Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 buat semua ! Maaf Zahir dan Batin, ye ! Terasa sekejap je masa berlalu, kan. Tiba-tiba dah 6 Syawal dah, ni. Korang balik raya mana, tu? Mummy sekeluarga balik ke Kamunting Taiping. Bab balik raya mana, ni. Mummy serahkan kepada encik suami je. Kalau kata beliau nak balik Taiping. Makanya, balik Taipinglah kami hehe.

Selamat Hari Raya 2024 Semua


Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua


Selamat Hari Raya 2024 buat semua ! Maaf Zahir dan Batin


Macam biasa, balik Taiping awal 2 hari sebelum raya. Senang tak kalut sangat. Boleh bertenang gosok baju, kemas barang dan persiapan raya. Padahal bukan bersiap raya sangat pun. Balik sana, adik suami dah siap-siap ready untuk masak raya, banyak jugaklah depa dah siapkan. Makanya, mummy goyang kaki je lah haha. Tak reti nak masak barang yang orang lain beli . Kang dorang nak masak lain ke kan..lari pulak bajet. Tapi..kalau kita nak beli dan menambah barang terasa macam kang banyak pulak menu.

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Baju Raya Tema Hijau


Kisah baju raya tahun ni dasyat, siap ada yang kata oren akan viral. Hahaha. Mujur tak pakai oren,kan. Tapi, ermmm...tak de sangatlah fenomena oren pun. Baju raya kami untuk baju kurung dan baju melayu tahun ni seorang sepasang aje ! Warna tema raya kami pada tahun ini 2024 adalah warna pastel lime green dari Omar Ali. Sebenarnya warna tema raya ni kami tak plan pun. Mana yang sales dan mana yang boleh cukup saiz sekeluarga. Kami on aje !

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Penginapan kami kali ini di kampung pula, di sponsor oleh adik suami. Dorang sewa homestay di Kamunting. Senang ada rumah besar, boleh memuatkan  adik beradik suami. Tapi, 1 keluarga tak balik raya di Kamunting. So, 6 keluarga sahaja yang berjumpa-jumpa. 5 keluarga sahaja yang stay di AK Homestay Kamunting.

Terima kasih buat semua adik beradik suami yang mana tolong masakkan, tolong sponsor itu ini, dan belanja itu ini.

Oh ya, walau semua ada yang sponsor dan belanja. Encik suami pun hulur-hulurlah juga wang ringgit. Apoo kedekut benor , nak duduk dan makan free. Hehehe.

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Raya kedua, petang tu kami dah bertolak balik ke Kajang. Daddy ntah rasa nak gerak pulak. Mummy macam baisalah ..ikut aje !

Balik awal pun ok juga, sebab nak kemas barang dari Taiping, kemudian kemas pulak untuk daddy ke Johor dan barang kami untuk ke Subang.

Apa-apa pun, alhamdulillah seronok dapat menyambut raya. Paling suka sangat adalah anak-anak. Mereka jarang balik Taiping, kan. Setahun boleh dikiralah sekali dua je kot balik sana.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post