Gelekan Bollywood dalam I Can See Your Voice Malaysia

GELEKAN BOLLYWOOD MENGGAMATKAN EPISOD MINGGU INI!

Gelekan Bollywood dalam I Can See Your Voice Malaysia


Gelak tergolek-golek bila Shiha Zikir mula membuka mulutnya meniru gaya percakapan ala-ala Bollywood Suara halus Shiha membuatkan enam panel penyiasat terikut-ikut bersama sehingga masing-masing pecah perut menahan ketawa.

“Toksik! Semua Toksik!” Pembukaan episod minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 7 (ICSYVMY 7) mengeletek hati! Semua ini kerana episod ke-empat yang akan bersiaran pada hari Ahad ini, 14 Julai 2024, mengetengahkan tema Bollywood!

Gelekan Bollywood dalam I Can See Your Voice Malaysia



Gelekan Bollywood dalam I Can See Your Voice Malaysia 


Berbagai ragam yang menjadikan penonton tak kering gusi lebih-lebih lagi apabila Riena terkesima dengan ketampanan wajah peserta nombor 5 yang dikatakan seakan-akan siapa ye? Riena juga lantang memilih peserta dari Sabah. Nak tahu kenapa? Mungkinkah kerana orang Sabah terkenal dengan suara yang sedap?

Episod bertambah gamat apabila hos, Izzue Islam, keliru dengan penggunaan perkataan serunai dan seruling. Bell yang dikenali dengan watak bersahaja, mengenakan Izzue secara spontan. Manakala panel penyiasat jemputan Aizat Saha, pempengaruh yang pertama kali muncul di kaca televisyen kelihatan agak janggal. Namun apabila diusik oleh hos dan panel penyiasat yang lain, sisi lawak beliau makin terserlah.

ICSYVMY minggu ini menjemput penyanyi yang sedang melonjak naik, Puteri Khareeza yang menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama TV3 ‘Khilaf Yang Tertulis’. Beliau yang juga berasal daripada program TV3, Idola Kecil ini akan menyumbangkan kepintarannya dan merancakkan lagi perdebatan bersama panel penyiasat tetap dan penyiasat jemputan. Dapatkah beliau membuat keputusan yang tepat dengan bantuan panel penyiasat? Adakah kepintaran Puteri Khareeza akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang?

Dengan bertemakan Bollywood, kesemua barisan panel penyiasat, hos dan artis jemputan memperagakan pakaian Bollywood. Penyiasat jemputan kali ini adalah pelakon jelita dan pempengaruh yang hangat di media sosial iaitu Datin Elvina dan Aizat Saha. Dapatkah mereka memberi pandangan yang berguna? Atau kehadiran mereka hanya sekadar untuk mengelirukan artis jemputan? Bell yang tidak henti-henti mengusik hos Izzue Islam dan Shiha Zikir menggelarkan mereka toksik, mengelirukan Puteri Khareeza sama ada beliau perlu percaya panel penyiasat atau percaya kepada pandangan hos.

Sakan bergelek! Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post