SUNPLAY ULTRA ECO-SAFE UV LOTION MESRA ALAM DAN KULIT

Sunplay, jenama pelindung selaran suria, dengan bangganya memperkenalkan inovasi yang terbaharu: krim tabir suria fizikal untuk aktiviti luar direka untuk mereka yang mahukan perlindungan daripada matahari yang lebih padu tanpa menjejaskan kesihatan kulit ataupun alam sekitar. Formula terbaharu ini sememangnya bermanfaat untuk individu dengan kulit sensitif, serta menawarkan pertahanan yang baik namun lembut daripada selaran matahari yang berbahaya.


SUNPLAY ULTRA ECO-SAFE UV LOTION MESRA ALAM DAN KULIT



SUNPLAY MELANCARKAN KRIM TABIR SURIA YANG TERKINI UNTUK AKTIVITI LUARAN YANG MESRA ALAM DAN KULIT



“Di Sunplay, kami teruja untuk memperkenalkan Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion, direka buat untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar. Krim tabir suria fizikal ini menawarkan perlindungan sinaran matahari yang hebat dengan sentuhan ringan, menjadikannya sesuai untuk kulit paling sensitif. Dedikasi kami terhadap kulit anda dan alam sekitar tercermin dalam bahan-bahan yang selamat pada terumbu, bagi memastikan anda dapat bergembira di bawah matahari, di samping melindungi hidupan lautan. Kami berbangga untuk menawarkan produk yang menggabungkan perlindungan berprestasi tinggi dengan komitmen terhadap pemuliharaan marin. Terima kasih kerana memilih Sunplay untuk melindungi kulit anda dan menyokong planet kita," kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.

SUNPLAY ULTRA ECO-SAFE UV LOTION MESRA ALAM DAN KULIT




Teknologi Eco Protect: Melindungi Ekosistem Marin Di sebalik krim tabir suria baharu Sunplay ialah Teknologi Eco Protect yang inovatif, dan menampilkan bahan-bahan mesra terumbu yang mesra terhadap ekosistem marin. Dengan mengelakkan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan terumbu karang, Sunplay komited untuk memastikan minat kita terhadap aktiviti luar tidak memberi kesan kepada lautan kita.


Perlindungan terhadap UVA, UVB, Cahaya Biru dan Infra Merah Krim tabir suria ini menawarkan Perlindungan Spektrum Luas yang Dipertingkatkan terhadap UVA, UVB, Cahaya Biru, dan Infra Merah. Sama ada mendaki, berenang, atau sewaktu bersiar-siar di tepian pantai, krim tabir suria Sunplay ini akan sentiasa memberikan anda perlindungan menyeluruh terhadap spektrum penuh sinar yang merosakkan.

SUNPLAY ULTRA ECO-SAFE UV LOTION MESRA ALAM DAN KULIT



Formula Yang Bebas Dari 8 Bahan
Memahami keperluan kulit sensitif, Sunplay telah mencipta formula dengan teliti yang bebas
daripada bahan iritasi tambahan seperti Alkohol, Paraben, Pewangi, Minyak Mineral, Pewarna, Oxybenzone, Octinoxate, 4-MBC dan bahan kimia keras yang lain. Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan kesihatan kulit.


Lembut dan Mesra-Kulit
Pelindung matahari Sunplay baharu ini bukan sahaja lembut pada kulit tetapi juga sangat
berkesan. Teksturnya yang sangat ringan dan tidak berminyak memastikan pemakaian yang
selesa, tanpa sisa memutih. Ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian, walaupun untuk mereka yang mempunyai jenis kulit paling sensitif.


Manfaat Penjagaan Kulit
Diselit dengan bahan-bahan berkhasiat, krim tabir suria ini bukan sekadar melindungi kulit.
Tetapi ianya membantu menguatkan penghalang kulit, meningkatkan tahap penghidratan, dan mengunci kelembapan, memastikan kulit anda kekal sihat dan berdaya tahan walaupun di bawah pendedahan matahari yang berpanjangan.


Tahan Peluh untuk Aktiviti Berpanjangan Luar
Direka dengan mengambil kira gaya hidup aktif, pelindung matahari Sunplay ini menahan peluh dan menjadikannya sesuai untuk aktiviti luar yang lama. Sama ada anda berlari, berbasikal atau mengambil bahagian dalam sukan air, anda boleh mempercayai pelindung matahari ini untuk kekal pada kulit dan memastikan anda dilindungi.


Untuk informasi selanjutnya, layari sunplay.com.my atau ikuti kami di @sunplay_malaysia .

Mengenai Syarikat Mentholatum

Syarikat Mentholatum, Inc. Diasaskan pada tahun 1889 ialah pengilang dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabat berada di Orchard Park, New York, A.S.A dengan operasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun.
Pembuatan dijalankan di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih 150 negara.

Syarikat ini, yang dipegang secara persendirian selama 99 tahun, telah diperoleh oleh Rohto
Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto ialah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan melegakan perut.

Sejak tahun 1889, Syarikat Mentholatum telah berkembang dan maju bermula daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi sebuah syarikat antarabangsa, memasarkan ubat-ubatan proprietari berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan di banyak negara di seluruh dunia, keluarga produk Mentholatum telah memperoleh reputasi untuk kualiti dan nilai. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.

Jenama di bawah naungan Mentholatum: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Acnes, Selsun Blue, Deep Heat, 50 Megumi, Melano CC, Dermistry+.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post