KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

Kafe Richiamo Coffee sangat popular masa kini. Mummy memang sejenis suka lepak cafe juga, biasanya untuk meeting, appointment , lepak sambil buat kerja membalas WhatsApp, email, follow up, editing etc. Dan...sambil-sambil food hunting di Kafe Richiamo Coffee . 

Di Kafe Richiamo Coffee ini terdapat pelbagai jenis menu makanan dan minuman. Bukan sekadar pastri dan kopi sahaja !


CAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

Kafe Richiamo Coffee 


Untuk pengetahuan semua. Baru-baru ini, Kafe Richiamo Coffee telah memenangi Brand Of The Year Muslim Entrepreneur. Yang diasaskan oleh Dato' Muhamad Zamry Abu Samah. Kafe Richiamo Coffee juga telah mempunyai 176 outlet di seluruh Malaysia (setakat ini).

KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Menu di Kafe Richiamo Coffee


Menu di Kafe Richiamo Coffee Richiamo memang banyak pilihan. Korang boleh pilih pelbagai jenis minuman dan juga makanan.  Minuman panas, sejuk, ice blended, smoothies, pasta, kek, set nasi, set nasi lemak , sup cendawan, murtabak dan banyak lagi .

Untuk kunjungan kali ini, mummy kami pekena menu seperti :-
>> Salted Egg Yolk Croissant
>> Chocolate Strawberry Cake
>> Ice Blended Salty Red Velvet
>> Ice Blended Salted Caramello Chocolate
>> Set Nasi Daging Masak Lemak Cili Api
>> Spaghetti Saltedd Egg Prawn


Ice Blended di Richiamo Coffee


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Mummy memilih air seasonal iaitu Ice Bended Salty Red Velvet. Sedap, rasa lemak berkrim serta masam manis dan tidak muak. Topping dengan krim putar, sekeping coklat tulisan Richiamo dan juga taburan berries. 

Serius sedap. Korang wajib cuba sebab air ini, limited time sahaja. Harga Ice Bended Salty Red Velvet RM16.90

Daim , anak lelaki mummy pula memilih Ice Blended Salted Caramello Chocolate. Sedap rasa coklatnya yang pekat, lemak, masin dan manis. Gabungan yang lengkap sangat ! Air Ice Blended Salted Caramello Chocolate berharga RM10.50

Air minuman lain yang boleh didapati di Richiamo Coffee adalah seperti :-

Air panas : Kopi , Coklat atau Teh
Harga bermula dari RM4.00

Air Sejuk (ais) : Kopi, Coklat atau Teh
Harga bermula dari RM7.90

Ice Blended : Kopi, Vanilla, Coklat atau Teh
Harga bermula dari RM8.50

Smoothies : Kiwi , Stawberi, Mangga, Lemon, Oren
Berharga RM5.90

Pastri dan Kek di Richiamo Coffee


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Di Richiamo mempunyai pelbagai pilihan kek dan pastri. Kedua-duanya kegemaran mummy dan Daim. Maka Daim memilih kek dan mummy memilih Croissants Salted Egg Yolk. 

Croissants Salted Egg Yolk ini antara best seller di Richiamo. Sos  Salted Egg Yolk dalam Croissants membuatkan mummy jatuh cinta dengan Croissants Salted Egg Yolk.

Harga untuk kek : RM12.90 dan Croissants Salted Egg Yolk berharga RM6.90.

Pasta di Richiamo Coffee



KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

Pilihan pasta pun banyak, mummy mencuba Spaghetti Salted Egg Prawn. Rasa lemak masin yang pedas tu, memang terangkat !

Spaghetti Salted Egg Prawn ini berharga RM19.90

Antara pasta lain yang ada di Richiamo Coffee adalah seperti 
Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Chicken Bolognese, Spaghetti Carbonara dan Spaghetti Aglio Olio

Harga pasta bermula dari RM11.90


Set Nasi di Richiamo Coffee


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Set Nasi di Richiamo Coffee ni yang ramai belum tahu ! Ye, ada set nasi buat penggemar makanan Melayu. Mummy memilih Set Nasi Daging Masak Lemak Cili Api. Rasa daging salai tu, memang pure ! Sedap ! Dan tidak liat.

Harga set Nasi Daging Masak Lemak Cili Api ini ialah RM14.90

Selain Nasi Daging Masak Lemak Cili Api. Richiamo Coffee mempunyai menu set Nasi lain seperti Ikan Tenggiri Asam Pedas, Daging Asam Pedas, Ayam Masak Lemak Cili Api, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Hitam, Ayam Kari, Daging Salai Asap, Itik Salai Asap, Siput Sedut Asap, Ayam Kampung Sambal Hijau dan Ikan Patin Masak Tempoyak


Harga Makanan dan Minuman di Richiamo Coffee


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

Harga makanan dan minuman di Richiamo Coffee sangat berbaloi dan tidak terlalu mahal. Kalau datang lagi ke sini, mummy nak mencuba menu lain dan juga snacks seperti pucuk Ubi Tempoyak, Sup Cendawan dan roti garlic, Murtabak Raja, Keropok Lekor dan Lemak serta rendang.

Haaaa...banyak,kan menu di Richiamo Coffee ni !


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Richiamo Coffee bukan sahaja tempat food hunting dan lepak. Malah banyak instagrammable spot ada di sini. Korang yang minat posing. Boleh posing atau ambil gambar di sini. Memang lawa Kafe Richiamo Coffee ni.


KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !

KAFE RICHIAMO COFFEE BANYAK PILIHAN MENU !


Sebelum pulang, macam biasalah mummy bungkus bawa pulang menu favourite anak-anak iaitu siput sedut masak lemak cili api .

Biasalah mak-mak kan, bila makan …mesti ingatkan anak-anak . Kalau boleh nak tapau semua menu di Richiamo Coffee ni . Hehe...

Sebab semua menu minuman dan makanan di Richiamo coffee sangat sedap dan sangat puas hati . Kalau korang tak percaya, jom ke Richiamo Coffee sekarang dan cuba ke semua menu di sini 

Untuk promo, dan keterangan lanjut tentang Richiamo Coffee, boleh layari ke :-



Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post