SKINMADE SPF 50+ TINTED SUNCREEN PELINDUNG MATAHARI BERWARNA

SKINMADE, jenama penjagaan kulit wajah milik Malaysia yang terkenal dengan inovasi dan formula yang terbukti secara saintifik yang memberikan pembaikan kulit yang luar biasa, dengan ini memperkenalkan tinted suncreen iaitu pelindung matahari berwarna

SKINMADE SPF 50+ TINTED SUNCREEN PELINDUNG MATAHARI BERWARNA

SKINMADE SPF 50+ TINTED SUNCREEN PELINDUNG MATAHARI BERWARNA



SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ 


SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++  pelindung matahari hibrid berwarna yang diformulasikan untuk memenuhi keperluan perlindungan kulit harian anda dan menjadikan kulit lebih remaja. Ia memastikan kulit mendapat pertahanan Spektrum Luas daripada sinaran matahari yang berbahaya, termasuk UVA ultra panjang, UVB dan Cahaya Kelihatan Tenaga Tinggi (cahaya biru).

SKINMADE SPF 50+ TINTED SUNCREEN PELINDUNG MATAHARI BERWARNA






Teknologi Terkini Meningkatkan Kecerahan Kulit


Faedah utama produk inovatif ini termasuk menyediakan perlindungan yang terbaik terhadap sinaran matahari; meningkatkan pengoksigenan kulit, kilauan dan cahaya; dan meningkatkan kesihatan kulit untuk jangka panjang.

Dengan gabungan padu perlindungan matahari dan peremajaan kulit, pelindung matahari hibrid ini dirumus dengan Multimineral Active Bio-Energizer yang dipatenkan. Formula inovatif ini berfungsi untuk meningkatkan pengoksigenan kulit, mengekang radikal bebas, mengecas sel kulit dan memberikan perlindungan terhadap tekanan oksidatif, glikasi dan pencemaran. Dengan penggunaan pelindung matahari SKINMADE ini, kulit diremajakan untuk menghasilkan wajah yang sihat dan berseri. Kini, anda dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam dan helo kepada kulit yang bersinar dan muda!

SKINMADE juga telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan teknologi termaju: Smart Drone Light-Activated Complex. Bagi memanfaatkan kuasa sinaran cahaya matahari, teknologi pintar ini diaktifkan apabila cahaya matahari ‘menyentuh’ kulit dan mengubahnya menjadi tenaga selular, justeru merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta menjadikan kulit anda lebih muda, cerah, berseri dan lebih bercahaya.

Kajian telah menunjukkan peningkatan terhadap kulit– 33% dalam kecerahan dan kesan 55% lebih berseri dicapai dalam masa empat minggu sahaja. Dengan setiap penggunaan, kulit bertransformasi menjadi lebih berdaya tahan dan berseri.

Bukan sekadar pelindung matahari biasa, ia juga mempunyai perisai terkini terhadap unsur-unsur yang membahayakan kulit.Selain daripada perlindungan optimum, pelindung matahari SKINMADE ini juga memberikan tenaga semula dan memulihkan kulit kepada keadaan sihat sambil memberikan tahap perlindungan tertinggi.


SKINMADE SPF 50+ TINTED SUNCREEN PELINDUNG MATAHARI BERWARNA

Teknologi Penyesuaikan Kulit Sejagat Yang Dipaten Khas


Kini, anda boleh melangkah keluar dengan yakin walaupun tanpa solekan kerana SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ yang berwarna ini mempunyai Teknologi Penyesuaian Kulit Sejagat yang dipatenkan oleh SKINMADE. Teknologi ini membolehkan ia dipakai sesuai seakan warna kulit dan dapat menyingkirkan kebimbangan tentang pemilihan warna yang kurang sesuai.

Bukan sekadar itu, salah satu daripada ciri penghalang terbesar kebanyakan pelindung matahari ialah tekstur yang berat dan melekit. Namun, pelindung matahari SKINMADE ini, terasa sangat ringan dan mudah diratakan pada kulit anda, memberikan pengalaman pemakaian yang mudah. Anda akan merasa bahawa anda tidak memakai pelindung matahari kerana ia akan sekata ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak dan kesan memutih.

Cara Guna SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++


Cara penggunaan SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ :

Sapukan beberapa picitan pada hujung jari dan oles rata ke seluruh muka, leher dan telinga, termasuk di bawah mata. Sapukan secara konsisten setiap hari, pada siang hari. Anda disyorkan untuk membuat sapuan semula untuk perlindungan sepenuhnya sepanjang hari.

SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ kini boleh didapatkan di platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada pada harga RM91.

Untuk informasi lanjut mengenai jenama SKINMADE atau Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++, sila layari https://www.myskinmade.com/.

Mengenai SKINMADE


Ditubuhkan pada 2017, SKINMADE telah melangkah ke dalam industri penjagaan kulit dengan visi untuk mengubah cara melihat penjagaan kulit dengan melangkaui sains kecantikan. Jenama ini memulakan perjalanannya dengan produk pertamanya yang diilhamkan oleh sains mikrobiom kulit, The Signature Essence, yang memberi tumpuan utama pada pemulihan kesihatan kulit. Berpunca daripada dedikasi pasukan dua ahli dengan semangat yang mendalam untuk sains kecantikan, penjagaan diri dan aspirasi yang bercita-cita tinggi, SKINMADE telah berkembang dengan jaya ketara. Hari ini, SKINMADE menawarkan pelbagai variasi rangkaian luas produk penjagaan kulit yang dirumus dengan teliti yang menolak hadnya dalam inovasi dengan kajian saintifik yang disemak dan disahkan, membolehkan perkembangan kulit yang positif yang unik dalam pasaran penjagaan kulit.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post