ikatan istimewa dengan MAGGI telah menyaksikan jenama ini hadir di 9 daripada setiap 10 isi rumah , sekali gus membuktikan MAGGI sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘AIR TANGAN’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan.
Antara yang menarik perhatian ialah gandingan klasik, iaitu Ayam Masak Merah dengan Nasi Tomato yang disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat; dan juga transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa MAGGI kegemaran ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk tuhau.
“Kami amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi. Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda.
Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” kata En Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.
Sepanjang tempoh sambutan ini, MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘AIR TANGAN’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia. Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.
Kempen MAGGI® SAH Malaysia
Website: www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia
Hashtag: #MAGGIAirTanganKita
Maggi ni makanan yang paling sedap untuk dimakan waktu tengah2 malam bila tiba2 lapar. hehehe
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com